JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, May 23, 2012

10 PENYELESAIAN MENGURANGKAN BAJET PERKAHWINAN!


Assalamualaikum, haaaaa, itu hari wirda update tentang anggaran kos kahwin minimum kan?kali ini wirda share satu info cara-cara untuk mengurangkan bajet perkahwinan. ini adalah sumber dari majalah pengantin ye, bukan wirda suka-suka update atau nak kata idea wirda sendiri. Sebab wirda dah tekankan satu ayat “share info” kat atas tadi J
Pertama sekali untuk mengurangkan bajet perkahwinan, kita perlu fikirkan satu majlis yang WAJIB sahaja sesuai dengan bajet anda. Kalau rasa bajet sikit, jangan la berangan nak buat kat hotel cukup saja dirumah.
Kedua, soal makan kenduri. Bagi yang duduk di bandar saya rasa agak  susah ye sekarang untuk masak sendiri di mana jiran-jiran datang tolong. Tapi kampung pun sekarang main katering dah. Kalau ada tenaga kerja yang ramai, boleh la bergotong royong. Jimat!
Ketiga, dari segi busana untuk hari persandingan pun kita perlu ambil kira! Tidak perlu mengambil busana dari pereka-pereka fesyen yang namanya sudah “top” jika kita tak mampu. Memang la glemer, tapi kalau tak mampu tak perlu.membazir sahaja. Butik-butik pengantin biasa pun sekarang TERLALU banyak pilihan yang boleh kita pilih J
Keempat, untuk menghiburkan tetamu-tetamu yang datang, ada sesetengah orang sanggup menbayar artis-artis untuk menhiburkan tetamu.tak perlu! Cukuplah sekadar muzik. Lagu yang selalu orang kawin pasang. “selamat..pengantin baru....semogaaaa ke anakk cucuuu..tetetetetetete” kan?
Kelima, ini paling penting! Sebabnya kan ini melibatkan kos keseluruhannya. *mungkin* . elakkan melangsungka perkahwinan pada musim cuti sekolah atau tarih-tarikh istimewa contoh hari kekasih dan sebagainya.hal ini kerana, semua barang naik termasuk kos bunga, pelamin, dewan dan busana. Kerana pada waktu itu memang and confirm ramai yang akan berkahwin dan berlumba-lumba untuk tempah itu ini, jd mereka ni menaikkan harga gituhh~ tapi klu hari biasa, takut kawan-kawan atau saudara lain plak tak leh dtg. Hendak datang seribu daya tak nak datang seribu dalih!hehe. nak jimat kena la mcm tuh.
Keenam, barang hantaran tak perlu lah smpi 9 dulang 11 dulang. Bersederhana sahaja, selepas kawin barulah miliki apa yang anda ingin miliki J
Ketujuh, barang-barang hantaran memang mahal kalau nak diikutkan. Jadi belilah barang-barang tersebut pada waktu SALEE!!!!!! Sekurang-kurangnya 70% potongan! Berbaloiii dan yang lebih penting JIMAT! Boleh salur balance duit tu untuk benda lain plak J jadilah pembeli yang bijak! *tetibe*
Kelapan, ini “khas” untuk ibu bapa, elakkan meletakkan  jumlah wang hantaran terlalu tinggi. Biarlah berpada-pada. Jangan sampai dilabelkan “jual anak”  ;p
Kesembilan, kalau lihat balik kos kamar pengantin anda akan shock! Betul x? Saya pun! Hehe. So hias sendiri lebih jimat dan mampu mengurangkan bajet anda dengan lebih banyak!
Kesepuluh, jika terlalu “kronik” dari segi kewangan buat majlis nikah dan serentak pada hari yang sama. Senang! Jimat! Cepat!
Okay  itulah 10 jalan penyelesaian untuk mengurangkan bajet kahwin. Ada cara lain yang boleh dikongsi untuk mengurang bajet kahwin? Share la dengan wirda! Iteww nak tahu jugak :P