JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, December 11, 2011

ALHAMDULILLAH,ALLAH MASIH KASIHKAN KU :')

Assalamualaikum

kadang-kadang saya terfikir, bila saya sedih saya akan sign in blog.luahkan kat blog. ada benda yang saya tapis, dan kadang-kadang ada benda yang saya tak tapis. sehingga saya terfikir, adakah saya menjual cerita sedih saya untuk mengaut simpati daripada pembaca? tapi kalau bukan di blog di mana saya boleh luahkan semua ni disamping mendapat feedback yang positif dan kata-kata semangat dari kawan-kawan? anggap sahaja la cerita saya sebelum ini sehingga ke entry ni adalah satu pengajaran untuk semua orang, jadikan satu teladan dalam menguruskan siapa kita hatinya. sebelum apa pun kita JANGAN LUPA ,kita perlu tanya pada diri kita sendiri SIAPA KITA DIMUKA BUMI ALLAH ini? saya sedih,sedih sangat, dulu terlalu hanyut dengan DUNIA CINTA YANG SEMENTARA. sampaikan kadang-kadang saya lupa Allah. ye, cinta itu membuatkan saya leka untuk mengingati siapa yang mencipta saya. tak sedar diri kan?

tapi ALHAMDULILLAH. bila Allah turunkan ujian untuk kita, bermakna Allah masih kasihkan kita, Allah rindu kepada kita, DIA mahu mendengar hamba-Nya mengingati-Nya, berdoa dan menangis kerana-Nya. ujian inilah yang membuat kita sedar dan insaf dengan semua ni. aku baru sedar, dunia cinta yang aku agungkan selama ini tidak seagung CINTA ALLAH KEPADA HAMBA-NYA SERTA CINTA HAMBA-NYA KEPADA ALLAH. sejujurnya saya akan cakap, jika suatu hari nanti pintu hati korang terbukak untuk bercinta, jangan pernah LUPA dan LALAI dengan cinta pertamamu sampai MATI.iaitu ALLAH. hanya DIA yang PALING ESA, KEKAL, DAN JUGA TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN KITA

bermula seminggu sebelum tarikh 29 november, saya diuji dalam perhubungan, dia mula lain dengan saya, dia kata dia busy,kerja,penat,xde mase,banyak nak kena fikir. saya faham,saya tak ganggu. tp satu hari ,hari selasa saya kacau dia jugak, bukan kacau apa pun, saya nak mesej dengan dia je pun. sebab kitaorang dah lama tak mesej, setiap hari selasa dia akan cuti dan saya rasa tak salah kot ajak mesej, saya tak mintak lebih pun. satu mesej dia xbalas. pukul 11 malam dia kol saya. dia mintak saya kejutkan dia bangun pagi besok sebab dia keje pagi. tapi saya sedih dia buat saya macam tu, saya kata saya xnak kejutkan. rupanya dia bagitahu dia jumpa kawan-kawan dia. saya tak kisah nak keluar tak bagitahu, tapi saya cuma terfikir,sampaikan hati dia biarkan mesej saya berkali-kali sebab saya tahu dia baca mesej saya.

masa kitaorang decide nak clash, alasan dia...dia xnak saya serabutkan kepala dia lagi. dia nak FOKUS PAPER YANG DIA REPEAT. dia nak belajar,lepas habis paper tu, BULAN JANUARI dia akan cari saya balik. mula saya rasa xpayah, 2,3 hari lepas tu saya mula simpan harapan dan rindu untuk tunggu dia kembali. TIPA-TIAP hari saya menadah tangan berdoa dilembutkan hati dia untuk kembali kepada saya seikhlas yang mungkin. saya terlalu sayangkan dia. enam tahun dah kami bersama, xde sape di hati saya selain dia. sehingga la hari jumaat lepas, saya masih berharap tapi malam tu harapan saya PUNAH. saya dapat satu mesej yang ada orang nampak dia dekat time square tgh shopping sambil pegang tangan dengan perempuan lain. mula saya tak percaya,sebab saya rasa dia pun tengah sedih sebab xde saya. tapi sangkaan saya meleset sama sekali. dia lelaki yang patut saya jauhi sejak DULU LAGI.
saya kol dia, saya tanya dia betul ke dia yang orang tu nampak, yes DIA MENGAKU. alasan dia, dia bukan ada pape pun dengan perempuan tu.kawan je kot. awak tukar nombor digi sama dengan perempuan tu pakai,mestilah,murah sikit nak mesej n kol kan? awak,ingatlah,hidup ini KARMA. saya tak nak,suatu hari nanti ada orang lain layan isteri awak macam mane awak layan isteri orang. AWAK SANGGUP? saya yakin dan saya kenal awak, awak tak kan sanggup.
awak kata awak busy kerja, wat overtime..rupanya awak lepak dengan perempuan tu after kerja.sebab saya selalu dengar awak ckp mcm ni " baik saya lepak kat tempat kerja je" saya tak fikir apa,sy kenal awak seorang yang sangat pemalu lagi-lagi dengan perempuan.out of my mind. saya jugak terkilan, kenapa awak tak bagi saya tengok hp awak malam itu sebab itu hp perempuan tu, awak...siap main tukar2x hp. kenapa? saya ingat awak TOLAK SAYA DEPAN ORANG RAMAI sebab nak selamatkan hp tu saje. dari situ saya tahu,awak sebenarnya dah buang saya. awak sanggup buat saya macam tu.

"abg syg wirda mcm dulu jugak,sabar ek sayang? abg rindu wirda...."

saya masih ingat ayat awak semalam bgthu saya mcm nie. mulaya saya faham keadaan awak dan maafkan awak.saya tetap tunggu awak. tapi MALAM SEMALAM saya dapat tahu perempuan yang bersama dengan awak jumaat lepas bukan perempuan yang saya sangka kan, tapi perempuan yang luar dari jangkaan saya. perempuan tu dah berkahwin dan mempunyai DUA ORANG ANAK. yaAllah pedih dan pilu sangat bila dapat tahu.air mata tak henti-henti keluar. saya terus solat,saya menangis dan mengadu sepuas-puasnya pada yang ESA.
awak, awak muda lagi,perempuan tu dah berumah tangga,dan ada anak.awak tahu kan semua tu? kenapa awak menganggu kebahagian rumah tangga awak? dan untuk perempuan tu,dia jugak tahu saya and awak,kenapa dia yang dah ada suami pun nak awak dari saya? :(
dia tak tahu dosa ke jika seorang isteri menduakan/curang belakang suami? semoga Allah bukankan pintu hati dia untuk insaf and sedar apa yang dia sedang lakukan.
tapi sesedih saya, tertulis kata SYUKUR dalam hati ini kerana Allah telah mengkabulkan doa-doa saya.Alhamdulillah, dalam masa yang SANGAT SINGKAT Allah telah tunjukkan beberapa pentunjuk untuk saya. Allah jugak telah tenangkan dan damaikan hati saya walau saya dikejutkan dengan berita seumpama itu. pengajaran, jangan pernah kita lupakan ALLAH dan sentiasa la mengingatinya kerana DIA juga akan membantu kita untuk memilih apa yang paling terbaik untuk hidup kita. SYUKUR YA ALLAH. aku menangis kerana aku juga masih diberi peluang untuk mendapatkan pentunjuk-MU.

saya redha dan juga ikhlasss menerima semua ini kalau awak lebih memilihkan perempuan itu,atau awak memilih untuk hidup sendirian tanpa saya. sebab saya jugak dah tak mampu untuk DITPU DITPU DITIPU. saya yakin Allah dah sediakan yang paling terbaik untuk saya. syukur, semoga insan itu bisa menjadikan saya wanita solehah.amin :)

saya kehilangan awak, tapi saya dapat KASIH SAYANG yang tak akan pernah berubah dari yang MAHA ESA. alhamdulillah. syukur yaAllah.

saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi apa yang saya boleh buat hanyalah BERDOA. Allah dah aturkan untuk hidup kita,dan kita hanya perlu jalani dengan senyuman,sabar dan iman. jika awak memang jodoh saya, saya berdoa semoga awak berubah sikap.lebih menghargai apa yang awak miliki.jika sebaliknya,damaikanlah hati ini dengan ketentuan-Mu kerana kuyakin ada yang lebih baik menantiku :')

saya menangis lepas saya dapat tahu berita itu je, until now saya dah tak menangis :)
Allah dah beri saya satu kekuatan,ketenangan jiwa dan masih tersenyum mengenangkan semua ini. saya jugak tidak akan pernah menyesal mengenali awak dalam tempoh yang lama itu, kerana awak saya menjadi seorang yang sangat setia, sebab dari dorm2,masih budak kan? tapi awak ajar saya untuk setia, awak konkong saya sehingga saya pernah benci awak.tp sekarang saya bersyukur, saya menjadi seorang yang setia dan jujur saya katakan saya tak pandai untuk berpasang-pasang mcm orang lain buat. saya tak pandai,xsggup and xnak. biarlah hadir seseorang yang boleh menjaga saya sehingga akhir hayat, sebab saya jugak akan buat perkara yang sama.

saya sedih, awak dah kehilangan orang yang sangat sayangkan awak.
saya serahkan kepada Allah untuk episod saya yang seterusnya
jaga diri :')

13 comments:

Mini Shopaholics said...

wuishh.. panjangnye tulis entry.. takpe2, nnt ade mase baca la.. hehe

anyway,tuan blog ni boleh tahan gak, pegang gitar tu.. err.. boleh main x? kalo boleh tunjuk la sikit.. hehe

Puteri Biru said...

cinta kalau tak ikhlas, mmg arahnya jadi tak jelas. senang terkeliru, hilang fokus. then, terjadilah tipu menipu.

jalan terbaik, tinggalkan mereka yg tak jelas dgn cinta. u deserve better.

semoga tabah.

cik ain said...

wirda , semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada awak .

la tahzan , innallah ma a'ana .
jangan bersedih , Allah sentiasa bersama awak :)

Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak
jagalah Allah , nescaya Allah menjagamu .

dan amalkan doa ini ,
ya Allah , jika dia benar-benar untukku , dekatkanlah hatinya dengan hatiku. jika dia bukan milikku , damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu , amin .

jangan bersedih kerana seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita , percayalah . ini semua petunjuk buat awak :) cuba awak fikir kalau awak dah berkahwin dengan dia , and dia buat perangai macam ni , mesti awak lagi merana kan ? ini semua petunjuk buat awak :)

sesungguhnya Allah cemburu sebab wirda tiada masa untuk 'date' dengan DIA . cintailah Allah sepenuhnya dulu :)

*maaf , andai terasa . hanyalah memberi nasihat :)

Rara Nasiha said...

sabar ye sayang. semua tu dugaan Allah. dia memang akan jumpakan kita dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan yang lebih baik. :)

myracupcake said...

It's okay WIrda, biar sekarang kita dpt orang yg salah sebagai pengalaman dan pengajaran untuk kita. InshaAllah , suatu hari nanti Allah akan kurniakan insan yg terbaik untuk kita. Janganlah putus berdoa agar mendapat pasangan hidup yg terbaik untuk di dunia dan di akhirat InshaAllah ! Be strong dear :)

shazwanazizan / wanblur said...

wirda :

Kadang-kadang yang yang disayangi dan dikasihi, bukan milik kita di dunia, mungkin dia jodoh kita diakhirat nanti. Ataupun, ada perjalanan yg lebih baik dihadapan nanti. :)

Anonymous said...

A blog like yours should be earning much money from adsense.
Welcome to my site [url=http://www.careerjobsfinder.com/]Career advice[/url] ;-)

Anonymous said...

Woah! I’m really loving the template/theme of this site. It’s simple, yet effective. A lot of times it’s very hard to get that “perfect balance” between user friendliness and appearance. I must say you have done a amazing job with this. In addition, the blog loads super quick for me on Firefox. Exceptional Blog!
my website is [url=http://cheapfamilyvacations.blogspot.com/]family vacation spots[/url].

wanblur - Shazwan Azizan said...

wirda : NAK Komen lg. Teruskan perjalanan.

Anonymous said...

Just wanted to say you have a great site and thanks for posting!…
[url=http://www.weddingplannerphotography.com]Wedding planning[/url]

wirda azurainie said...

thanks korang semua :)
and to wan, hehehe.comel jek komen sampai dua kali :) hehe
THANKS untuk kata-kata semangat dari anda semua. really appreciate it :)

unxpected said...

ALHAMDULILAH..WIRDA..:)..BANGGA DGN WIRDA..DAN KDG2 RASA NAK TBIK WIRDA..SEBAB TABAH SGT..:)..SGALA YG WIRDA TULIS BYK BG PENGAJARAN KAT AKAK..TMA KSH..WIRDA:)

wirda azurainie said...

alhamdulillah akak, kekuatan ni pun luar dari jangkaan wirda. Allah banyak bantu wirda kak. sebab tue, sampai sekarang wirda masih boleh senyum and study mcm biasa :)