JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, December 7, 2011

TUHAN JAGAKAN DIA :')

Assalamualaikum

sebenarnya, hati ini nak sangat-sangat kuat lalui semua ujian ni, tapi kadang-kadang rasa lemah tu datang kembali di waktu orang semua tidur dan aku bersendirian.
hari-hari yang aku lalui, masa berjalan SANGAT LAMBAT. kenapa? sedangkan sebelum ni, masa bagi aku berjalan sangat pantas, sedar2x dah tiba waktu tidur, tapi sekarang aku menghitung masa tidur untuk lelapkan mata. lately ni dia selalu muncul dalam mimpi aku, tp sayang, dia jauh sangat dari aku.

buat masa ni, aku anggap masing-masing perlukan masa. aku perlu ubah kelemahan/kekurangan aku untuk memulakan kembali jika ada jodoh, jika tidak pun, aku redha dan kelemahan/kekurangan yang dah aku perbaiki itu aku akan serahkan kepada yang berhak suatu hari nanti sebab aku yakin, Allah dah sediakan yang terbaik untuk aku :')
janji Allah itu pasti:)

berharap? ye aku SANGAT berharap semuanya kembali seperti enam tahun lepas. di mana aku dan dia bersama. tp aku akan cube pujuk hati ini supaya tidak terlalu berharap. kalau aku tak mampu nak pujuk hati ini, aku kena bersedia dengan risiko akan datang dia mana ada dua, sama ada kegembiraan atau kekecewaan dengan pengharapan aku selama ni. tapi aku yakin dan orang sekeliling aku jugak yakin yang dia akan datang. doakan semuanya akan kembali seperti biasa,dan aku tidak lagi kesunyian mengenang kisah lama :)

even dia jauh dengan aku, even dia mungkin xingat aku,even dia sibuk dengan kerja dia seharian, aku tetap dan setiap hari doakan dia. bangun je dari tidur, aku doakan untuk dia, sebelum tidur jugak aku doakan dia. semoga dia dilindungi dan dipermudahkan dalam segala urusab. serta dilembutkan hati dia untuk terima aku balik. mungkin bagi yang tidak kenal dan tidak tahu apa yang dah aku lalui, mungkin akan fikir aku DESPERATE. but please, aku memang tak boleh nak paksa korang set positif ttg aku , entry aku n status2x aku kat facebook. tapi cuma satu yang aku boleh katakan, kau xde kat tempat aku. kau mungkin tak pernah lalui, atau kau terlalu kuat lalui semua ini sampai kau mungkin mengjengkel orang yg lemah mcm aku ni. kalau aku nak pengganti sekarang jugak aku boleh ada, tapi aku tolak dorang,sebab aku tahu hati aku diri aku terlalu BERHARGA untuk aku permainkan atau untuk saja-saja menghiburkan hati ini. biar aku hiburkan dan tenangkan hati ini dengan solat dan bacaaan Al-quran. tidak perlu untuk mencari lelaki lain untuk hilang rasa ini. aku yakin bila aku buat macam ni, lelaki yang tercipta untuk aku jugak akan rasa bahagia dan yakin dengan aku. insyaAllah.

hanya dirimu yang ku cinta
takkan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
*
walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

walau ku tahu kau takkan sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ’kan tetap milikku
aku sungguh sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku




lagu TUHAN JAGAKAN DIA by MOTIF BAND sangat menguatkan aku :)
suka dengar:)

2 comments:

myzamar said...

jgn cintaila pasangan anda 100%..kerana bila anda terluka tiada % lg untuk mngubati sebliknya cintai lah pasangan hanya 99%..yg selebihnya akan dapt mngubati kelak..

Anonymous said...

I look forward to reading more of your articles and posts in the future, so I've bookmarked your blog. When I see good quality content, I like to share it with others. So I've created a backlink to your site. Thank you!…