JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, December 10, 2011

AKU BERHENTI BERHARAP

Assalamualaikum

sesungguhnya Allah tidak suka hambaNya yang terlalu berharap.
aku degil, setiap hari kata-kata harapan aku titipkan dihati, setiap hari aku yakin hati aku dia akan kembali kat aku. aku berdoa semoga hati dia lembut.Allah sayangkan aku, aku tahu, sebab dalam masa yang sangat dekat ni, Allah dah beri pentunjuk dan aku tahu jawapanya ialah BERHENTI BERHARAP

mungkin aku terlalu ikut perasaan, aku takut nak alami kehidupan seorang yang "single". aku sayang kenangan aku n dia, aku sayang apa yang telah aku dengan dia lalui. benda yang kita sayang tu la kadang-kadang Allah akan tarik dari kita. mungkin selama ni aku tak bersyukur dengan apa Allah dah kurniakan dalam hidup aku, atau mungkin "dia" hanya satu persinggahan untuk memenuhi memori hidup aku. semua yang berlaku Allah Maha mengetahui dan terlindung satu hikmah yang mungkin aku belum nampak sekarang.

sebelum balik ampang, saya ada tulis dalam diari saya. selepas kita berpisah, saya beli satu diari, kat situ dari hari pertama saya tanpa awak, hinggalah hari ini. hari ni saya tulis saya nak belajar terima kenyataan dan melepaskan awak. saya nak cari kehidupan yang boleh beri saya kebahagian. InsyaAllah. saya tulis, saya nak berubah. saya tulis, andai awak jodoh saya, sejauh mana kita lari pun, kita tetap akan bersama.

setiap sujud saya tak putus-putus mendoakan untuk awak dan saya, kalau betul takde jodoh saya mohon kekuatan atas ketentuanNya.

tapi saya dah dapat sesuatu yang saya cari selama ni. jawapan yang tidak boleh lagi disangkal.tiada lagi alasan. jelas awak, jelas sangat. saya PERLU BERHENTI MENGHARAPKAN AWAK, sebab saya PERLU beri ruang kepada insan yang Allah akan hantarkan kepada saya SUATU HARI nanti :')

kawan-kawan yang banyak support saya,banyak bagi kata nasihat untuk saya.
BIG THANKS
serius saya masih kuat,saya masih boleh bersabar dan yang paling penting saya redha :)

kehidupan banyak sangat warnanya, kadang putih,kadang kelabu,kadang hitam tiba-tiba muncul warna yang sangat cerah,terang dan bercahaya. di situ kita tahu, jika kehidupan tanpa dugaan dan cabaran, kita tidak akan tahu cara untul menghargai dan mensyukuri warna-warna yang indah untuk kita suatu hari nanti.
everything happen for a reason.

nak dapatkan pelangi kenalah redah hujan, saya tengah redah hujan ni kawan-kawan,tak tahu la bila hujan ni nak berhenti,tapi saya akan tetap SABAR dan BERDOA untuk pelangi yang indah :')



yaAllah sesungguhnya aku masih tersenyum dikala ini kerana kutahu kau sentiasa berada denganku.



3 comments:

iNDaH ViOLet said...

jangan mngharap kpd org yg xbley d harap..kikikiki..

chaiyokk wirda!! bak kate kawan sy... you deserve BETTER THAN HIM!!

Bersyukurlah kerana pernah merasa ditipu.. jadi pasni..kita akan lebih berhati2.. ^________^

SperMAtids BloG said...

ok..=)

Anonymous said...

sm2lah kt berhenti berharap...sm2 kt jd org yg tabah & kuat dlm menempuh dugaan hati ni...