JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, November 30, 2011

ENTRY INI UNTUK AWAK SEORANG SAHAJA :')

Assalamualaikum

awak minta couple : 27 disember 2006
saya terima : 30 disember 2006
kita clash : 29 november 2011

hari ini cukup kita 5tahun 11 bulan. bulan depan genap 6 tahun kita bersama. macam-macam dah kan kita lalui bersama, ada ketika awk sangat merimaskan,ada ketika saya sangat menyakitkan :')
tapi tu semua xpernah jadi masalah untuk kita teruskan hubungan nie, awk tak pernah mintak clash. dan awak sangat benci dengan perkataan tue. tapi semalam, awak terima jgak clash saya, awk nak jadi kawan.tp saya tak nak, saya tak mampu. saya dah biasa sangat dengan awak. jadi saya decide, kalau awk nak clash jugak tukar no phone, saya takut saya tak kuat and cari awak balik. tapi awak kata awak JANJI akan cari saya balik bulan 1 ni. kenapa? bagi saya, orang yang sayangkan kita dia tak kan tinggalkan kita walau apa jua keadaaan. awak kata awk nak fokus ngan study awak, xnak jadi mcm dulu, saya punca awak repeat paper kan? sy minta maaf, mungkin dalam tak sedar saya dah buat awak give up. tapi mcm ne dengan angan2x kita? ye saya tahu tu semua kerja Allah. tapi saya teringat waktu kita bergurau, mengusik, marah. semua la kenangan kita.

mase first jumpe awak memang bajet. first meet kita jumpe kat lrt setiawangsa, kita jumpe sebagai kawan kan? awak aja saya naik moto. mase tu saya form 2, awak dah form4.
awak sekolah melaka, saya sekolah k.l. memang susah jugak la nak jumpe, hp and public phone je jadi penghubung kita kan? :)

bila dah couple, first meet as couple kat klcc.hihi
kelaka, je bila ingat balik,sangat budak2x okay.sekarang bila dah lama, klcc pun kita xpijak dah kan? :) and last jumpe awak pulak semalam, kat taman tasik titiwangsa.
semalam, saya tak boleh tahan, saya nangis depan awak, ikutkan hati saya nak je menjerit, tapi saya tahu itu hanya akan memalukan diri saya depan orang ramai dan awak. saya nak tunjuk yang saya kuat. bila awak setuju nak clash saya terkejut sangat, hilang semuaa kata-kata saya.
macam mane la saya nak berdikari lepas ni? selama nie semua awak yang buatkan untuk saya. hantar saya ke sana ke mari, tolong itu dan ini :)
saya kalau keluar mesti siap lambat kan? awk selalu membebel kalau dah sampai kat rumah saya. oh itu dah biasa, belum jumpe lagi dah tahu dah reaksi muka marah awak tu, tp kejap je kan? kalau awak marah lama-lama memang saya suruh awak anta saya balik je :Phaha

sampai sekarang saya asyik tersenyum je bila dengar perkataan CINTA :)
sebab saya malu and selama dengan awak tak pernah keluarkan perkataan tu dari mulut saya depan awak. awak selalu paksa, bukan main lagi awak ckp.ahaahaha, tapi saya xkan ckp jugak. perkataan sayang tu pun amik masa berapa tahun saya nak biasakan dengan awak, and saya rasa tahun ni/tahun lepas saya berani ckp sayang tu depan awak :)
lama kan awak? makan, lagi la dulu malu gila nak makan depan awak, perut lapar pun kata kenyang :P hahaha, tapi sekarang selamba badak je makan. dah xde rasa segan2x nak cover. saya dah BIASA dengan awak syg :')

barang-barang awak saya nak simpan, saya xnak buang. teddy bear "my love" ada ni kat sebelah saya,baju awak, tetap saya nak pakai, gambar awak tetap saya nak simpan dalam dompet saya, kalau kawan-kawan saya marah saya marah diorang balik k? nanti saya anggap la awak busy sebab tu awak tak contact saya, sampailah hati saya ni dah BIASA takde awak :)
saya sangat perlukan masa, dan saya harap, walaupun hati saya berharap awak akan cari saya balik mcm awak ckp semalam, saya harap awak tak cari saya lagi. saya xnak sakitkan hati ni lagi. ada jodoh sejauh mane kita lari pun, jodoh tu tetap ada. insyaAllah.

teringat damia, anak sedara awak. awak ckp nak anak muka comel mcm damia kan? ;)
kalau shopping barang baby untuk akak n kak ipar awak, awak pun sibuk la nak beli jugak tuk anak kita. hahaha .berangan leteewwwwww..saya pun layan je la. lepas ni sapa nak panggil saya sayang lagi?dah xde "my hubby" kat hp ni, tp gambar awak ada, cume sekarang saya tak nak tengok. nanti saya nangis. awak kan tak nak saya nangis. tapi tadi balik saya nangis teruk, saya jerit2x, sbb sy thu ada silap saya jugak benda nie berlaku.

tangan awak, saya mesti rindukan tangan awak nanti :')
saya suka tangan awak, besar! haha, bila awak genggam tangan saya, saya rasa sangat selamat. kalau jalan kat orang ramai, awak mesti akan tarik n pegang tangan saya. alahai, lepas ni jalan sorang2x kat orang ramai, mesti teringat cara awak pegang saya. awak tu jalan suka cepat, selalu tinggal saya kat belakang :P
ikutkan hati saya xnak sape2x pun pegang tangan awak, kecuali saya. mengada kan?
semalam saya nak tgk hp awak, tp saya awak tak bagi, awak kata saya takde hak.sentap saya sampai sekarang. ntah la, mungkin saya lupa yang kita berdua setuju nak clash. lepas ni kan, kalau boleh lari jauh saya nak pergi jauhhhhhh. xnak duduk ampang. rumah kita dekat sangat, xsampai 5 minit dah sampai kot. saya harap tak jumpe awak lagi. bukan sebab saya benci, tapi saya pun nak merawat hati ni jugak. ini masa saya untuk buktikan orang sekeliling yang kata saya degil nak lepaskan awak, saya nak buktikan kat dorang saya boleh jalani hidup mcm orang lain. tapi bukan sekarang la, sekarang saya betul2x down. rindu awk :'(
even marah2x pun, awak jugak saya rindu,sayang. biarlah saya luahkan rasa tu sekarang, dah hampir seminggu kan saya pendam, sbb gaduh hari tu.

baru nak celebrate 30/12/2011 ni nak belikan kek and hadiah yg sama utk saya and awak.
tapi.................................takpelah :)
kalau nak sebut pasal kenangan ,banyak sangat-sangat kenangan kita berdua. tapi kalau hidup hanya dalam kenangan tak pandang ke hadapan, kemana je kita boleh pergi kan? simpan elok2x kenangan kita k, jangan share dengan orang lain. lepas ni klu dgr nama saya, saya harap awak boleh senyum.masing2x kuatkan la diri k. awak jaga diri, jangan makan banyak-banyak sangat! nanti BONCIT perut tu, dah xhensem. nanti ciumkan syakir,syamel,n damia untuk saya k? tenanglah awak tanpa saya,
senyum and gelak la awak mcm biasa, sy akan happy bila awak mcm tu. semoga apa yg awak nak capai selama ni tercapai.maafkan saya jadi penghalang untuk awak capai semua tu.saya tak sedar pun.saya mintak maaf sangat2x.saya ulang, jangan cari saya lagi seperti yang awak janjikan. saya tak nak bagi hati ni harapan. biar masing2x cari kehidupan baru k :)
pergi kerja ke,kelas ke, kemana-mana bawak moto/kereta leklok tau! tu yg penting.
awak kena tahu, apa yg berlaku saya tetap SAYANG awak :'(
saya akan pujuk hati ni slow2x untuk terima semua ni. dari awak, banyak saya belajar.lepas ni saya akan cuba lebih matangkan diri saya dalam relationship. btw, rambut awak semalam hensem. tukar rambut boleh? nanti ada orang ngorat. pfffffftttt T_________T
*panggggggg -.-*

take care :)
miss you
LOVE you



p/s: tangan yg menaip sangat lain dengan hati yang menangis perlahan-lahann takut roomate dengar :'( now, betul2x kena BE STRONG. sayang diri sendiri dulu,sebelum sayang orang lain.
orang yang sayangkan kita xkan pernah tinggalkan kita walau apa jua keadaan. thats all :)





17 comments:

Bella Bell said...

tak tahu kenapa. tapi saya turut menangis baca entry ni. huhu.


tak pe. saya faham. memang susah untuk melupakan seseorang yang pernah kita sayang. tapi percayalah, insyaAllah ada yang lagi baik untuk awak di luar sana. andai si dia adalah jodoh untuk awak, insyaAllah tak kemana. berdoa lah. :)


kuatkan diri. kuatkan semangat. tabahkan hati. tabahkan jiwa. you can do it dear. :)

wirda azurainie said...

thanks awak, bukan senang orang nak faham perasaan kita tika ni. insyaAllah, semoga saya kuat and tabah lalui ini.

Nurul Iman Rosman said...

sangat-sangat tersentuh lepas bace cerite awak ni.

banyak-banyak sabar ye wirda.
Insya Allah kalau korang ade jodoh, mesti tak ke mane nye.

be strong bebeh! :D

Anonymous said...

Thank you, I have recently been looking for facts about this question for a while and yours is the best I have found so far.

the garang said...

sorry aku takleh baca sampai habis. nanti habis ego aku sebagai lelaki. aku baru harungi benda sama :)

wirda azurainie said...

iman, terima kasih dear :)
saya boleh terima engan hati yang terbuka.im better than yesterday.
insyaAllah. :)

anienisss™ said...

sabar la ya sayang. setiap yg berlaku ada hikmah dia. percaya la, there's someone out there who would love you more than anything in this world and when that person arrives, you will look back and say, "damn, i'm strong enough to for this person and i regret nothing at all". I wish you all the best in the future. Keep ur chin up dear. :)

wirda azurainie said...

anonymous, hey there,thank you.
this is just what i feel n my memories :)

wirda azurainie said...

the garang, its okay. i know. kau pun jgn nak sedih sgt.take ur time to feel free for a while before find another one :P

wirda azurainie said...

anies,insyaAllah. semua yg berlaku ni ada hikmahnya, sama ada dia atau org lain jodoh saya, sy anggap ini sbgi dugaan. thanks dear :)

MIRA :) said...

awak x mau seddey. da kite tak dgr awak yg happy .awak kuat ye sekarang kite pon mcm awak :(

Syimir said...

adeyhh..sedih di subuh hari :(

dimikun said...

wuu. sedeyh nya baca. kite pon hampir2 ja arito. nasib bole jd ok balik. ssh sgt na trima. sabar ya sis. ada jodoh ta kemana. insyaallah :')

Myza Sam said...

tabah eh awak , sedih la . cerita cinta awak buat saya teringat cerita cinta saya juga . besh sangat . rasa nak baca banyak kali .

unxpected said...

wirda...emmm..nangis bace entryni..dan faham perasaan wirda....emmm sedihnye...tpii apepun kuatkan diri

wirda azurainie said...

thanks semua :)
im really okay right now. love u guys!

mila_o said...

be strong ye awk..kita dlm situasi yang sama.mmg kita yang buat kptsn itu tapi sukar untuk hati ini terima kenyataan..bkn dh x nk kwn dgn dia tp tkt hati ni x mmpu nak lepaskan dia pergi kepada si 'dia'..kuatkan semangatbyer..sama untuk kite jgak..