JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, December 14, 2012

MY LITTLE PRINCESS 12/12/12 :")

ASSALAMUALAIKUM............

noted that i was excited to update blog! to share someone special from Allah. He gave to me and family a little princess baby 121212. yeay! ALHAMDULILLAH. semuanya berjalan dengan selamat. mom and baby also sihat walafiat. sempurna dan indah ciptaan Allah. i love my lil princess!

sapa punya baby yang wirda dok heboh tu? lolololo. haha, act my adik yang no 3, which mean bawah saya la kan. dah kawin. yeyeyeyeye dia dah kawin. everyone keep asking me the same question. repeat the SAME QUESTION. WHY? masalah ker? haha, i sedih tau uolsss tanya banyak kali. sebab..........i nak jugak. hukhekhik.

bila dapat tahu widya pregnant. yaAllah, saya tak boleh tahan kesabaran untuk cepat-cepat la deliver. padahal time tu baru 2 months. im addicted with baby! aahhh semua baby anak i la.huehue
then, day by day, month by month. keep patient. *eceh macam kau pulak yang pregnant wirda!*
tetibe rindu perut buncit widya.haha

the best part bila baby tu dah capai tahap matang, so baby dalam perut dia punya movement makin banyak andddddddddddddd ganas! haha. aku selalu bersembang dengan baby dalam perut. contohnya " baby, ni mama wir! jangan degil nanti mama pukul!!!" ahahaha. ok baby boleh nangis bila dengar. sometimes, aku usap perut widya and main cak cak with baby and SOMETIMES aku kejutkan baby mcm ni "bahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!" . i dont know how baby punye condition masa tu. im sorry my princess. mama terlalu geram and tidak sabar! hahaha. widya juga suka suka suka record guna phone bila baby tu bergerak. fuyoooo, mcm main roller coaster tau baby tu! perut mcm ombak, senget sana,senget sini. besar sebelah, and i can touch her body tp xtau la which part. tp i can feel! hehehe

then, bila menunggu hari untuk deliver, lagi la terseksa. sampai tanya "bila kau nak bersalin widya?" LOL
act dia dah overdue lebih kurang 5 days, so that nurse kata if 11/12/12 tak bersalin jugak dia kena tahan wad. and memang tak bersalin. why baby tak nak keluar? lol, baby pun pandai tau nak pilih tarikh lahir cantik-cantik. untung budak zaman sekarang, since dalam perut lagi dah pandai. finally, doc decide untuk bersalin paksa because takut effect pada baby. and the day is.........................

12/12/12

yeay! my lil princess dah keluar melihat doniaaaaaaa. hari widya dalam labour room. aku usaha untuk masuk and tunggu sampai dia bersalin. but sadly, guard dekat hospital ampang kata xboleh. hanya SUAMI sahaja dibenarkan tunggu. rasa mcm time tu jugak nak tukar jadi suami widya. sob sob. so balik la dengan kesedihan yang melampau-lampau. rasa nak menangis, rasa nak marah semua orang! *oh teruknya* on the way balik, hubby dia kol cakap widya dah bersalin. yaAllah mcm nak melompat aku dalam kereta. tapi aku lupa nak tanya gender.haha. before this hampir 5 kali scan tapi xnampak. biasanya kalau tak nampak perempuan. hehehe. then widya kol. SEE? after a few minutes bersalin she called me. oh suara dia sangatlah perlahan, nampak kepenatan dia tu.

esok pagi-pagi aku ikut husband dia pergi  hospital konon nak tolong hantarkan barang baby yang tertinggal, tp sayangnya sekali lagi. hanya boleh hantar sampai luar, xdpt jumpa widya and baby. kena tunggu kul 12.30pm. time tu pukul 10.45 am. fine gigih aku tunggu dgn wawa (dia teman aku balik dari kolej).
and lastly! its 12.30! berebut naik lift tau,.hehe

 terus snap pic baby! yeayyy so cute my lil princess. nama? act tak confirm lagi. haha
isnin ni baru buat surat beranak. now mama n papa dorang tengah buat pemilihan.

 hari sama jugak la widya terus boleh discharge dari hospital sebab dia and baby takde masalah. Alhamdulillah, sangat senang. widya pun cara berjalan tak mcm org bersalin minah tu. ganas je jalan. ish risau tau x! 

 my lil princess, mama teramat-amat gembira and bersyukur. promise me untuk jadi anak yang baik. 

 baby tidur, masa merengek berebut aku and mak nak tolong diamkan dia.hahaha. yaAllah happynya! 


bila dia dah depan mata. asyik cakap kat dia  "ni ke yang selalu mama main acah-acah? ni ke yang selalu tendang perut mama dia? ni ke dia? anomnomnomnom" *tium pipi dia*

 orang ramai kawin tarikh 121212, tapi kitaorang dapat hadiah bayi perempuan dari Allah pada tarikh tu. Alhamdulillah. syukur. now tengah rindu dekat dia since dia kat kajang rumah nenek dia. and me kat kolej. jumpa jumaat depan! tadi mama belikan legging. kita pakai dengan rompers k? yeay! aaaaa kalau dah baby girl memcam la aksesori nak pakaikan. siap diaaa! :")

semoga membesar dengan sihat my sayang! susu ibu terbaik dari ladang. hekhekhek :'D

p/s: before baby keluar, nurse nak tengok dah terbuka berapa cm. masa dia masukkan tgn dia kat bawah tu, nurse terpegang tangan baby! hahaha. tgn dia dok kais kis gitew. bila nurse nak pegang sekali lagi dah xde. kemain dia! mungkin dia cakap "cepat la keluarkan saya nurse, saya tak sabar nak jumpa mama-mama,papa-papa,abah,ma,nenek and abah saya ! gitew ;)

 

 

Wednesday, December 5, 2012

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum

apa khabar kengkawan? sihat ka? lama betul tak update and merapu kat blog. haha
ritu last update pun pasal tips peperiksaan. now dah habis cuti sem. kelas pun dah bermula. sem ni sem akhir saya sebagai student akaun.makanya, doakan saya dan rakan-rakan grad on time. seriously, sem ni haruslah lebih serius dan kerja lebih keras sikit. 

terasa kekok pulak nak menaip.weeee, xde ayat yang sesuai untuk digunakan kot.hakhak.
Alhamdulillah, sementara cuti semester tempoh hari, macam-macam dah berlaku kat diri ini. hmmm, kita amik positive la apa yang telah berlaku. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. namun untuk jadi positive pun kita perlukan kekuatan. tak henti berdoa agar semua kuat. InShaa'Allah kita semua akan perolehi kebahagian yang sebenar. yang penting yakin dengan semua kerja Allah. sebab Allah tak kan buat sesuatu yang sia-sia. pasti ada hikmah disebaliknya :)
hari tu, sebulan jugaklah deactive fb, ada sebab-sebab yang tertentu. yang penting, terasa macam dah xde hati nak berfb, tapi xpelah. kita jadikan fb tu satu platform untuk kita kongsi perkara baik. sekarang ni, saya banyak lepak kat twitter. kalau sudi, follow la. tapi jangan suruh saya follow balik. saya memilih sikit. hikhik. (@wirdaazurainie )

kesempatan ni, saya mohon maaflah kalau saya ada buat salah dah silap dengan blogger,kawan-kawan fb,kawan-kawan sekolah, kawan kolej, lecturer, kekasih hati (eh?) , orang yang pernah sy marah2x, yang pernah kenal wirda azurainie la senang kira. dalam sengaja atau pun tidak. harap kosong2x. kalau saya ada berhutang dengan uollss ke, sila la tuntut. boleh je inbox fb, atau email dekat wirdawahid@gmail.com

takut, kita tak tahu ajal kita bila. takut la kembali "di sana" bawak dosa dengan manusia. dosa diri sendiri pun tak tertanggung. huhu. salinglah memaafi. saya pun memaafkan sesiapa saja yang pernah menyakitkan diri ini. tak perlu berdendam, semua berlaku atas kehendakNya, kita xboleh nak mempersoal atau pun nak merungut. amik semua positive sebab tak semua sempurnakan. 
lagipun semua tahu, buat salah dengan Allah boleh mintak ampun dengan DIA, tapi kalau buat salah dengan manusia, kita kena mintak maaf dengan mereka dulu. tapi kalau kita dah mintak maaf, tapi depa takmau maafkan nak buat mcmne, benda ni,kena ikhlas. kekadang kena pujuk diri sendiri supaya maafkan dia. saya pun lalui benda sama juga. tiada paksaan, asal hati ikhlas ;)

heboh juga la pasal boikot barang2x israel tempoh hari. bagi saya, itu adalah satu usaha kita membantu saudara kita disana. saya pun tengah cuba untuk boikot. contoh mcd,coke,starbuck(mmg xpnh minum pun sini.haha), nestle (product ni bnyk,cuba slow2x), maybeline,and etc.......
selalunya yang paling susah rasanya mcd la kot. sebab semua dah terbiasa, tp kalau saya, saya amalkan cemnih. bila terasa nak makan, teringat apa dorg buat kat saudara kita. banyak budak kecil kehilangan ibu bapa, meninggal, mak ayah hilang anak. hidup dalam ketakutan. mmg ada cerita, katanya mcd malaysia, income dia hanya utk malaysia. tapi setahu sayalah, ilmu yang saya belajar, even dia bukak franchise kat sini, israel tetap dapat "royalty". terpulanglah kat individu masing2x. yang dah mencuba ni at least ada jawapan bila kena tanya kelak. InShaa'Allah. 
SAVE GAZA! TERUSKAN BERDOA ;)

InShaa'Allah tiada lagi entry luahan perasan yang "keterlaluan" ;p

have a nice day people. tingkatkan kualiti harian hidup anda. setiap hari baru adalah hadiah untuk kita dari ALLAH S.W.T. maka bersyukurlah, masih ada peluang dan diberi kesempatan untuk memohon keampunan. 


p/s : jaga diri, jaga hati, jaga iman :")

Tuesday, September 25, 2012

TIPS PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum

yuhuuuu, musim exam untuk semua student UITM telah pun kembali! yeeehaaaa
*paksa untuk buat seronok*

so that, aku yang merasakan sangat "prihatin" *sambil goyang kaki atas dashboard* nak share beberapa tips la sangatt kannn untuk menghadapi final exam! tips ni senanya aku amik daripada twitter UITM NS
so benda baik ni, apasalahnya kita share kannn, yg bukan uitm pun boleh apply kat muka. eh silap, boleh ambil pakai. huehuehue

bismillah................


1 ) jangan jatuh cinta atau start bercinta dan jangan juga putus cinta time2x nak dekat exam. haaa cool x? benda ni selalu jugaklah aku jaga, hahaha. bukan yang part "jatuh" or "start" tapi part yang "putus" tu, tak pun "gaduh". so cuba jaga yang mana sedang berhubungan tu kan, jaga leklok, masing-masing kena faham keadaan masing-masing,kalau dia tak faham kita, kita kena faham diri kita, maksudnya jangan nak memburukkan lagi keadaan.hihihi. kalau yang single mingle alololo tu haaa seruuu la kan! relax and fokus. xde masalah pasal cinta.tapi jangan pulak nak ajak crush bercinta,papehal lepas final k? hikss ;p

2 ) memaafkan seseorang sebelum tidur. insyaAllah, tenang dan tenteram hati ketika study dan melangkah ke dewan exam. benda ni tak exam pun kena selalu amal kan kan? maafkan orang sebelum tidur. tapi kot la baru semalam kawan kita kata kita ni bajet-bajet je kan, so apa kata tak yah nak heboh sangat pikir pasal apa yang dia cakap. saiko je semua tuh! hiks. maafkan je dia and lupakan. hati pun xde gangguan nak study. kansss?kalau boleh jagalah hubungan dengan sesiapa pun masa tengah exam, supaya tak menganggu fokus kita.cewahh!

3 ) study jangan ikut mood. haa betul! kalau ikut mood, mood semuanya "BERJIMBA" je kan? so sebenarnya kita kena "PUSH" diri kita untuk study walaupun kaki sebelah ni dah keluaq pintu nak pi tengok wayang *cakap kat diri sendiri nampak :p*. semoga tidak ada godaaan and tidak jadi penggoda semasa final exam.hiks. paham kan? 

4 ) study depan tv? dengar radio? elakkan.  fokus supaya lebih ikhlas, bukan untuk puaskan hati orang yang memandang. maksudnya, kot la study week kat rumah atau bilik hang pa ada tv ke apa ke kan, korang study sambil tgk tv or dengar radio. kira cam nak bagi orang sekeliling lega la tengok korang, bukak tv or radio pun still study. gitu, tapi kalau nak lebih fokus terserlah keikhlasannya xpayah la semua tu. sebab mcm tak ikhlas pun ada kan buat 2 kerja dalam 1 masa. TAPI PERCAYALAH, ada orang yang tak boleh study kalau takde tv or radio. macam akak senior aku *hi kak fatty!* hiks. so kalau dah terbiasa atau style uoolss mmg mcm tu teruskanlah.masing-masing ada cara study masing-masing. ye dak? hiks ;p

5 ) tidur awal. macam biasalah ni kan, kalau paper takde besok normally student memang akan stay up sampai lewat malam kan. tapi kalau esok ada paper mintak tidur awal la, moga-moga kepala tak ting tong esok nak jawab exam. *pengalaman sendiri*

6 ) sila buat past year question! haaa ni uitm kata suruh buat past year question, ada certain subject soalan dia berulang-ulang. so sapa yang tak buat tu rugilah. tapi ada certain subject soalan dia takkan pernah sama, kalau sama pun dua tiga kali je. buat je sebagai latihan. mana tahu rezeki kita dapat soalan sama kan? huntong huntong.

7 ) teori menghafal mesti dilakukan 2 hari sebelum exam. BETUL! aku mmg tak leh hafal awai-awai kang lupa. baik awal-awal tu kita baca bagi faham, dah faham baru kita hapal! baru lekat dalam minda. ye kan ?
hiks.

8 ) kerap doa dan lakukan solat hajat selepas berusaha. selepas berusaha ye bukan tanpa buat pape. memang orang akan berkata "eleh nak dekat exam baru nak buat semua tu" memang betul kata dia, jangan waktu kita susah atau nakkan sesuatu baru ingat Allah, tapi bagi yang tak biasa buat jangan rasa segan nak buat, buat je, mana tahu boleh jadi amalan yg terbiasa. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. lagi satu, baca Al-quran selalu, haa cukup mujarab lagi-lagi kalau nak menghafalkan, insyaAllah mudah :')

9 ) elakkan berkata-kata yang bukan-bukan dan tidak senonoh. elakkanlah ckp benda bukan2x (tak berfaedah) tak pun yang tak senonoh tu, supaya otak kita ni "bersih" sikit dari semua tuh. amalkan zikir-zikir Allah yang lebih enak didengar. konon la bergurau dengan kawan selalu dok sebut "babiesnya kau" haa apa kata gantikan "astaghfirullahalhazim" *muka innocent* 

10 ) being single ketika exam berlangsung.couple dengan buku-buku anda. haa ini macam punya tips pun adoooo! biarlah buku-buku tu tak SESWEEET pakwe/makwe kita. sabar je, buat-buat atau feeling-feeling je "ehhh suwitttnyaa kauu niiiiii buku LAW -.-" cakap kat pasangan korang, i nak study nih, i kena single jap. kalau dia tak nak lepaskan uolsss pegi jumpa dia lempas sedas! *EH?* hehe, tapi ada certain people ni buat orang tersayang sebagai inspirasi gituh, apa kata letak gambar mak ayah atau kol diorang selalu, mesti lagi syahdu and semangat lebih untuk study sebab mengingatkan tulang empat kerat yang telah banyak membesarkan kita.sob sob *amik tisu lap air mata*

11 ) mintak restu parents and lecturer. mintak halal segala ilmu yang mereka dah bagi kat kita :)
yang suka dok mengata lecturer anda digalakkan mintak maaf. mungkin ada masa kita tak sependapat dengan lecturer ke apa ke kan. sorry la bab ni tak leh cakap banyak, lecturer aku banyak dalam facebook, kot dia terbaca ke kannn. miss,madam, sir saya mintak halal segala ilmu. maafkanlah kalau ada TERmengumpat ke kan. itu bukan saya tu. *tetibe* haha :P *bajet lecturer kau masuk blog JIWANG KAU!* pangg~

12 ) bangun sejam before subuh,buukan bangun sejam before zohor. haaa tudiaa mentang-mentang la exam kul 2.15 hang bangun sebelum zohor. bangun awal sikit, leh la baca ap yang patut kan, tiba masa, ready untuk solat,pas solay subuh, wat la solat hajat,baca al-quran sikit. ada masa lagi study lagi. insyaAllah dipermudahkan. bak kata orang penuhi setiap masa yang kita ada tu. jangan relax atas katil je *cakap kat diri sendiri* 

13 )* fuhh banyaknya tips* datang ke dewan peperiksaan setengah jam awal, bukan 5 minit dah start baru nak datang. kemain kau kannn! disiplin sikit time-time macam ni. dah datang tu jangan lupa kad matrik, slip exam tu jangan lupa bawak. pastikan tak melanggar semua etika ketika memasuki dewan. kalau boleh tak payah buat hal sampai kena halau tukar baju ke, tukar kasut ke apa ke kann. sediakan awal2x dekat atas meja. 

14 ) pergi exam pakai baju warna cerah-cerah macam rainbow bukan macam orang nak berkabung. ini aku tak faham sangat. tapi warna kan mempengaruhi mood kita semua. so mungkinlah, pakailah warna0warna ceria ye! *takkisahpasalkalerbaju* haha

15 ) jangan gatal-gatal nak check jawapan lepas habis satu-satu exam. bersedia untuk paper yang seterusnya.ini betul. ghamai betul bebudak pas exam bukak buku "haa betul!!" *bangga*
"alaaaaa salahhhh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......* menjejeh jadinya. mula la rasa down, malas nak study (hilang semangat). so jgn cek jawapan!

16 ) dalam banyak-banyak ni paling penting!!! check jadual exam betul-betul. jangan exam pagi diingatnya petang, tak pasal-pasal extend -.- so korang, sama-sama hati2x and sensitive sikit tentang jadual exam. kalau boleh salin tampal besar-besar kat tempat yang senang korang tengok. lepas dah tu make sure balik dengan kengkawan. bbm dorang ke double confirm kan balik. *cewah bbm aja kau wirda! *haha

17 ) jangan study last minute! tapi tak tahu la, style aku, memang study last minute. sebab study awal-awal nanti lupa -.- bagi yang tak biasa elakkan. nanti korang kelam kabut and takut ada sub topik yang terlepas pandang. studylah secara sistematik.hiks ;)

18) ) k la ni terakhir ni, *tak larat dah* JANGAN MENIRU! haaa susah sangat ke??? kalau korang belajar, insyaAllah boleh jawab. berdiri di atas kaki sendiri. kalau meniru kena tangkap? sia-sia je dek non. ni cerita betul k, pernah jadi dalam exam hall aku. boleh plak notes yang dia selit kan poket seluar belakang TERNAMPAK oleh lect (dia baru keluar dari toilet). haa kan dah timbul satu masalah. 

fuhh fuhhh penattttt! baca kat twitter rasa macam sikit, sekali aku senaraikan makkk aii nak dekat 20 tips, tu pun ada aku skip.penat tak korang? senanya tips tu sikit je, yang tukang bebel tu banyak.hiks. 

papepun SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR kepada semua student uitm!
bagi yang last sem, buat yang terbaik! study kaw kaw! kepada kawan-kawan kelas saya, insyaAllah kita boleh buat yang terbaik walaupun subject sem ni agak tough! percaya dengan diri sendiri,sesamalah tolong kengkawan yang lain! :)
doakan saya dan rakan-rakan ye! *hugs* - bajet artis.


p/s: semoga pointer aku naik sem ni. aminn. *baru rasa nervous* eh malam ni berjimba kejap! nak tengok salam cinta atau untuk 3 hari.hiks.GOOD LUCK kawan-kawan. ADA HINT KONGSI! haha :P

Wednesday, September 19, 2012

RANDOM PICTURE (dinner AGAIN !)

Assalamualaikum

omaiii lagi lagi gambar dinner, 3 hari 3 malam berturut update pasal dinner or attach gambar dinner. asal tengok aku je kuning asal tengok aku je kuning. kan? nampak tak tu je gambar latest aku? haha

tak tak sebenarnya, ini nak update gambar with a little description. promise!
sebab niat awal update pasal ddinner ritu nak upload gambar dari photographer dinner tu, tapi al-kisahnya TOTALLY TERLUPA. mungkin sebab agak over excited nak update blog. mungkin .ya mungkin 
*sambil kening naik atas,mata pandang atas berfikir*

so that, jom la cuci mata gambar-gambar saya semasa di dinner hari itu! kuikuikui 


view dari belakang dalam ballroom. seriously nice. baru rasa hebat and grand kan?haha


budak-budak meja aku. 


okay real position. sebab gambar atas 2 member aku ke toilet kot, so kena moved agar tk rongak ;D


semasa amik anugerah pelajar  cemerlang. nampak je cool padahal kaki tak dah menggelatar. rasa nak tercabut lutut tu.haha


aku posing sebab aku ikut dean posing. gedik x? bahahaha. nasib baik tak kena tegur sebab time ni dorang tengah terangkan cara macamne game tu dimainkan.hewhew


volunteer bajet diri sporting.haha. sila lihat sapa yang over disitu?hahaha


masing-masing tengok tugasan yang perlu dilaksankan.omaii, kena cari tetamu yang pakai benda-benda yang dorang mintak tu.
1) kot putih
2) bow kaler putih
3) belt putih+kerongsang
4) vest pink


tarik adik ni sebab pakai belt kaler putih! hewhew
*naseb ko la dek :P*


okay cukup 4 orang mangsa aku!


kena bagitahu/baca balik 4 benda yang perlu dicari kepada orang ramai. time ni aku menggigil sampai kena tegur.haha. last2x, adah tu amik kertas biar aku baca je, so xla nampak sangat ggigil aku tu ye dak?
problem problem!


^__^


ini pesaing jiran sebelah. syra my classmate ;)


at last dapat no 4. kira sagu hati la tu kan.haha. lect tanya aku "kenapa awak menggigil?" aku pun jawab la
"haa saya memang mcm ni" hewhew
sorry u guys xdapek nak share hadiah tu sesama. org lain dapat hamper kita dapat tu je,tapi takpelah, yang penting kita enjoy! ye dakk? :)


ok tengah layan peminat nak bersembang! BAHAHAHA.


ok then, nak siap ke kelasss. copet copet! tata uoolsss ;)


Tuesday, September 18, 2012

FINAL EXAM SEMESTER 5


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun lebih aku study diploma in accountancy.
selama tu jugaklah aku mengenali dunia serba sedikit, cara menangani manusia-manusia yang datang dari pelbagai tempat, memahami cara pergaulan mereka dan cara mereka memahami sesuatu perkara.
hampir dua tahun jugak aku menghadapi pelbagai dugaan sepanjang bergelar pelajar, xkiralah sama ada ia datang tanpa di duga atau atas perbuatan aku sendiri. aku pernah kehilangan dan aku pernah kesunyian. 
sejujurnya, aku jenis yang bukan berkawan. aku lebih suka dan memilih untuk buat hal sendiri berbanding enjoy dengan kawan-kawan. tapi aku tahu, aku tak boleh nak teruskan dengan perangai macam tu. so i try to get along with people. sampailah aku jumpa kawan baik aku di kolej ni. 
wawa and ros :')

sedar tak sedar, tinggal lagi HANYA BEBERAPA bulan sahaja kita akan bersama. kejap lagi cuti 2 bulan, masing-masing balik rumah, so tinggal bape bulan je? lebih kurang 5 bulan je kan :')
rasa macam masa berlalu dengan pantas, belum puas lagi nak bermanja and "bergaduh" dengan uols. 
masing-masing ada sikap masin-masing. and thanks sebab terima banyak sangat kekurangan aku dalam persahabatan ini. aku sendiri rasa bersyukur, sebab uols jugak mengajar aku untuk terima pendapat orang lain, sikap dan jugak cara. sebab dalam pemerhatian aku sendiri-sendiri kita tak boleh nak mintak orang ikut apa yang kita nak. sometimes kita kena ikut cakap orang atau tak pun, dengar.

wawa,wiwi,ross

diam tak diam, kita dah "HAMPIR" ke garisan penamat kawan :')
tinggal lagi satu sem untuk kita teruskan perjuangan. sebelum melangkah sem yang terakhir, kita kena hadap final exam dulu! wakakaka. *ok serius*
apa yang aku mohon, kita sama-sama serius dalam belajar untuk dua sem ni. korang, rasanya tak terkata sayang aku kat korang. mungkin ada sesetengah situasi aku rasa :annoying" gila ngan korang!haha. korang pun rasa yang samakan? hewhew. tapi percayalah, aku sayang korang sangat-sangat. rasa tak nak berpisah.aku rindu waktu aku menangis, korang kat sisi aku, korang kuatkan aku, korang take care pasal aku. sebenarnya dalam diam korang yang mengajar aku jadi manja. sebab korang manjakan aku! hahahah *gelak jahat*

wa, hang kalau dok jauh pun, insyaAllah kita tetap kawan. hang mai la sini kalu hang free. bawak laki hang sekali. yela, hang kan nak kawin dah tahun depan, aku nia? takdok sapa nak lagi. tunggu bulan jatuh keriba la. orang kata,kalau dah kawin tu org tu lagi busy. ingat-ingat la kami kat sini.

ros, kau tu bajet je tak nak kawin, tapi tadi kata nak kawin plak umur 25. kau pun nak tinggal aku ke? kemain depa ni rancang masa depan. fine fine fine. 24 aku nak kawin. :P


wirda plak, meh aku ceramah sikit. hang hingat hang make up tebai nak mampuih tu hang dah jelitawan ke? dok posing ala-ala manja macam tu hang cukup baguih ka? 
oiiiii, sila sedar diri, hang nak periksa nih. mai aku habaq hang. dari hang struggle untuk sem-sem lepas, awat hang dah rasa malaih nak struggle sem ni? plish la jgn memainnnn. kita nak graduate ON TIME! kita xnak lalui segala kemungkinan. 

aku dah buat jadual study, tapi hamprak! satu pun tak ikut, duk susun jadual lain lagi adalah. kemain kau tak sedar diri. jangan kau nanges kemudian hari. tu je, kalau kau rasa susah sangat subject tu, study slow-slow, tanya kawan yang lebih mahir, kalau susah sangat pergi je consult dengan lect, kalau dah susah, lepas tu malas amik port memang lingkup la. wuwuwuwuwuw
*terasa kena penampar sedas*

Ya-Allah,semoga aku dikurniakan kerajinan, dipermudahkan untuk memahami setiap apa yang aku pelajar. dilapangkan dada untuk menerima segala jenis ilmu. semoga daya ingatan aku juga kuat untuk menghafal.dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dalam menjalani musim final exam.

rasa sem ni berat sangat nak lalui. semoga rasa yang aku bawa selama hampir 5bulan ini akan memberi kepuasan dalam diri aku. 

oiiii, bawak ilmu pun beban ke wirda? masyaAllah. kena minum air tawar kau nih. g berubat sekali. tiup banyak kali kat atas dahi tu kasi sedar sikit.hihihi.

okbai nak layan movie jap!<------------------------------- >,<

DINNER FOAC AT DE PALMA HOTEL.

Assalamualaikum....

pada sabtu lepas, aku ada dinner dengan bebudak course aku. diploma in accountancy.
this sem punya event so far much much better than last sem ler kan.hiks.
mana taknya, semua nak diadakan makan malam kat hotel...weeee

so that, my batch aku sem ni adalah yang paling senior untuk sem ni, so para AJK telah merealisasikan impian semua orang.haha. beruntung adik-adik sem 1 la ni, masuk2x je teruih boleh makan hotel. kami dulu mencanak tunggu senior-senior buat event. haa now, kitaorang buat sendiri , nope kitaorg la, tapi AJK sebab aku xbuat pape pun.ha ha ha :')


majlis makan malam dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang 2012.
Alhamdulillah, tanpa aku sangka, nama aku terlist dalam penyampaian anugerah cemerlang nih.hiks. 
sebenarnya tak tahu pun, then wawa ckp "wi malam ni kita ada rehearsal amik anugerah" aku cam. "anugerah???" seriously tak pernah terfikir akan layak ok! haha. Alhamdulillah. aku bawak balik 2 sijil untuk anugerah pelajar cemerlang, tak dekan pun xpelah.hiks. merasa jugak amik anugerah. kat hotel pulak tu. tak cukup grandkah??haha


here, my classmate.
me, wawa, ross, and syra

time ni semua kena berkumpul untuk naik bas menuju ke de palma hotel. btw hotel tu dekat gilasss dengan rumah aku, but then dari rumah terpaksa patah balik ke kolej sebab presiden kasi tahu tak boleh pergi dari rumah sebab dorang dah tempah transport. fine fine fine. nasib baik sempat sampai!
oh ya, sehari before dinner wawa tidur rumah aku! hiks. sebab mintak tolong my adik make up kan dia. she's look very stunning! yeay ,e love it :D


semua feeling masing-masing gorgeous!haha. bila lagi kan? :P kuikui


dalam bas terus pakai lipstick merah menyala.haha. nak pakai awal-awal malu laa i uolss ;p
ehsan camera 360. jangan confident sangat saya nampak mcm ni! hahaha. ok tipah tertipu :P

*muka bangga* huahua
aku punya heels tinggi gila! -,-
ada lebih kurang 5 inci. heels untuk catwalk tu. dari rumah lagi aku risau nak amik anugerah tu cmne, mintak-mintak supaya tak jatuh tangga atau what so ever yang boleh memalukan diri sendiri. serius berdebar. then, bila nama dipanggil berjalan dengan penuh  gaya  hati-hati. sampai atas stage lecturer tegur. "wah lain terus muka awak" aku senyum je, sebab tengah nervous gila. yelaaaa xkan g kelas nak make up cam ni kan.nanti orang kata aku ni syok sendiri pulak :P


gambar bersama sebahagian sem 5. oh ya malam tu kitaorg semua ada tema, beauty and nerd man.macam aku, aku ikut tema suka hati.tema hari raya, alasan sebab tak nak beli baju lain dah.haha. untuk lelaki aku paling suka tengok.alala comel comel depa nih tau x! cuteeee. eh over :P

bestfriend forever!


bersama retis kolej unikop. dean! dia ni gila suka publisiti sikit! wakaka.


okay ini klaka. aku pinjam dean punya spek.hahaha. *saje bagi kecik gambar nih* :P


ini pulak wan, dia ajk untuk event ni, so thats y nampak dia lain sikit. dialah kawan pertama aku time kelas pertama bermula. haha. eh dulu wan ni BAIK GILA. suka belanja makan lepas habis induksi.haha. sekrang? hamek kau~! rm0.50 pun berkira. eh? :P
hewhewhew


ha ini meja aku and kawan2x. makanan dia sedap! ya sedap! tapi xcukup.hahaha. aku pandang tempat lain,aku kalih kat lauk. LICIN! budak budak ni kebas dulu.haha.terpaksa la aku makan udang even senanya aku tak leh makan udang.sob sob.


fera and syaza!


candid :P ha ha ha

ada satu game, dia mintak sesapa yang sporting naik atas stage.wawa n aku kemain pergi, haha. aku senanya xsedar pun bila aku bangun and pergi ke stage, sampai2x je mcm tak percaya.gamenya aku kena cari "benda" yang dipakai oleh tetamu lain and bawak dorang naik pentas. yeah dapat no 4. ok la.hahaha.
aku spatutnya no 3 *protes!* hehehe

okai nak tido. besok adalah hari yang panjang untuk saya. phew!
final tinggal berapa minggu, before final nak update lagi. stay tuned :D
good night peeps 
^__^

Monday, August 27, 2012

bertabahlah..Allah itu sentiasa disisimu :)



just sharing with others from youtube.

kadang, masalah atau dugaan buat kita lupa, siapa yang menghendaki ia berlaku.
sampai satu masa, sesuatu akan menyedarkan kita. 


Tuesday, August 14, 2012

KATA-KATA! :)


Assalamualaikum

hai semua, entry kali ni wirda nak share beberapa kata-kata yang wirda suka sangat2x and boleh kata sesuai SANGAT lah! dengan keadaan wirda sekarang. ini pun wirda amik dari fb jugak, wirda percaya ramai yang dah selalu tgk or pernah share. tapi nak share jugak! haha

even pesan pun, hati tetap nak berharap. degil kan? haaaa, sekarang hamek kau! -,-
ini sedih sikit, sebab sekuat mana kita cuba pertahankan,kalau dah tertulis kita bukannya untuk atau dia bukan untuk kita, ia tetap akan pergi. tapi sekuat mana kita menolak, jika dia dah tertulis, kita tetap bersama. its about jodoh :)
kadang bila putus dengan kekasih, kita rasa nak letak perasaan benci. tapi sebenarnya, perasaan tu PALSU! percayalah,takde org yg boleh membenci org yg kita syg. sebab kita dah lalui segala pahit manis dengan dia.
"awk, saya tetap syg awak"
*degil*
ini aku suka, tp tak suka part dah putus jgn ucap sayang.hewhewhew
kawan aku bagi kat fb, thanks tika. seriously sangat kena! itu yg sedang aku lakukan. 
sedih. itu  je mampu cakap :(
sedikit emosi ye.




korang ada lagi tak benda mcm ni yg best2x? boleh la share kat wall fb wirda. i loikeee :'D
heyyy! saya dah xnak sedih2x ok, dah RAMAI sangat bg kata semangat,. dan RAMAI sangat *mungkin* yang tahu kisah saya dari A-Z. oleh hal yg demikian, saya perlu MATANG! PERLU!
bak kata seorang follower sy (wan)
"create future!" btw, aku suka komen kau wan! :)

thank you semua. insyaAllah, lepas ni xde dah entry sedih. tapi entry meluah perasaan tu ada xpekan? hewhew. tapi janji xnak emo2x sangat. huhuhu. sampai ada yang nanges baca entry "putus cinta" kita. rasa malu la plak. sampai inbox suruh buat novel, sampai kasi kata2x semangat dua tiga kali. seriously im touched. *nanges*




Thursday, August 9, 2012

LEPASKANLAH DIA DENGAN IKHLAS WIRDA...

Assalamualaikum....

bukan senang untuk lepaskan orang yang kita sayang. dengan orang yang kita anggap "bakal suami" kita. bukan senang untuk lepaskan dia untuk perempuan lain. bukan senang untuk terima semua ni dalam masa yang singkat. tanpa salam, tanpa pembuka bicara, aku PERLU lalui benda ni tanpa aku duga. aku diberi pelbagai ujian,kali ini aku gagal,aku give up aku berserah dan redha dengan apa yang dah terjadi.

kadang-kadang perasaan rindu itu datang disaat kita boleh hidup tanpa dia. mulut kata boleh, hati meronta-meronta menangis, terseksa. tapi apa pun hidup perlu diteruskan, kita PERLU jugak untuk teruskan hidup walau semuanya dah berubah. bila rindu tu datang, kita mula ingat kenangan lalu, tengok gambar dia, nyanyi lagu feveret dia, ceritkan kat kawan karib kenangan kelakar dengan dia. :')
sakit tau tak. sakit sangat. seolah2x cuba mengembirakan diri sendiri dengan cara macam tu. seolah-olah nak rasa dia masih hidup dalam kehidupan kita. hakikatnya?

dia dah tak sayang kita, hati dia dah berubah. dia dah ada penganti. dia bahagia tanpa kita. dia dah tak peduli dengan hati kita yang terseksa kerana dia. dia dah TAK PEDULI. 

kenapa susah sangat nak pujuk hati ni? kenapa hati ni degil dan keras sangat untuk terus sayangkan dia? yaAllah hati, jangan buang masa, kau masih muda untuk buat mogokan hati seperti itu. masih banyak yang akan kau lalui untuk masa hadapan.

hati ni dah penat, penat untuk berlawan untuk mendapatkan apa yang kita nak. penat untuk mempertahankan apa yang kita inginkan. tapi walau penat, TAK PERNAH sedikit pun rasa benci, dan buang dia dalam hidup aku. cuma aku beri sedikit ruang untuk aku buka minda aku, buka fikiran aku tentang kehidupan ini bukan hanya semata-mata kerana cinta untuk lelaki. banyak lagi perkara yang boleh aku buat yang boleh mengembirakan hati ini. biar semua itu jadi satu pengalaman terbesar dalam hidup aku.

girlfriend dia suruh aku lepaskan dia untuknya.suruh aku terima kenyataan bahawa aku bukan lagi dengan sabri.sabri yang mintak aku bersabar, sabri yang mintak untuk kembali pada aku. sabri yang bagi aku harapan, tapi aku jugak silap, tidak tegas n takde pendirian dalam melakukan keputusan.hati aku lemah ketika dia ucapkan balik kata sayang. sekarang? aku sendiri yang sakit. 

aku lepaskan dia untuk kau. mungkin hari ini, ketika ini aku dalam keadaan terpaksa melepaskan orang yang aku sayang, tapi mungkin satu hari nanti,aku tersenyum melihat korang berdua bersama. mungkin aku akan ikhlas melihat korang bahagia. sejujurnya, bukan senang untuk itu semua. semuanya perlukan masa. MASA yang akan MENENTUKANNYA. aku takkan pernah putus berdoa untuk tenang dan damaikan hati ini, semoga aku diberi kekuatan untuk melepaskan dia seikhlas hati.

abg, apa yang wirda nak. abg jgn buang wirda bulat2x dalam hidup abg, wirda nak walau secebis nama wirda masih ada dalam hati abg. wirda nak kehadiran wirda dalam 6tahun lebih ada memberikan kesan yang positive untuk abg.kita dah lalui mcm2x. MACAM-MACAM ! jadi wirda percaya, semua ni pun bukan mudah untuk abg. wirda tahu, tapi mungkin kita dah xde jodoh untuk terus bersama. masing2x dah pilih jalan yang terbaik untuk kita. semoga jalan ini memberi lebih kebahagian untuk abg n wirda. jaga apa yang abg ada sekarang, jangan ulang kesalahan yang sama.wirda tetap mcm dulu, akan sayang abg mcm dulu, sampai saat wirda akan diijab kabulkan, wirda PERLU padamkan abg dalam hati wirda. PERLU! buat masa ni, biarkan wirda menikmati sayang yang masih bersisa :')

kak ju, wirda tahu wirda xpatut marah akak sebab amik sabri dari wirda, akak xsalah. kehadiran akak menguatkan lagi keputusan wirda sebenarnya. wirda mungkin masih muda, belum pandai kawal emosi, belum kenal dunia sebenar,wirda hanya tahu apa yang hati wirda nak sampai satu masa,bila wirda xdapat hati wirda nak, wirda seakan marah dan benci akak. tapi jangan risau, wirda masih jaga hubungan kita sesama wanita. jangan kerana lelaki, kita bermusuhan,tak dapat papepun. tapi, wirda terkilan...andai akak tahu and paham perasaan wirda, kenapa dari awal jugak akak masuk dalam hubungan kami? :( kenapa akak tak cuba duduk kat tempat wirda? kenapa akak keraskan hati untuk mulakan sesuatu yang akan mengorbankan satu hati? :(
sedih, tapi semuanya dah tertulis, semua berlaku atas kehendakNya, mungkin ini ujian untuk wirda lebih kuat and tabah dalam menghadapi kehidupan, agar wirda sedar, tidak ada yang lebih bernilai melainkan cinta kepadaNya. wirda lepaskan sabri untuk akak, agar akak jaga dia baik2x. mcmne pun, dia atau wirda PERNAH bersama selama 6 tahun lebih. akak tak boleh desak wirda atau dia untuk lupakan semua tu secara drastik. tapi wirda akan cuba. satu je wirda nak ckp, jangan pentingkan diri sendiri. wirda dah berundur, bermakna wirda bagi ruang untuk akak, tapi akak xboleh jadikan pelajaran atau study wirda sebagai alasan utnuk wirda lupakan sabri sebab wirda masih muda. wirda mohon sangat. wirda lebih kenal sabri mcmne, wirda kenal hati dia kak. tu je, thanks dengan semua ni kak. terima kasih banyak2x. 

nak buat apa kenang boyfriend org lagi wirda? :(
*tak pernah terfikir ayat ni akan terjadi untuk aku? ;(*

semoga abg bahagia, wirda pun akan bahagia. cinta tidak semestinya memilik,tapi melihat orang yang kita cinta itu jugak satu bukti cinta kita kepadanya. kerana cinta perlukan perngorbanan :)



Wednesday, August 8, 2012

CINTA BUKAN MILIK KITA

Assalamualaikum


sering kali kita terlupa, apa yang kita miliki sekarang adalah bukan milik kita. sehingga kita "hilang arah" bila kita kehilangan sesuatu yang kita anggap itu milik kita. sedarlah, kita tidak punya apa-apa. kita hanya meminjam, dan sampai masa, pasti kita harus pulangkan kembali.

CINTA....sesuatu yang subjektif untuk didefinisi. setiap orang saya percaya mempunyai pandangan masing-masing tentang erti cinta. tapi cukuplah sekadar kita tahu, cinta itu anugerah Allah. satu perasaan yang diberikan kepada hamba-hambaNya. perasaan cinta datang tanpa diundang,pada seseorang yang mungkin kita tidak pernah terfikir,pada masa dan ketika yang mungkin kita tidak jangka !

pada masa munculnya perasaan cinta, kita seharusnya memohon pergantungan kepada Allah, agar kita tidak tersasar kerana cinta, cinta itu suci, tapi manusia yang salah menggunakan atas nama cinta. kerana itu, bila sebut cinta, sesetengah orang mempunyai pandangan yang negative tentang cinta. kesian, walhal bukan cinta yang bersalah, tapi manusia yang menggunakan atas nama cinta. salah mengaplikasikan erti cinta dan kehidupan dalam bercinta. 

bila bahagia, semuanya indah, hampir terlalai atau SUDAH lalai dengan dunia cinta sehingga mengenepikan hukum-hukum agama. bila cinta yang diagungkan,cinta yang telah dinoda itu pergi, hidup kucar kacir, mogok itu mogok ini. sapa yang bersalah? walhal, Allah memberi cinta itu untuk digunakan mengikut cara yang betul, tapi kita tetap endah akan hal itu. maka Allah mengambil kembali apa yang bukan hak kita. kerana cinta adalah bukan milik kita. kerana itu cinta datang dan pergi tanpa diundang, tanpa memberi salam,tanpa kita sedari. semuanya kuasa Allah. 

hadir atau pergi, kita harus bergantung kepada Allah.pernah dengar "Allah menemukan kita dengan orang yang salah,sebelum menemukan kita dengan orang yang betul untuk kita" ? sebenarnya, bila putus cinta, xde orang yang boleh menolong kita, hanya dengan kekuatan mental kita sendiri. kecewa, sedih, pedih, sakit, rindu segala perasaan yang timbul itu kita harus kuasai agar ia tidak menguasai kita. belajar untuk memotivasi diri,muhasabah diri dan positivekan minda dengan perkara-perkara yang baik. abaikan segala kata hati yang bergerak tanpa dikawal.

lepaskanlah dia pergi, jika dia tercipta untuk anda, sejauh mana berlari dan menyembunyi, dia akan datang kembali untuk anda. percaya dengan kekuasaan Allah, tidak ada yang mustahil.

tapi mencegah itu bukankah lebih baik dari merawat? oleh itu, bagi saya..kepada yang mahu memulakan sesuatu yang boleh memberi effect yang besar untuk masa akan datang, fikir dan kaji betul-betul. adakah anda sememangnya ikhlas untuk dia? bersungguhkah untuk dia? atau sekadar "suka-suka" untuk dia menemani anda dalam waktu kebosanan.ini umum, mahupun wanita atau lelaki. jangan mulakan sesuatu yang kita sendiri tidak jelas tujuannya.



Friday, August 3, 2012

PERTAMA DAN TERAKHIR TENTANG TEST JPJ

Assalamualaikum

1 August 2012 , which is last two days aku ada jpj test. penangan jpj test since awal 2 minggu dari tarikh booking lagi aku xsenang duduk, kaki tangan sejuk, sampai terbawak dalam mimpi, macam-macam pikir lepas tu geleng-geleng kepala sengsorang. al-kisahnya, aku ini adalah calon "ULANGAN" ulang suara. "ULANGAN" maka dengan itu aku takut la kan, kalau buatnya aku "TERULANG LAGI" disebabkan aku FAILED bahagian bukit, jadi parking and 3 penjuru aku CONFIRM la xboleh nak buat. time tu, aku satu badan mengeletar, sambil tahan dari menangis, malu la kalau orang tengok. then kol ayah, terus nanges T_T 
time tu dah xpeduli dah org lain, pastu kol ehem ehem *ketika itu* , lagi laju je nanges, sebab al kisahnya aku nak buktikan dia aku boleh ada lesen -,-

tiba untuk jalan raya, aku rasa macam boleh lulus la, sebab semuanya okay, even ada la mati2x tu sekali dua je pun, tapi bila on the way nak masuk ke pintu sekolah memandu, masuk gear 1 kereta aku mati lagi. terus JPJ tu FAILED kan aku!!! geramm ohh, xsampai 100 meter pun, dah nak sampai tp dia failed kan aku, timbang rasa la sikit :(

eh jap, kemain aku citer first test jpj aku yang hampir 7 bulan berlalu.hehe, then, 1 August 2012 aku booking lagi tarikh, lama tu gap nak amik test balik! masak la aku kan, tapi aku amik kelas tambahan 2 jam sehari sebelum test, lepas tak lepas terpulanglah, dah usaha dan doa. 

malam tu, aku sibuk hapal step2x untuk parking, sebab aku tak nak terlalu fokus kat bukit sampai yang lain aku abaikan, 3 penjuru yang senang tu pun aku hafal! -,- 
pagi esok tu aku bangun pepagi, pakai cantik-cantik *ERK? :p* lepas tu dah siap tunggu cikgu dtg amik, btw, i siap buat solat hajat lagi lepas subuh tu untuk test jpj nih. serius aku takut sangat-sangat, aku tak penah senebes ini. TAK PERNAH *kot*
sambil tunggu cikgu datang aku tak putus-putus berdoa, kejap tarik nafas,kejap pejam mata, kejap buat xdepape, kejap pk yang bukan-bukan, banyak kejap la. sampai aku tak sedar hampir sejam aku tunggu cikgu aku, tiba dapat mesej, dia ckp "sorry saya baru bangun" haiyakkkk, wirda mana la suka menunggu orang, orang tunggu wirda takpe ;p tapi xpe, aku anggap berkat punya pasal, pasal dia cikgu kan :)
lepas tuh, cikgu sampai, aku tanya la apa yang aku keliru and xnampak lagi. cikgu pun cakap "jangan risau, hari ni saya jaga jalan raya, say bagi jpj yang ok sikit kat awak ok"
aku pun senyum, aku xharap walau hati harap. aku ckp terima kasih je. sampai sekolah memandu aku adalah dikenali sebagai calon baru sebab failed dua2x bahagian, sesi ke 3 no 9! mak aii, xde awal lagi no? ok la, sbb aku pun DAH TAK SANGGUP nak teruskan dengan perasaan yang segala2xnya adalah! sambil tunggu giliran aku buat jgk perkara mcm aku tunggu cikgu kat bus stop, sampai aku pun pikir nak relax,aku main game racing kete tu. ceh! feeling lah kononnnnn! dr kul 9-12 aku menunggu baru sampai giliran aku wei!

lepas bagi taklimat, aku ke bahagian 2(bukit,parking n 3 penjuru)
aku senyap je, aku tahu aku kena relax. sebab aku banyak google tips untuk hadapi test jpj @_@
*cam teruk sangat je aku ni*
lepas aku dah masuk dalam kete, aku tadah tangan doa banyak2x tarik nafas,aku kena yakin. aku ckp kat cikgu lelaki yang jaga tu
 aku: cikgu kaki saya menggigil
cikgu: dah kenapa kaki awak menggigil?
aku: ntah la cikgu saya pun tak tahu.
cikgu: jangan takut, buat biasa, tenang. belajar okay kan? pucat dah muka tu
pastu cikgu tu jerit kat cikgu lelaki sorg lagi ckp kaki aku menggigil.malu la aku, dah la ramai calon lain dok perhatikan @_@
pastu cikgu datang usik2x, aku cam ok, at least dorg bagi aku relax. yang tak leh blah, cikgu tu siap goyangkan kereta kata
"teruk sangat gigil awak ni sampai bergoyang kereta" aku gelak je r, sebab xnak la hilang focus.
bila sampai turn aku, aku naik je bukit, aku tak sampai angkat handbreak ,kalau handbreak xangkat, tangan pun apatah lagikan? tapi dia dah suruh aku jalan. subhanaAllah, ini membuatkan aku tambah panik!! sebab macam, kelam kabut. then aku amik masa sikit, aku hilangkan gigil kat kaki, aku buat perlahan2x YESSSS! I DID VERY WELL kat bukit ok! satu ucapan yang first keluar ALHAMDULILLAH. sampai lupa nak stopkan kereta amik borang.hehe. hamek kau, kemain menggigil2x aku time sign borang tu. 

sampai parking pulak! aku ikut je step, bila dah masukkan, jpj tu tengok je aku. aku tak tahu nak angkat tangan ke x,sbb kat bukit aku tak angkat tangan, sampai aku terlupa yang masa berjalan, nak2x lak jam tangan aku putus @_@ eeee, tambah i panik, aku campak je kat seat sebelah. aku takut senanya nak angkat tangan,takut aku tgk dah masuk tp senanya tak.haa acaneh? 2-3 kali gak aku tgk kete masuk ke x, last2x aku angkat tangan then dia suruh jalan. 3penjuru xde masalah, 
AKHIRNYA AKU LULUS DENGAN JAYANYA!
xhabis2x aku ucap syukur, alhamdulillah. rasa nak sujud syukur time tu jugaklah! tapi aku xleh seronok sangat sebab aku belum lepas jalanraya. tapi senanya jalan raya aku tak takut sangatlah, cuma part gear 1 la kereta aku selalu mati. memandangkkan cikgu dah adjust aku dengan jpj special puyeeee! aku diketepikan dr org lain, no 9 jadi no yang keberapa belas ntah. 

"boleh saya mulakan sekarang encik? " suara penuh lembut, cover gementar! 
"dah sedia mula" mata pandang borang. aku cam, cam kerek je. errr?
sebelum start aku baca doa, siap tadah tangan supaya dipermudahkan urusan dan jalanku. lantak la dia nak kata apa, agak2x dpt markah x tu? haha
tgh betul2x kan cermin kereta dia tegur. 
jpj: kenapa muka pucat?
aku : ha yeke? xdelah saya memang macam ni. 
lepas tu dia senyum je, sepanjang perjalanan, dia kira OKAY SANGAT! sembang2x dengan aku, aku pun wat2x la sembang dengan dia padahal aku ni, xtahu nak sembang apa. soalan paling bangang aku rasa aku tanya dia " bestlah keje macam encik duduk dalam kereta je" HAHAHA
gelak dalam hati kot, tp dia pun layan la...kuikui
TIBA-TIBA

tengah nak masuk ke jalan raya sebab buat pusingan dalam kawasan kedai makan. ENJIN GUA MATI! kan gua kata wa failed kat gear 1 -,-
start mati, start mati,start mati LEBIH 5X  mati kat tempat yang sama. aku rasa macam nak kata je kat dia, xpelah saya give up. eh tapi memang tak la aku nk ckp mcm tu, dia pun pandang je aku,aku lagi nebes. aku pun cakap lah "encik saya mintak maaf" sambil muka paling kesian penah aku wat. aku tension nak nanges, aku relax jap, aku tenangkan diri, aku try lagi PUN TAK BOLEH. sebab ada lopak, so aku kena tekan minyak senanya. aku pun "YA-ALLAH,kenapa ni?" aku cam hentak stereng sikit tau sbb betul2x tak tahu nak buat apa, aku tunggu je dia bukak seat belt.aku ckp kat dia "encik jangan pandang saya macam tuh,saya takut" dia pun pandang tempat lain, last2x YESSSS! berjalan walaupun bagai nak terbang kete tu aku buat.lantak janji jalan! dalam perjalanan aku mintak maaf kat dia, aku tanya dia cmne encik? dia kata kita tengok kat depan. pastu satu soalan yang menyentap perasaan aku "kalau gagal ni ayah marah x?" hohoho,aku xjawab.aku tanya dia balik "kenapa mesti gagal?" wakaka, aku xpikir dia jpj kot.lancang je mulut aku, dia pun senyum. dia tanyala guna duit sapa amik test kereta, bape banyak dah habiskan. mcm2xlah yg berkenaan dgn gagal lulus je senanya.

dah nak sampai, aku berhenti nak masuk ke dalam sekolah, tempat aku penah failed dulu. aku doa jgn mati depan tu,aku dah xsanggup. rupanya MATI LAGI. aku rasa dah xde harapan ni. aku buat muka kesian, aku start enjin, aku ckp "encik janganlah gagalkan saya" dia pun senyum. 
"kenapa? sebab awak orang terakhir ke?" tapi time tu aku terpikir? terakhir? aku ada dlm dua, xpaham maksud dia. org terakhir tu mksdnya aku nak dia luluskan aku sorang ke atau aku orang terakhir yang dia uji, tapi aku xjawab aku rasa dia dia tanya mcm nak aku org terakhir dia luluskan, eh kesian la plak kat org lain nanti.so aku terus focus kat kereta, seb baik dia cakap, tekan minyak lagi sebab tmpt aku belajar tu kawasan berbukit. SKEM DRIVING. sapa tahu?

sesampai je, aku tanya mcmne, dia kata sekejap. then dia suruh aku sign, dia siap tutup lagi keputusan aku and tanya aku nak nanges sekarang ke nak nanges balik kang? aku speechless kot. aku senyum je, last2x dia bukak dan AKHIRNYA AKU LULUS TEST JPJ!!! aku dah nak loncat2x dalam kete, banyak kali ckp terima kasih kat dia, ada dalam 4,5 kali terima kasih sampai dia pun ikut sama terima kasih.hahahaha

pertama dan terakhir saat genting amik lesen kereta. sumpah xnak amik pape lesen dah. menyeksakan jiwaaa!! sekarang nih, aku dah lepas! isnin ni nak g buat lesen :)
TERIMA KASIH ENCIK JPJ. SEMOGA AWAK DIMURAHKAN REZEKI PADA BULAN YANG MULIA NI.TERIMA KASIH BANYAK2X.TERIMA KASIH JUGAK KAT CIKGU SEBAB ADJUSTKAN JPJ YANG BAIK SESANGAT! 

phewww! lega :)


Monday, July 23, 2012

RINDU........

Aku bukan lemah tanpa cinta
hanya tidak mampu sendiri tanpanya
biarkan aku menangis,kerna derita
dia hadir mengubatkan rindu
mengajarkan aku erti cinta
namun semua tidak seindah kusangka
dialah yang aku inginkan
dia cinta yang ku dambakan
namun semua, hanya tinggal mimpi
terpisahnya cinta
aku harus melupakannya
aku harus memadam rasa
namun hati tidak pernah mampu
melepas kau pergi


Monday, July 16, 2012

16 JULY 2012, HAPPY BIRTHDAY!

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY "awak:" :)
semoga awak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan, dan bahagia selalu bersama keluarga dan yang tersayang. huhu
sedih...............selama 6 tahun lebih, ini adalah kali pertama sambut birthday awak sebagai "kawan" atau sebagai "ex-girlfriend".
macam mane la saya nak pujuk hati suruh terima satu kenyataan ini? kadang saya kuat awak, saya yakin saya boleh. tapi kadang saya lemah sampai saya tak boleh nak kawal perasaan. sampaikan saya effect orang sekeliling saya.

bak kata awak, "jgn pikir ada jodoh tak kemana, tapi kita kena usaha"
insyaAllah, dengan sapa awak berkawan, dengan sapa saya berkawan. itu bukan masalahnya. kalau ada jodoh, adalah kann. semuanya dah diaturkan :')

last year punya birthday awak, saya curik awak satu hari dengan saya je kan? kita pergi majlis pertunangan kawan saya and balik dekat kul 1 pagi, sampai rumah. awak kol.
cakap kek birthday awak dalam peti ais. serius time tu saya baru sedar, saya pentingkan diri sendiri sampai lupa family awak. serius saya lupa! 
so this year, saya harap awak dapat spend time with family. saya tak kacau :')

HAPPY BIRTHDAY again mohammad sabri bin zulkarnain yang ke-22! 
yeayyyy! abg dah semakin meningkat usiaaaaa! 
umur 25 nak kawin kan? jangan lupa jemput! hukhukhuk. *TAKNAKKKKKKKKk!!!!*

Dengan meningkatnya usia ini, agar meningkatlah tahap kematangan dan ketajaman minda dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan hati :P
erk? 


*sorry i "rembat" ur pic from ur fb!, kwn awk kata awk suka sgt pakai baju kuning yg saya bagi!hehe, saya suka dengar klu mcm tuuuu. awk nmpk hensem pki baju kuning itu!*

p/s: ada org "JELES" ke kita wish ni? alahaiiiiii, sorrryyyy yerrr! 

Friday, July 6, 2012

KAU TIGAKAN CINTAKU.

Assalamualaikum

sedang mencuri sedikit masa sebelum bertolak ke pahang untuk merisik "bakal kakak ipar" :)

pernah tak korang alami dimana korang selalu bagi "peluang" lebih dari 3x? mungkin hampir cecah 10x?
pernah x? aku selalu macam tu. aku selalu bagi dia peluang sebab aku sayang dia, aku nak dia. so that, bila aku maafkan dia. everything gonna be okay even hati aku mungkin masih lagi sakit dengan apa yang dia buat 

dalam pada itu, aku terapkan perasaan "takut kehilangan" dia. aku sanggup disakiti. aku sanggup buat apa saja. APA SAHAJA untuk pastikan yang dia baik-baik saja dengan aku. aku tak tahu kenapa perlu sampai macam ni tahap sayang aku pada dia. aku mengaku, TERLALU banyak pengorbanan yang aku dah buat kat dia. BANYAK. tapi bila dia xhargai, aku pujuk hati. buat biar ikhlas.insyaAllah nanti adalah bahagian kita. tapi makin lama, pujukan tu tak memainkan peranan penting dalam kehidupan aku.

aku mula berfikir untuk melangkah lebih ke hadapan. berani amik risiko. mencuba untuk menikmati erti kehidupan yang sebenar. aku terfikir, sampai bila aku SEORANG yang perlu menjaga hubungan ini? walhal, kalau kitaorang kawin kita kena saling menjaga dan of course dia perlu lebih banyak tanggungjawab terhadap aku. bila aku fikir hari demi hari, baik buruk dan suka duka aku. aku membuat keputusan......

aku lepaskan dia dengan seikhlas hati aku. aku redha dengan jalan cerita aku dan dia yang sudah cecah 6 tahun 5 bulan berakhir dengan satu perpisahan yang mana PALING aku takut.

sekarang dah sebulan aku menjalani hidup aku tanpa dia, sebulan juga aku didampingi orang-orang yang baik. insyaAllah, sebulan juga aku cuba lawan perasaan, sebulan juga aku cuba tahan untuk menangis kerana dia. dan dalam masa sebulan jugaklah aku merasakan, pilihan yang aku buat ini adalah benar. insyaAllah.

hati. hati aku tenang. walau sakit. perasaan tenang itu lebih menguasai diri aku. aku tak tahu keajaiban apakah ini sehingga aku betul-betul kuat untuk lepaskan dia pergi bersama wanita itu. aku sakit tapi aku tahu, sudah tiba masanya aku akhirkan kisah aku dan dia dan mencari kehidupan yang lebih baik. segala yang bakal terjadi itu adalah urusan Allah. doakanlah agar aku bertemu dengan seorang yang benar-benar untuk aku.

aku cuba untuk mengambil dari sudut positif tentang dia dan perempuan itu. mungkin aku belum cukup baik untuk dia. perempuan itu tak bersalah dalam hal ini. dia pun xbersalah. xde sapa-sapa yang bersalah. ini telah ditetapkan, kita xlayak nak menuding jari atau mempersoalkannya. jalani hidup seperti biasa. kehilangan itu pasti terasa, tapi kita mampu penuhi kehilangan itu dengan keimanan :)

mungkin ada yang tak setuju dengan keputusan kami, atau  mungkin ada yang terlebih setuju. apa-apa pun doakanlah yang terbaik untuk aku n dia. aku xberdendam. aku anggap semua yang dah aku n dia lalui itu satu kenangan paling bermakna dalam hidup aku. mungkin dia bukan untuk aku, tapi kehilangan dia memberi aku satu makna di mana aku tahu aku boleh hidup tanpa dia. segala mind set aku yang dulu aku dah hapuskan. SEGALANYA. keinginan untuk bersama dengan dia juga tipis dan xterasa. pelikkan?

macam mana orang yang sangat-sangat kita sayang, tp bila sampai satu tahap kita tak mampu nak teruskan, kita lepaskan dia untuk dia cari kebahagian dia sendiri. di mana perasaan yang selama ini idamkan bersama dia juga aku HILANG. 

mungkin betul kata orang, sesabar  mana pun kita, sabar kita ada limit. satu hari kita PASTI akan beralah.  mcm ayat ni
"bila saya text awak, awak xbalas saya faham, bila saya .........(xingat) dan bila saya dah tak lagi dengan awak, saya harap. awak pula yang faham "

something like that la kan? aku gerenti korang semua penah dengar. so bila tgh orang ada untuk kita, hargailah. jangan sampai orang tu berundur setapak kebelakang, itu bermakna kita dah buat dia give up.
bagi aku satu dan aku dah buat. 
PERTAHANKAN SELAGI MANA MAMPU KAU PERTAHANKAN HUBUNGAN KORANG. SELAGI KAU RASA KAU MAMPU UNTUK TANGGUNG SAKIT TU, KAU BOLEH STAY, TAPI BILA KAU DAH TAK MAMPU KAU JANGAN PAKSA. MUNGKIN ADA YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA. 

mungkin kelihatan bodoh, tapi sekurangnya kita telah buat sesuatu untuk perkara yang kita nak.kita dah usaha, tapi berjaya atau tidak itu semua Allah dah tentukan. tak salah kan? sebab ada dua kemungkinan, ujian untuk kau capai bahagia atau petunjuk untuk kau cari seseorang yang lebih baik.

itu pendapat aku melalui pengalaman aku je :)




Sunday, June 10, 2012

CINTA ATAU KEPERIBADIAN YANG LEMAH?

Assalamualaikum

tadi saya and adik pergi jalan2x kat jaya jusco. beli barang-barang apa yang patut untuk prepare start sem baru nextweek. which is TOMORROW (monday class will be start at 9 AM)

then mata tertumpu kat satu bahagian "RUJUKAN AGAMA" like seriously itulah tempat paling aku suka selepas "NOVEL" kat mph tadi. then try la usha-usha buku apa yang best. walaweyy banyakk sangat buku yang menarik tajuk2x dia, tapi boleh beli satu je dulu, kena saving sikit sbb lepas nih nak start sem dah,bulan depan ingat nak beli buku satu lagi tuh,pun best jugak tuh! bagus untuk kehidupan yang penuh dengan dugaan. orite, kat sini, wirda nak share beberapa tajuk yang seronok yang mana boleh anda semua fikirkan balik :)
entry wirda kali ini wirda just share dari buku yang wirda baca :)

seorang gadis sering bingung bila fikiran dan hatinya mencari jalan yang akan membawanya kepada perkahwinan yang bahagia dan berlandaskan kepada cinta sejati.bahkan kadang2x terjebak dalam pengembaraan mencari cinta demi merealisasikan mimpi yang amat berharga. kemudian,setelah semuanya terlambat,baru dia sedar bahawa selama ini dia hanya mengejar FATARMORGANA. dia juga mendapat KESAKITAN,PENDERITAAN.bukan kebahagian dan keindahan perkahwinan.

untuk sub topik ini, ia menerangkan beberapa kes di mana seorang wanita yang telah lama memendam perasaan 'CINTA' kepada seseorang sehingga bertahun lamanya sejak berusia 16 tahun (maksudnya bila meningkat remaja). namun begitu, wanita tersebut tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaannya kepada lelaki tersebut.jadi dia terfikir adakah kerana LEMAHNYA KEPERIBADIANNYA?

jadi jawapan untuk masalah seperti ini adalah, wanita tersebut tidak menunjukkan lemahnya keperibadian yang dia miliki. sebenarnya dia sedang mengalami PERALIHAN MASA REMAJA yang mana, pada masa-masa seperti itu sebahagian perhatian hanya tertumpu untuk memikirkan lawan jenis. yang dia rasakan sebenarnya bukanlah cinta melainkan secebis perasaan tertarik. BAGAIMANA IA BERLAKU?

hal ini kerana, kemungkinan kerana banyak maklumat tentang cinta yang masuk dan cerita-cerita teman mengenai pengalaman cinta mereka membuatkan gadis tadi menjadi kurang sabar yang mana hal itu membuatkan mereka merasa yang mereka telah meningkat dewasa dan ketika itulah perasaan tersebut telah menguasai seorang gadis hingga membuang masa memikirkan cintanya yang tidak kesampaian sehingga pada suatu saat dia nekad untuk meluahkan perasaannya dan ketika itulah lelaki meremehkan,memanfaatkan dan menyakitinya.

untuk menghindari itu, katakan kepada diri anda  "MASIH BANYAK WAKTU UNTUK MEMUASKAN PERASAAN DAN SEMUA ITU PASTI TERLAKSANA SETELAH PENGALAMAN HIDUP TELAH BERTAMBAH DAN ANDA BOLEH MEMILIH PASANGAN IDAMAN ANDA tanpa harus menuruti fantasi,tanpa menderita kerugian dan tanpa menghina diri sendiri.

kesimpulannya, jangan terpedaya dan keliru dengan perasaan sendiri. cinta tak perlu di cari. ia akan datang sendiri.jangan ternoda dan tertipu atas nama cinta.


kalau nak lagi seronok baca sendiri, boleh la cari buku ini di MPH rm19.90 sahaja :)

Friday, June 8, 2012

SEMESTER BARU LIFE BARU!

Assalamualaikum

saya penat. itu je yg saya mampu cakap. penatttt sangat. sampai tak mampu nak fikir pape dah .padahal penat berfikir juga yg menyebabkan saya terlampau penat. meh saya bagitahu apa yang saya penat

first,saya kena kerja 10 pagi hingga 10 malam. kerja xbanyak duduk saja.PUN PENAT. tp baru lepas berhenti kerja sebab nak masuk sem dah.cuti sem dah habis okay! so hilang dah penat tuh.tp sisa dia masih ada.

kedua, penat nak adjust masa harian saya kasi fixed supaya xde ruang langsung untuk berangan atau memutarkan kenangan-kenangan lalu. *ayat org patah hati* tapi baru tengok jadual tak boleh teruskan untuk fixed jadual untuk wat part time keje kat butik yg saya kerja sabtu ahad.sbb isnin kelas kul 9 pagi. ahad sy balik 10 malam.sapa yang NAK MAMPU MAHU SANGGUP hantar saya ulang alik?? ayah saya pun surrender kalau gituh! haihhh *mengeluh*

ketiga,belum start sem saya tahu saya sangat penat sebab.meh sini saya tunjuk jadual saya.


everyday i need to wake up EARLY! defak =,=
kalau kat rumah takpe, ada heater leh mandi. ini air paip. SEJUK gilaaa tau tak! *alasan xmunasabah langsung,kau cakap jela aku malas bangun pagi! senang!* wawawaawawa jadual kena kejam sangat?

keempat, penat nak PUJUK HATI ini supaya TERIMA HAKIKAT yanggg.................


bersambung.......

doakan saya dapat kehidupan baru ini dengan lebih bahagia dan tenang serta mencapai cita-cita saya dengan jayanya! sy perlu bangun dari tempat duduk saya untuk anjak ke bahagian paling depan agar saya boleh mendengar,memahami dan merancang setiap sesuatu dengan lebih baik dari sebelum ini!
insyaAllah. aminnnn.........