JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, May 22, 2012

BELANJA KAHWIN! Apa yang orang bujang perlu tahu?



Assalamualaikum
Okay kali ini, dengan  beraninya wirda update entry tentang perkahwinan. Rasanya memang bukan rasa, tapi memang tak pernah lagi update entry pasal kahwin. TAPI! Harus diingatkan, wirda update nih bukan bermaksud wirda dah nak kahwin atau  apa-apa je la kan. Saya masih seorang student yang perlu menghabiskan diploma.InsyaAllah tahun depan bulan ¾ wirda dah habis diploma dan menunggu tawaran ke peringkat ijazah, dan kemudian bekerja dan BARU NAK SIMPAN DUIT KAWINNNNNNNNNN~~~ nampak x jauh lagi perjalanan hidup seorang wanita bernama wirda azurainie.walaubagaimanapun, kita hanya MERANCANG tapi Allah yang MENENTUKAN segalanya. Mana tahu jodoh wirda awal ke, AMINNN. Hehehehe.
Baru-baru ni wirda ada terbaca salah satu majalah pengantin. Btw, rasanya kali ni baru baca and selak betul-betul majalah pengantin, sebab sebelum nih TAK TERASA LANGSUNG NAK BACA BETUL-BETUL. Sebenarnya kan, majalah pengantin nih bukan untuk  golongan-golongan yang mahu berkahwin saja boleh baca, atau golongan-golongan pereka fesyen, pelamin dan sebagainya. Tapi kita nih yangmungkin belum ada perancangan tapi kita perlu baca! Sebab kat dalam tuh, ada banyak info-info menarik terutama persediaan,idea-idea yang menarik dan cara untuk mejimatkan kos kahwin! Yes, cakap pasal KOS KAHWIN. Wirda rasa, umum tahu kan bahawa kawin zaman sekarang nih xsemudah zaman dulu. Kenapa ya? Walhal dalam islam perkara seperti itu PERLU dipermudahkan bukan dipersusahkan. Hal ini kerana, kos-kos yang perlu kita ambil kira. Majoriti yang belum berkahwin mempunyai masalah kewangan. So kat sini wirda nak share anggaran kos kahwin minimum! MINIMUM okay, maknanya paling sikit, atau biasa-biasa ajalah kannnnnn. *pengsan sbb kos mcm tuh biasa-biasa ajahhhh*
MAS KAHWIN= jumlah mas kahwin dirujuk mengikut  negeri sebelah perempuan
WANG HANTARAN= wang hantaran sekitar rm7000-rm10000 boleh dikira normal untuk zaman ini walaupun lulusan si perempuan bertaraf diploma sahaja. *ini terasa*
BARANG KEMAS= harga barang kemas berubah-rubah, jadi sediakan wang sekitar rm3000-rm5000
BARANG-BARANG HANTARAN= kalau dah merancang untuk berjimat, sediakan rm1000 untuk barang standard (kasut, kek, baju, sirih, telekung, Al-quran,coklat,wangian atau kosmetik). Untuk lebih jimat gubah hantaran sendiri.
BAJU NIKAH= selalunya baju nikah kita tempahkan? Harga dalam rm250-rm600. Pandai pilih tempat dapat la murah. Tempat wirda keje sekarang rm450.
BAJU PERSANDINGAN= sewa rm1000-rm2500.
JURUSOLEK= anda boleh menggunakan khidmat jurusolek berasingan atau termasuk dalam pakej busana yang disewa.itu lebih jimat! Tapi kalau nak personal punya range harga rm350-rm700
PELAMIN= selalunya dipakejkan bersama busana dan solekan namun boleh didapati secara berasingan dengan harga rm500-rm1000. Tapi harga ni mcm susah je nak dpt kan? =,=
JURUGAMBAR= mustahil di hari bahagia anda nak suruh adik beradik atau sanak saudara yang mengambil gambar dengan kamera biasakan sedangkan hari bahagia hanya datang sekali! So sediakan wang sekitar rm1500-rm3000..
DUIT UNTUK JURUNIKAH DAN SAKSI= kos sekitar rm150
KAD JEMPUTAN= sekitar rm500=rm3000
KOS KHEMAH/SEWA DEWAN= rm2500-rm10000
DUIT MAKAN KENDURI= masak sendiri lebih jimat dari katering, tapi jika tidak mempunyai tenaga kerja sediakan rm10000-rm20000 untuk katering! *mcm over je bajet nih*
KAMAR PENGANTIN= mahu atau tidak, lakukan sedikit perubahan untuk kamar pengantin. Rm1500-rm5000
CENDERAHATI= ini merangkumi telur, gula-gula atau sebagainya rm1000-rm3000
KOS BERTANDANG= jika rumah pasangan jauh lebih banyak kos yang perlu kita sediakan seperti, petrol,tol ,makan bukan untuk keluarga sahaja, malah sanak saudara yang lain.sediakan sekitar rm500-rm800
DUIT SPARE= haa ini xleh blah, dah perhabis semua kos di atas, masih adakah duit ‘SPARE” hehe, tapi dalam buku ni kata perlu takut-takut berlaku kecemasan yang tak diduga. Orang kata malang tak berbau kan. Hehe.
Okay itu semua kos yang perlu diambil kira, itu hanyalah anggaran minimun tapi wirda percaya dan tolong yakinkan wirda juga kita boleh dapat lebih murah dari kos yang wirda senaraikan tadi. Betul x? Apa-apa pun bersederhana itu lebih baik. Hubungan lebih diberkati, tiada pembaziran. Simple itu kalau pandai kenakan colour dan gubahan, majlis anda akan nampak exclusive! So kita sendiri kena bijak kreatif dan tanya pendapat orang lain J
Kos-kos kawin zaman sekarang memang menakutkan tapi kita boleh je skip yang mana tak perlu. Betul x?apa yang penting adalah NIKAH! Buat sekadar yang termampu mengikut kemampuan.takut dah banyak habis kat hari kawin, selepas kawin macam mane plak nak survive? So sederhana pun dah cukup, artis tuh buat besar-besar sebab income dia pun besar. Kalau ekau gaji besor buleh la buat cemtuh! Hehehe J
Kepada yang akan menamatkan zaman bujang itu saya selaku owner blog ini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga hubungan yang direstui berkekalan hingga ke syurga dan jadilah suami/isteri yang terbaik untuk pasangan kita! *wah aku pulak eksaited kat sini*
p/s: siapa tahu kos katering yang berpatutan? Boleh inbox wirda x?
MENGHITUNG TAHUN~~~~~ :’D

9 comments:

misz sheyla said...

ouh.... berguna gak...tapi mcm tak minimun sgt tu..hehehe... tapi leh dijadikan panduan

wirda azurainie said...

hehehe, wirda tgk pun cm x minimum. nih rujukan dari buku majalah pengantin dear :)

ajiroh said...

Bagus info yg berguna

Kageru Sakuya said...

wirda dlm nie ade katering bajet utk org utara... http://istanapengantin.wordpress.com/pakej-katering-2/
jd silalah servey k?

Nin ins said...

Pehh.Jadi takut plak nak kahwin.Nak perempuan yang nak buat acara nikah je lain tak,ada tak?haha

redzuan62077 said...

Kawen larik lagi jimat burget...

redzuan62077 said...

Klu (ori) dn cantik... RM100K owang sanggup...

Anonymous said...

Ckp senang lah

Anonymous said...

bapak mahal gila..bukan minimum dah ni.. lebih 20k dah ni.. huhu