JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, May 25, 2012

KENALI ANJING LIAR ATAU JINAK!

Assalamualaikum

huarrrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh *menguap* eh tutup mulut! heee
mengantuk gila gila gila nih! tapi nak jugak update blog, dasar degil memang macam nih. bukan apa, aku kalau boleh tak nak blog nih tak terupdate, takut lama-lama hilang dek zaman, wakakaka
eh xla, takut minat aku tuh dah berkurang, sebab memang jenis aku, kalau dah minat memang kena selalu buat perkara tuh, kalau tinggal say good bye la! nak pandang pun xhingin kot nanti -,-

aku nak share sesuatu, sebelum tuh aku nak tanya. ada ke kat sini sapa-sapa yang tengah dok khusyuk baca blog aku takut anjing? *pangggggggggggggggg* (soklan tak bernas!)
pastikan kan sini semuanya adalah penakut anjing barulah sesuai nak baca entry kali ini! 

nak dimulakan cerita secara ringkas, rumah aku nih 70% penduduk area sini adalah cina. jadi bila cina tu dah sangat sinonim dengan "anjing" gila. tak kira pagi,siang malam memang akan ada anjing berkeliaran waktu hujan je anjing tu aku tak nampak, ntah mane dia menyorok aku pun tak tahu. aku memang suka berjalan, tapi bila berjalan kena berjalan kaki *eh memang la berjalan pakai kaki, takkan pakai biebierrrrr kot* 
maksud aku, nak pergi mana-mana aku kena jalan depan sikitt la dari rumah aku utk dpt kan public transport.
dan memang tempat aku jalan tuh orang kata longgokan anjing *macam banyak lak plak bunyik dia* hehe

ada satu hari, aku terpaksa berjalan kaki sorang, aku tak ingat la balik dari mana. selalunya kawasan tu aku berjalan dengan adik aku jeh, sbb dia nih berani sikit dari aku. kalau aku anjing 1 kilometer jauh pun aku lari. so sedang dalam berhati-hati berjalan tuh aku dah lega la nak sampai dah tapi xde anjing. hamikk kau! sapa kata takde anjing? ada weyyyy sekor anjing nih tengah dok cium2x tanah tak tahu la dia nak buat apa aku tak peduli, terus aku kol adik aku yang kat rumah. motifnya? aku pun xtahu weyh. sekadar nak luahkan rasa takut aku ketika itu, ketaq lutu wehhh aku time tuh, kalau boleh patah balik, mmg aku patah balik. tp kena cover cun n hebat bila kete lalu lalang. hohoho

"widya, ada anjing laaaaaa, tolong la aku"
"hahahahahaha, kau jalan je la jgn lari"
"aku tak berani weyh,tolong la"
"aku nak tolong macam mane?"
"tolong tengok aku weyhhhhhh, teman aku sampai aku habis jln depan anjing tuh"

tolong tengok tuh kan, sebab rumah aku pangsapuri tingkat 5, so memang dari atas tuh boleh nampak aku. sbb tuh aku suruh dia tolong tgk, teman pulak, teman bercakap dalam phone, bagi hilang rasa takut.haha
macam kelaka betul, penakut tahap maksima, tapi yang sakit hati, dari bawah dengar suara dorang gelakkan aku, adik, mak,adik adik semua sama! =,=

ini hari ini punya cerita! 
aku pergi keje, jalan kaki sebab takde orang boleh hantar. selalu aku guna jalan short cut,tpi disebabkan..............sob sob sob "jantan" keparat tuh buat dajjal kat aku. aku sampai sekarang tak pernah guna dah jalan short cut tuh, biar jauh asal selamat.huhu
nak diceritakan,sebenarnya,on the way aku pergi tempat kerja ritu,aku hampir kena ragut. haishhh vavi betul orang tuh pagi-pagi buat dosa. dah la melayu! gemok! botak! motor kapcai! dah la buruk, lagi tambah buruk! erk...sorry terlepas geram.Alhamdulillah,semuanya okay,sebab aku lari masuk rumah orang.huhu. tapi tu pun dia kejar tau senanya,tapi aku jerit,nangis2x sampai tepi jalan raya,aku terduduk sebab terkejut dan takut sangat-sangat.rami orang tengok n adalah yang tanya aku kenapa, tapi mulut aku kelu nak berbicara lantas aku masuk mall tempat aku kerja. okay balik pada cerita anjing.

start dari peristiwa tuh,aku dah mula kurang takut dengan anjing. bukan kurang sangat tapi rasa macam lebih berat rasa takut tuh, sbb kena tambah sikit rasa takut kepada anjing dan manusia. huhu. so aku bukak semua barang kemas yang aku pakai, duit aku bawak cukup2x je g keje, hp aku pgg kat tangan, sebab kena pakai baju kurung so xde poket :(
bila tenga berhati-hati berjalan OMAIGAD BESAR GILA ANJING DEPAN AKU TENGAH MENYALAK. aku pun belok ke kiri, sebab aku berkira nak patah balik. (laluan perumahan rumah teres)
tapi ternampak ada aunty ni tgh sembang bergossip pepagi.aku pun pergi dekat dia and tanya

"aunty itu anjing ada gigit orang tak? saya nak lalu nih,tapi saya takut"
"ohh tade tade,itu anjing sudah ikat maa, xde gigit"
"ohh yeke *dlm hati tetap ragu2x* tpi saya takut la nak lalu"
"lalu sini saja la *dia tunjuk ke arah padang *"
"ohh okay2x tq aunty" terus berlalu.bukan tgh lagi aku berjalan kat padang tuh. berhati-hati!

then sampai tempat kerja bos citer
"u mau tahu itu anjing gigit orang atau tak u tengok dia punya ekor, kalau ekor dia goyang-goyang kn, itu tarak gigit orang punya maaa, kalau anjing ekor dia tegak je, itu u kena hati-hati"

alkisahnya itu je aku nak bagitahu. tapi bukan main panjang lagi korang kena baca.huhu
so tengok ekor anjing okay! walaubagaimanapun,goyang tak goyang aku tetap takuttt :(


p/s: kalau jalan kaki bawak handbag PLEASE PLEASE AND PLEASE BE CAREFULL. kawan wirda pun dah kena, tapi seb baik xdpt. tp tali beg putus la. area ampang memang bahaya. beringat selalu ye! :)


No comments: