JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, May 22, 2012

PUNCA MASALAH DALAM PERHUBUNGAN

Assalamualaikum

fuhh baru rasa ada ruang yang tenang untuk aku menulis blog yang sekian lama ditinggalkan. tempoh yang paling lama aku tinggalkan blog. kalau tak silap dah 2 bulan aku tak update apa-apa entry disebabkan kekangan masa. sebenarnya takdelah busy mana seperti yang dikhabarkan oleh aku sendiri, TAPI kekurangan income untuk membayar broadband P1 WIMAX aku yang tertunggak dah 2 bulan. uhuks uhuks :P

haaa, sekarang mereka-mereka yang dalam friendlist aku akan sering melihat tanda hijau menandakan aku sering online.hikhik. sapa suruh tanya aku mana la, sunyilah, itu la ini lah. nahhh amik kau, setiap masa tak kira pagi petang aku online. ceit, nampak tak aku bajet artis fofular sekarang nih? 

sekarang seluruh penduduk uitm pengambilan diploma sedang enak berholiday. termasuk la jugak aku, oleh kerana itu, tanpa segan silu aku buat kerja part time salah sebuah butik di area rumah. boleh dapat income lebih disamping menanggung kos teettttttt, ish mane boleh kasik tahu, jatuh la saham i. btw, selepas aku mengalami sendiri suasana bekerja di butik. lalu aku beranggapan. i made wrong decision. lol
bosan tahap gaban la aku kat dalam butik tu mengadap majalah-majalah REMAJA aku yang tahun 2010 ada, tahun 2009 ada. ala zaman sekolah. sekarang dah xlayan dah, sekarang WANITA :P hekhek

jadi nak dibuat cerita, disebabkan aku hampir 10 20 kali belek buku yang sama, sampai aku dah boleh hafal salah satu tajuk yang agak menarik untuk aku share dengan readers semua :)
punca masalah dalam perhubungan. setiap pasangan, setiap perhubungan tak kira la hubungan apa jangan hubungan sulit sudah.oopss terlepas jap. maksud i kawan ke, kekasih ke, adik beradik ke, saudara mara bahkan keluarga sendirikan. mesti pernah atai menghadapi masalah. kan? haaa so aku selitkan beberapa punca-puncanya agar anda semua boleh avoid atau prevent jika anda adalah salah seorang calon dalam punca-punca ini.


CEMBURU BUTA

rasanya umum tahu bahawa cemburu buta adalah senjata paling tajam yang mujarab dalam menghancurkan sesebuah hubungan. tak kiralah kalau cemburu kat kawan ke, atau pasangan kita dengan orang lain ke. cemburu itu perlu, kerana cemburu itu adalah salah satu tanda bahawa kita sayangkan orang tersebut. tapi kalau terlampau cemburu, tanpa kita sedari, kita sedang membuat pasangan kita merasa RIMAS. contoh kat sini la kan, abu terima SMS dari aina kata kelas cancel hari ni, si awek abu nih namanya siti naik berang lah, apa takde lelaki lain ke yang boleh tolong sampaikan pesanan macam tuh? haa lepas tuh, siti mulakan perang ketiga nak masuk perang ke 4. mau tak lari si abu tuh? tension la dia! klu aku pun aku tension. kadang perkara mcm tu kita amik remeh, tapi sebenarnya itu satu punce utama. sebab tu aku letak masalah ni no 1.hehehe. tapi ada jugak kes nih kan, asalnya dia memang jenis tak reti cemburu la kiranya, tapi dia tengok kawan-kawan dia berperang dengan pasangan dia sbb cemburu, jadi dia anggap perkara itu perlu dalam perhubungan. agak2x lerrr cemburu sampai bawak perang perlu. cemburu2x warning manja2x cukup la. hekhekhek. apapun kurangkan cemburu tuh, fikir positive sikit, klu kita yakin dan percaya dengan dia everything gonna be okay tapi AWAS! harus berhati-hati jugak okayyy ;)

ORANG KETIGA

haaaaa, punca ni paling aku nak cincang lumat-lumat. sebab pernah ada kes kan beberapa bulan lalu. memang ni antara punca yang orang kata kalau dah terkena GOOD BYE la! ni masalah berat ni bila dah muncul orang ke tiga. sama ada sengaja atau tidak sengaja atau dalam keadaan sedar atau tidak.
*banyak betul atau aku.nak bagitahu beberapa kemungkinan la ni*
berkawan tidak salah, asalkan jangan cemburu buta. tapi kalau berkawan melebih-lebih boleh bersyg-syg boleh keluar berdua bersama, hati pasangan mana tak panas? bila pasangan cemburu kata la awak ni cemburu buta sangat la. haiii awak nak saya butakan mata macam mana lagi, dah terang lagi bersuluh.haaa gituh, ada setengah pasangan dia tak mengaku yang dia sedang main kayu tiga atau ada pihak tak sedar yang dia nih adalah orang ketiga dalam hubungan seseorang. so bila anda rasa ada tanda-tanda tidak enak, cepat bertindak! bukan bertindak apa la, siasat perlahan-lahan dulu, jangan gelojoh2x kalau silap kang diri sendiri yang jadi punca kerentakan pulak kan? kalau sayangkan pasangan dan hubungan anda, TAK PERLU cuba untuk try orang lain dan orang lain pun jangan la kacau hubungan orang yg sedang bahagiaaaa ;p

PANAS BARAN 


kalau pasangan anda seorang yang panas baran, anda harus tinggalkan! eh silap anda harus FAHAM DAN ELAK perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan dia. ada setengah lelaki kita nampak hal kecik tapi tu pun nak marah, sebenarnya dia terlampau sayang n caring pasal kita. tu la kadang semua tuh kita xnampak tapi kita kena bukak mata fikirkan positif, tapi kalau xbuat salah pun memang panas baran, u should open your mind not your eyes dah. hehehe. panas baran boleh diatasi dengan kehendak sendiri dan berusaha untuk lebih sabar, hubugan tanpa kesabaran akan hancur, kerana tanpa kesabaran bermakna hubungan anda bermain 100% dengan emosi, wal hal terlalu mengikut emosi lama-lama makan diri (binasa)
so if ada masalah panas baran, try to slow talk or elakkan perkara yang boleh mendatangkan kemarahan, dan kepada si panas baran, jgn la emo sangat derrr, lekkk luuuuuuu~~~


KEWANGAN


percaya atau tidak, DUIT antara punca timbul permasalahan dalam perhubungan, normally hal ini akan berlaku kepada hubungan yang telah berkahwin, mungkin kerana taraf kehidupan lebih meningkat bila kawin,tambah-tambah ada anak tambah-tambah lagi isteri pulak suri rumah. TAPI! harus ingat, itu tanggungjawab dia, dan kita xboleh la sedap2x perabis duit,dah tahu laki kita tak mampu, buat la cara tak mampu, xpayah tukar barang kemas sebulan sekali, kopak la macam tuh. okay itu hal rumah tangga. tapi sebelum berumah tangga, kalau dah lama kenal kan, (macam aku) pasal duit memang atau mungkin antara korang dah faham kedudukan kewangan pasangan korang,so kat situ dah boleh faham. jangan gaduh pasal duit je memanjang atau tinggalkan dia sebab dia tak berduit kaya. bila pasal duit dan pasangan, berbalik kepada niat kita untuk memiliki dia. adakah kerana harta atau dirinya? dah besar, dah boleh pikir baik buruk kedua2xnya tadi ;)
cuba kita alami kesusahan ketika xde duit bersama-sama! itu satu keseronokan sebenarnya (berdasarkan pengalaman.hahaha)
belajar hidup susah sama-sama, bila senang lagi seronok! so jgn terburu-buru buat keputusan kerana bulan ni dia sengkek! mana tahu bulan depan dia masyukkk~~~ hahaha
*mcm kelaka plak pesanan aku nih*

itulah antara punca masalah dalam perhubungan. ini entry aku buat ada dekat seminggu baru nak siap. aiyoyoyoyoy, mcm mane nak berjaya macam selebriti blogger kita tuh? muahahaha
*okay perasan je punnn~*



2 comments:

:: Riri-Fatieha ::~ said...

tak suka lelaki yg panas baran :(

Anonymous said...

sgt3 benci owg ke3..prosak umh tgga owg..