JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, November 30, 2011

ENTRY INI UNTUK AWAK SEORANG SAHAJA :')

Assalamualaikum

awak minta couple : 27 disember 2006
saya terima : 30 disember 2006
kita clash : 29 november 2011

hari ini cukup kita 5tahun 11 bulan. bulan depan genap 6 tahun kita bersama. macam-macam dah kan kita lalui bersama, ada ketika awk sangat merimaskan,ada ketika saya sangat menyakitkan :')
tapi tu semua xpernah jadi masalah untuk kita teruskan hubungan nie, awk tak pernah mintak clash. dan awak sangat benci dengan perkataan tue. tapi semalam, awak terima jgak clash saya, awk nak jadi kawan.tp saya tak nak, saya tak mampu. saya dah biasa sangat dengan awak. jadi saya decide, kalau awk nak clash jugak tukar no phone, saya takut saya tak kuat and cari awak balik. tapi awak kata awak JANJI akan cari saya balik bulan 1 ni. kenapa? bagi saya, orang yang sayangkan kita dia tak kan tinggalkan kita walau apa jua keadaaan. awak kata awk nak fokus ngan study awak, xnak jadi mcm dulu, saya punca awak repeat paper kan? sy minta maaf, mungkin dalam tak sedar saya dah buat awak give up. tapi mcm ne dengan angan2x kita? ye saya tahu tu semua kerja Allah. tapi saya teringat waktu kita bergurau, mengusik, marah. semua la kenangan kita.

mase first jumpe awak memang bajet. first meet kita jumpe kat lrt setiawangsa, kita jumpe sebagai kawan kan? awak aja saya naik moto. mase tu saya form 2, awak dah form4.
awak sekolah melaka, saya sekolah k.l. memang susah jugak la nak jumpe, hp and public phone je jadi penghubung kita kan? :)

bila dah couple, first meet as couple kat klcc.hihi
kelaka, je bila ingat balik,sangat budak2x okay.sekarang bila dah lama, klcc pun kita xpijak dah kan? :) and last jumpe awak pulak semalam, kat taman tasik titiwangsa.
semalam, saya tak boleh tahan, saya nangis depan awak, ikutkan hati saya nak je menjerit, tapi saya tahu itu hanya akan memalukan diri saya depan orang ramai dan awak. saya nak tunjuk yang saya kuat. bila awak setuju nak clash saya terkejut sangat, hilang semuaa kata-kata saya.
macam mane la saya nak berdikari lepas ni? selama nie semua awak yang buatkan untuk saya. hantar saya ke sana ke mari, tolong itu dan ini :)
saya kalau keluar mesti siap lambat kan? awk selalu membebel kalau dah sampai kat rumah saya. oh itu dah biasa, belum jumpe lagi dah tahu dah reaksi muka marah awak tu, tp kejap je kan? kalau awak marah lama-lama memang saya suruh awak anta saya balik je :Phaha

sampai sekarang saya asyik tersenyum je bila dengar perkataan CINTA :)
sebab saya malu and selama dengan awak tak pernah keluarkan perkataan tu dari mulut saya depan awak. awak selalu paksa, bukan main lagi awak ckp.ahaahaha, tapi saya xkan ckp jugak. perkataan sayang tu pun amik masa berapa tahun saya nak biasakan dengan awak, and saya rasa tahun ni/tahun lepas saya berani ckp sayang tu depan awak :)
lama kan awak? makan, lagi la dulu malu gila nak makan depan awak, perut lapar pun kata kenyang :P hahaha, tapi sekarang selamba badak je makan. dah xde rasa segan2x nak cover. saya dah BIASA dengan awak syg :')

barang-barang awak saya nak simpan, saya xnak buang. teddy bear "my love" ada ni kat sebelah saya,baju awak, tetap saya nak pakai, gambar awak tetap saya nak simpan dalam dompet saya, kalau kawan-kawan saya marah saya marah diorang balik k? nanti saya anggap la awak busy sebab tu awak tak contact saya, sampailah hati saya ni dah BIASA takde awak :)
saya sangat perlukan masa, dan saya harap, walaupun hati saya berharap awak akan cari saya balik mcm awak ckp semalam, saya harap awak tak cari saya lagi. saya xnak sakitkan hati ni lagi. ada jodoh sejauh mane kita lari pun, jodoh tu tetap ada. insyaAllah.

teringat damia, anak sedara awak. awak ckp nak anak muka comel mcm damia kan? ;)
kalau shopping barang baby untuk akak n kak ipar awak, awak pun sibuk la nak beli jugak tuk anak kita. hahaha .berangan leteewwwwww..saya pun layan je la. lepas ni sapa nak panggil saya sayang lagi?dah xde "my hubby" kat hp ni, tp gambar awak ada, cume sekarang saya tak nak tengok. nanti saya nangis. awak kan tak nak saya nangis. tapi tadi balik saya nangis teruk, saya jerit2x, sbb sy thu ada silap saya jugak benda nie berlaku.

tangan awak, saya mesti rindukan tangan awak nanti :')
saya suka tangan awak, besar! haha, bila awak genggam tangan saya, saya rasa sangat selamat. kalau jalan kat orang ramai, awak mesti akan tarik n pegang tangan saya. alahai, lepas ni jalan sorang2x kat orang ramai, mesti teringat cara awak pegang saya. awak tu jalan suka cepat, selalu tinggal saya kat belakang :P
ikutkan hati saya xnak sape2x pun pegang tangan awak, kecuali saya. mengada kan?
semalam saya nak tgk hp awak, tp saya awak tak bagi, awak kata saya takde hak.sentap saya sampai sekarang. ntah la, mungkin saya lupa yang kita berdua setuju nak clash. lepas ni kan, kalau boleh lari jauh saya nak pergi jauhhhhhh. xnak duduk ampang. rumah kita dekat sangat, xsampai 5 minit dah sampai kot. saya harap tak jumpe awak lagi. bukan sebab saya benci, tapi saya pun nak merawat hati ni jugak. ini masa saya untuk buktikan orang sekeliling yang kata saya degil nak lepaskan awak, saya nak buktikan kat dorang saya boleh jalani hidup mcm orang lain. tapi bukan sekarang la, sekarang saya betul2x down. rindu awk :'(
even marah2x pun, awak jugak saya rindu,sayang. biarlah saya luahkan rasa tu sekarang, dah hampir seminggu kan saya pendam, sbb gaduh hari tu.

baru nak celebrate 30/12/2011 ni nak belikan kek and hadiah yg sama utk saya and awak.
tapi.................................takpelah :)
kalau nak sebut pasal kenangan ,banyak sangat-sangat kenangan kita berdua. tapi kalau hidup hanya dalam kenangan tak pandang ke hadapan, kemana je kita boleh pergi kan? simpan elok2x kenangan kita k, jangan share dengan orang lain. lepas ni klu dgr nama saya, saya harap awak boleh senyum.masing2x kuatkan la diri k. awak jaga diri, jangan makan banyak-banyak sangat! nanti BONCIT perut tu, dah xhensem. nanti ciumkan syakir,syamel,n damia untuk saya k? tenanglah awak tanpa saya,
senyum and gelak la awak mcm biasa, sy akan happy bila awak mcm tu. semoga apa yg awak nak capai selama ni tercapai.maafkan saya jadi penghalang untuk awak capai semua tu.saya tak sedar pun.saya mintak maaf sangat2x.saya ulang, jangan cari saya lagi seperti yang awak janjikan. saya tak nak bagi hati ni harapan. biar masing2x cari kehidupan baru k :)
pergi kerja ke,kelas ke, kemana-mana bawak moto/kereta leklok tau! tu yg penting.
awak kena tahu, apa yg berlaku saya tetap SAYANG awak :'(
saya akan pujuk hati ni slow2x untuk terima semua ni. dari awak, banyak saya belajar.lepas ni saya akan cuba lebih matangkan diri saya dalam relationship. btw, rambut awak semalam hensem. tukar rambut boleh? nanti ada orang ngorat. pfffffftttt T_________T
*panggggggg -.-*

take care :)
miss you
LOVE you



p/s: tangan yg menaip sangat lain dengan hati yang menangis perlahan-lahann takut roomate dengar :'( now, betul2x kena BE STRONG. sayang diri sendiri dulu,sebelum sayang orang lain.
orang yang sayangkan kita xkan pernah tinggalkan kita walau apa jua keadaan. thats all :)





Saturday, November 26, 2011

MYLIFE RIGHT NOW

lemah sangat dengan hari-hari yang aku sedang lalui,
lemah dengan orang sekeliling kecuali my friends
lemah dengan tuntutan yang perlu dipikul
lemah dengan emosi yang semakin menjadi-jadi
lemah dengan kehidupan yang semakin lama semakin suram
lemah dengan otak dan fikiran yang tak habis-habis ingat kan benda lalu
lemah dengan semua yang terjadi

TAPI

saya kuat bila depan orang ramai

aku tak nak tunjuk, tapi bila balik,aku sorang2x dlm bilik, mula aku kembali sedih, air mata MURAH je nak keluar pun. macam mane? aku masih lagi berdoa semoga semua ni berakhir, tapi aku baru beberapa hari aku dah xlarat. payahnyaaaaaaa
ada pulak manusia yang suka menyibuk hal orang. dah ada laki jaga la laki sendiri, xpayah nak MENYIBUK la. 2, 3 pagi nak chat ngan laki lain kenapa? kau xjaga laki kau ke? even dia bukan sapa-sapa lagi untuk aku TIPU la kalau aku ckp aku xjeles. tipu la aku tak rasa sedikit geram ngan tindakan dia. benci benci benci benci!!!!

stay strong.

*strong, word yang paling SUSAH bagi aku.

sorry guys if aku terlalu emo. if u dont like just leave mt blog, if my status bother you guys, u can remove me. i dont mind :)

Sunday, November 20, 2011

NEW SEMESTER *PART 4*

Assalamualaikum

huuuarrrrrgggghhhhhhhhhhh~~!
*menguap sambil mengeliat.sangat tak senonohye kawan-kawan*

rupanya dah sebulan lebih aku tanam anggur,tambah lemak,tambah dosa (astaga),tambah segala-nya tertambah la. cuma satu je tak tambah. hikhik. *gelak gedik*

berlalu la sudah cuti sem sebulan lebih buang masa~~ *nada lagu raya*
cuti sem kali ini,apa yang aku manfaatkan aku sendiri tak nampak.melainkan menambah-nambahkan status kat facebook sampai aku rasa ada jugak orang nak block aku nih! muahahaha
tapi alhamdulillah, aku ada tambahkan lagi port folio aku dengan 2, 3 shoot tempoh hari :)
much better. Alhamdulillah ada yang perasan dan memberikan rezeki untuk saya :)
SYUKUR YA ALLAH :)

new sem bermakna aku akan berada di PART 4 dimana SIKIT je lagi aku nak habiskan DIPLOMA aku dan dimana jugak SIKIT je lagi aku akan bergelar ISTERI.
*okay isteri tue tipu je punnnnnnn, terliurrrr je :P HAHA* kenapalah xberapa nak senonoh sangat entry aku kali ni? :P

part 4 aku akan amik 5 subjek dan hanya 4 ke final. aku senaraikan ye? supaya korang faham dengan tension yang bakal aku perolehi

FAR250
MAF (costing)
ECO (machro)
BEL
AIS


haaa itulah dia subjek yg bakal aku hadapi. far 250 tu yg killer pulak sem nie
kawan-kawan semua doakanlah ye semoga wirda and kawan-kawan yang lain dapat belajar dengan lebih baik untuk sem ini :) walaupun 4 subjek je ke final, tp semua tough2x so tak leh nak amik ringan ye wirda! lepas ni tak leh tido lambat lagi!!!! kelas kelas kelas kelas!

kepada sesiapa yang baru start cuti enjoy your break semester! kepada student uitm dan bersekutu dengannya sila jangan segan silu paling LAMBAT besok masuk balik kolej korang semua okay! malam esok aku pun balik ke kolej terCHENTAAAAAA hitukkkk~!
bole makan buah and air sayur lagii lepassss nie sebelum/selepas balik kelas~
unikop selalu dpt lect baru,semoga kalau dapat lect baru bukan lect yang hensem ek, nanti i jadi segan u nak tanya-tanya. HAHAHAHA *sumpah aku gedik weh!* grrrrr
^_____________^


wassalam
:)




Thursday, November 17, 2011

CHAT AND KOMEN DEKAT FB MANE PILIHAN KORANG?

Assalamualaikum

hamboiiiii bukan main ek suara-suara anda dirumah,dikedai makan, di mana jua la. erk, di stadium ada tak? siapa tuan rumah? status-status pun dah hilang semua JIWANG-JIWANG KARAT korang bertukar jadi auuummmmm auummmmmm HARIMAU MALAYA gituh!

sorry to say tak minat bola thats y tak tahu n xamik port :'D
apa-apa pun opkos la MALAYSIA tanah airku harus menang kan? gituhhhhh~

okay senanyakan, kepala otak aku LIGAT nak update pasal SOMETHING nie, tapi aku takut la ada mane-mana pihak yang terasa pulak dah, haish, tapi aku nak update jugak.cane nih? so aku decide untuk lepaskan jugak gian aku nak up entry, aku carik topik lain ttg CHAT and COMMENT kat facebook.

which one do you prefer?
of course for PERSONAL kita akan pilih CHAT! tidak silap lagi gituhh~ tapi bagaimana pula yang tak berkaitan dengan peribadi? perbualan biasaaaa aja dong, kalau bagi orang baca pun ngak apa-apa kok *kok kenapa indonesian yg keluar ya? haishhh, papepun MALAYSIA kena menang!* haha

for me, aku lebih prefer COMMENT kat status je, tak pun korang post je kat wall aku
bukan nak suruh korang ramai2x post, GRRRRR, jgn la salah faham, sebabnya aku ni seorang tak suka chat. KECUALI dengan kawan2x rapat, family, perempuan :)
kalau lelaki tu berat sikit la nak layan. TAPI bukan la sombong, ini tak, xbalas chat terus kena sombong. sob sob ;p
tak acci ahhhhhhhhh, eh jap aku dengar *MALAYSIA MENANG? betul ke?????* yeaaaaaaaaaaaaaa CONGRATES! mulut aku memang masinnnnn!

tadi aku kenal sorg nie, dia ckp nak kwn, (lelaki ye) then aku pun okay la, tp aku bgthu awal2x kat dia, aku ni tak suka chat, tp komen suka la, dia pulak tak suka komen tp suka chat
dahhhhh CANE TUHH? terus aku tak balas :P
sebab aku tak tahu la nak wat caneee weyhh, komennn ahhh best, boleh org lain masuk cmpurr sekali. chat bosannn aaa, jap2x toink,,jap2x toink. kacauu arrrr :P hikhik

mostly girls memang mcm aku, lebih prefer komen. percaya la wahai lelaki. tapi lelaki lagi suka chat. haishhh, jom le sesama fahami kaum wanita nih! :'D



okayyyy, pas ni kita komen2x je okah :D
saya ajak chat baru kita chat. gituhhhhhh~~~~! haha


CONGRATES AGAIN MALAYSIA ;)


P/S: aku nk aku org first update psl malaysia menang. nak jugak! xkira :D


CONTEST: LOVE HER MAKE UP !


Assalamulaikum

okay kali ini bukan aku anjurkan contest ye, kali ini aku pulak yang join contest ni.semangat bukan main aku join contest ni, mane taknyaaaaa, hadiah dia semua produk mary kay.hekhuahik , dah la skrg tgh KOMPOL duit nak beli produk tue, dpt sagu hati pun xpe la kan? hihihi tp tipu la kalau aku ckp aku xnak hadiah no 1/2/3 betul tak? semua orang bertanding nak menang, tapi adat la dalam pertandingan menang kalah, aku try usaha la, tp klu dah memang tertulis bukan rezeki aku nak jadi pemenang pun takpe, yang penting usaha dan doa pun jangan lupa. mintak-mintak la aku menang! hehehe

aku nak mintak semua jasa-jasa baik anda sebagai readers blog saya untuk VOTE/LIKE my photo seperti yang di bawah

LOVE HER MAKE UP <------ klik me and like her pic!

yeay, kan dia dah bersuara suruh klik dia n like my pic! hihihi, so jasa baik anda semua, saya hargai sangat sangat sangat la. bukan MUDAH ye nak amik masa orang lain untuk like gambar saya, so bila ada yang sudi like tue, sangat berterima kasih sangat2x :)

bila ada taye, ada upah tak? apa yg saya dpt bila tolong like?
saya tak tahu nak jawab apa, tapi apa yg boleh sy ckp, awak mungkin tak dapat pape, tapi awak dah tolong saya :)

jangan lupa n jangan malas! LIKE tau pic saya yang tak seberapa tu. oh ya itu saya make up sendiri tau, amacam okay tak? hekhek
saya tak pandai sangat make up itu yang agak terabur sikit, tapi takpelah kita mencubaaaaa :)


*tudiaa bg link lagi satu* hihihi

support me guysss! TQSM :)






Tuesday, November 15, 2011

HEADER COMEL BY MYRA VEA


Assalamualaikum

wirda nak share sesuatu yang comel dan anda semua jugak boleh dapat yang macam wirda ada sekarang. wirda rasa dah ramai orang tahu tapi wirda je yang baru tahu kottt. hihi

akhirnya merasa jugak ada header comel macam korang2x semua kannnn. hihi
selalu letak setepek gambar , kita kan tak pandai edittt.wuwuwuw

kalau korang semua rasa nak ada header yang comel macam ni jugak, murah pun murah korang boleh pergi serbu cik MYRA VEA :)
dialah yang mengdesign dan meng2x segalanyaaaaaa, puas hati,simple and comel je kan? hikhik
sila la jeles dengan header saya :P muahaha


S : kenapa ada dslr padahal saya takde pun kamera tu?
J : sukahatila, dah kita suka bergambar,and suka pergi shoot.voleh? nak bgi satu pun kita suka:)

S: kenapa tulis "aku bukan seperti dia"
J : kita tak suka disamakan/dibandingkan. wirda adalah wirda. buruk baik pun wirda jugak tau!

S : kenapa pilih gambar tu?
J : nak jawapan jujur ke tipu? kalau jujur sebab wirda ras
a gambar ni nampak wirda comel :P
kalau tipu pulak, sebab dah xde gambar and xde pilihan. boleh?

*BAJET LAGI wirda ni*

perkhidmatan yang myra sediakan berpakej. so boleh pilih nak package yang mane korang suka. selain header, dia juga boleh buatkan banner,watermak,footer :)

so kalau berminat boleh la tempah kat dia okay :D
yang paling penting, superbbbb cepat dapattt.heeeeeee :)
cepat dan puas hati apa lagi yang customer inginkan selain itu? betul tak?

yeayyy comel tak watermark saya? awwwwww
suka gilaa tau tak!

THANKS MYRA VEA :)





PERGI USHA ABAM AIZUL MARCELLO


Assalamualaikum

ini entry kalau kata nak tolong promote booth 27 abam aizul puye memang dah terlambat la kannnn, so wirda citer je la apa yg wirda lakukan di tempat kejadian *mcm tak kena je ayat*

11/11/11, orang sibuk kawin/nikah/couple/clash aku pulak lain, sibuk dengan kenalan baruku
myra vea dan pen merah . kitaorang plan on that day nak buat photoshoot aku n myra di taman tasik titiwangsa, tapi sayanggggnya sampai-sampai hujan. so kitaorang makan-makan je kat situ,then terus gerak mid valley. memang awal perancangan pun sebab nak pergi sane, dekat antara rumah aku and rumah pen merah, so adalah satu kebetulan sebab disana, aizul marcello si gambargrapher ada disana dengan booth 27 dia. hekhek

mula sampai-sampai kitaorang jalan-jalan dulu kat hall berapa ntah khas untuk shop online, then dah habis jalan kitaorang pergi tengok wayang cerita immortal. serius weyh, kejamsss gila dan ngerii pun adooo.sampai tutup2x muka. mcm la cerita hantu, padahal kekejaman seorang pemerintah untuk menguasai dunia, cewahhhh!

habis tengok wayang, baru kitaorng masuk kat pameran pengantin, masuk2x diorang terus promote diorang punye pakej masing, and boleh pulak taye sapa yang nak kawin nie? erk? aku terus terkaku,sebab tiga2x belum nak kawin :P last2x aku ckp, belumm lagi,saje jenjalan.hoho terus dia tak berminat nak promote kat aku. bluuweeekkk :P

hikhik

mata aku and yang lain sibuk cari booth 27 je la,sebab booth tue je yang kitaorang kenal :P
lastylyyyyyy....jumpe



tahu tak, mata aku nak konon2x buat bulatttttt, konon praktis la sebabnya kak pen merah suruh akuu buat mata bulat masa dia snap pic aku,tp xjadi,hamek kauu sekali dah mcm aliennnnn!

heeee, senanyakan aku segan nak snap picture dengan retis nie, tapi dah semua bergambar,nak jugak la kan! haha, mase irine tunang pun aku tak tegur pun aizul marcello nih.
segan gila kot, selalu dok tengok kat blog/fb bilajumpe kaku :P


okay,gmbr dengan retis kena lebeh sikit. boleeee? haha;p

haaa, ini la dia, siapa tak kenal dengan PEN MERAH! fewittttt

ini pulak klon heliza helmi iaitu MYRA VEA!

hari tu best sangat walau penat gilaaa okay, aizul peramah gilaa, walau dia tahu kitaorang ni lambat lagi nak kawennnnn, tapi still promote, buat orang tak sabar nak kawennn je! hahaha
aku teruja dengan album kawin yang disediakan oleh aizul marcello, teruja gila okay!!
sangat cantik dan exclusive, tak macam album-album biasa, ini luar biasa, kalau lepas kawin,tak nak tengok husband aku rasa, dok ngadap album tue. pun boleeeee~ haha


perasan tak blog kita bau2x mcm comel2x gitewwww? yeayyyy! kita ada header baru tau :)
ehem ehem, kita pun ada watermark , xnak dah edit kena tulis bagai, tepekk je lepas ni :D
dengan sapa kita order? sapa yang belum tahu atau yang dah tahu pun tunggu next entry okay!
love u guysssss ;p *bajet artis*

oh ya, boleh tak kawan-kawan facebook VOTE FOR ME?
wirda masuk make up contest: LOVE HER MAKE UP
*baru jadi pembuat contest, gua pun masuk contest*

first step like this page MAKE UP: LOVE HER MAKE UP

second step like my pic : WIRDA AZURAINIE

*just klik link tersebut okay*
TQ SO MUCH guysss!

Monday, November 14, 2011

KHAIRUL AZKAR and ARY MUZAMER


Assalamualaikum

yeahhh~ AKHIRNYA, berjaya jugak aku sampai ke new post blog niaaaaa, sebabnya asyik busy je, bukan busy apa sangat, tapi adik2x aku ni pun ada facebook, sibuk la nak on9 la, main game la, ni mak aku pulak nak suruh buat facebook. APAKAH? *muka terkejut*
lagipun, lately nie aku ada BIG PROBLEM, tapi takpe, setiap orang ada masalah, yang membezakan adalah cara seseorang tu menyelesaikan masalah. aku mungkin memilih untuk cool walaupun hati, tak payah kateeeee la.

okay ni cerita 3,4 hari lepas tau, tapi baru nak update, sebabnya tunggu gmbr2x dari photoG

first aku nak taye korang, korang kenal tak photographer yang bernama khairul azkar?
okay, tipu la kalau korang tak kenal kan? sebab dia adalah antara nama-nama besar dalam dunia photography. hencik KA ini jugak pernah shoot fatin liyana, blogger paling comel and femes emesssss tu, najwa latif,cik epal,fatin suhana dan ramai lagiiii la..serius gambar yang hencik KA hasilkan sangat la superbbbbbb! so no wonder la aku terasa sangat BERTUAH okay, dah lama dia ajak shoot actually, pernah sekali aku setuju tapi terpaksa cancel last minute :(
aku rasa, mungkin dia dah xnak ajak, hekhek..alhamdulillah sudi jugak dia ajak untuk kesekian kalinya.

yang kedua aku nak taye ada sesiapa yang kenal and pernah dimake up oleh ary muzamer?
aku rasa, aku salah seorang insan yang bertuah jugak la pada hari tersebut, sebab aku sampai memang aku make up sendiri, and make up sendiri aku tu main tibaiii je kan,rupanya hencik KA menyediakan mua untuk shoot aku pada hari tersebut. dan untuk pengetahuan semuaaa, ary ni adalah profesional make up artis. dia selalu make up people
on magazine , please, satu je nak cakap BEST GILA KENAL DENGAN DIA. hehehehe
mase tengah make up aku tak habis2x gelakk tau tak, sampai dia ckp "jgn gelakk" hahaha, sape suruh buat lawakkkkk, kira dia boleh masuk genggg r. serius aku suka make up dia! insyaAllah dia akan make up kan aku untuk job pertama aku ini. semoga berjalan seperti yang dirancang. weeeeee~~~
okay sangat puas membebel, jom tengok hasil karya dan sentuhan khairul azkar & ary muzamer




boleh dikira teaser. hekhekhek


okay tunjuk la sikit walau malu-malu gitewwwww! *GEDIKNYA*

gambar ni saya suka, tapi perasan tak something? hekhek. okay cari sendiri apa yang mengkakukan gambar ini :)

lipstik aku MERAH MAK NGAH tau ary nie buat! kita bukan puji diri kita tau, kita puji make up dia CANTIK GILOSSSSS!

nape saya nampak demok? ditambah dengan tudung yang serabai saya. dushhhh!

serius loveeee more this picture. pre wedding/shoot couple nak shoot sini la. SAPA NAK SPONSOR? cepat2x. hekhekehk

oriteee, jom balik abam KA dah penat.

yezzaaaa, saya sebenarnya sepanjang photoshoot TIDAK KESEORANGAN
saya dibawa dan ditemani oleh myra vea dan pen merah!
mengenali mereka berdua adalah sangat BEST :)
thanks kamu berdua :)

gambar aku n myra aku suka, sebab nampak tak muka jahat aku? muahahaha!

okay, sape yang still lagi mencari photoG and mua tuk hari bahagia korang atau ANY EVENT boleh la hire mereka berdua nie. serius aku jamin korang mesti suka dengan hasil mereka ;)
sila tengok la ye hasil kerja mereka sebab saya dah linkkan nama mereka direct ke blog untuk lihat setiap hasil kerja mereka ;)

yeahhhhh! tercapai jugak nak shoot kat lalang.hihihihi
kalau diikutkan mmg xde la rezeki aku nak shoot situ,sebab aku lambat sikit kan, tp nasib baik abam KA ajak juga :)

thanks for reading!
^__^








Saturday, November 12, 2011

11.11.11

Assalamualaikum

tarikh yang diidamkan oleh ramai orang, tarikh yang disukai dan banyak pengharapan oleh ramai orang, tarikh yang orang ramai mengabdikan sesuatu ayng bahagia untuk setiap orang. hanya kerana nombor tarikh itu cantik dan hari yang mulia.

tapi lain benar bagi aku. tarikh yang tak mungkin aku lupa. dimana Allah tunjukkan kebenaran dan penipuan dia selama ini. kami terasa sakitnya, pedih dan tidak menyangka walaupun aku telah lama mengesyaki sesuatu :(

bagaimana aku ingin menjadi kuat di hadapan mereka semua sedangkan aku juga lemah untuk menghadapi ujian ini. yaAllah kuatkan hati kamu semua
pulihkan keadaan dan sembuhkan luka dihati kami semua. lembutkan hatiku untuk menerima kesalahan paling besar yang dia buat dalam hidup dia untuk kami semua.


Thursday, November 10, 2011

MAKE UP AND CONTACT LENS CONTEST!!




Assalamualaikum

hi semua, sebelum-sebelum ni wirda ada sebut tentang contest. yes wirda bercadang untuk lancarkan satu contest untuk girlsss out there! and Alhamdulillah, malam nie wirda baru dapat umukan contest tersebut berserta hadiah. opkosss la kan, mane nak lengkap kalau contest without hadiah. hekhek

contest yang wirda jalankan SANGAT MUDAH :)

anda hanya perlu hantarkan kepada facebook WIRDA AZURAINIE
Nama:
alamat:
no telefon:
umur:
beserta gambar penyertaan

gambar yang seperti mane?
okay gambar haruslah gambar yang sebelum dan selepas dimake up oleh ANDA SENDIRI!
dan juga perlu memakai contact lens. gambar without contact lens akan diREJECT! hekhek
kemudian wirda akan update gambar anda sebagai peserta untuk contest wirda di page online shop wirda W&W GORGEOUS BOUTIQUE .
macam mane nak menang?
okay senang sahaja, seperti yang biasa dilakukan oleh ramai orang sebelum inie. anda hanya perlu mengumpul seberapa banyak "like' daripada teman-teman facebook anda. sebelum itu, pengundi juga perlu menekan button "LIKE" di page wirda untuk menerus mengundi peserta kegemaran anda :) perlu di ingatkan bahawa jumlah "like" memainkan peranan penting dalam penentuan siapakah pemenang. hal ini kerana 60% undian berdasarkan jumlah like di facebook dan 40% undian daripada juri tetap kami sendiri :)

*dah macam AF dah aku rasa* iklan jap . haha

orite, kini mula part yang paling bestttttt! semua orang kalau nak join mane-mane contest pun akan tengok hadiahnya dulu kan?
oyeahhhh.


HADIA PERTAMA
bakal memenangi EYESHADOW PALETTE 180 COLOUR!
ooomakhaiiiiiii :D




HADIAH KEDUA
bakal memenangi set brush 24 pc
wowwwwwww :'D

HADIAH KETIGA
bakal memenangi dua pasang contact lens yang bernilai rm56
boleh pilih design/colour/power
awwwwww :p

okay best tak hadiah2xnya? opkos la best kannnn! muahaha, so apa tunggu lagi? jom la masuk contest ini :) PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. tak perlu bayar papepunnn ;)

tarikh akhir hantar gambar: 12/11/2011
tarikh mula mengundi: 13/11/2011
tarikh umumkan pemenang : 20/11/2011

ingat, contest ini untuk PEREMPUAN sahaja tau :D

okay thanks people ;)
good luck
^__^

Thursday, November 3, 2011

PHOTOSHOOT AGAIN AND AGAIN...


Assalamulaikum

budak-budak uitm dan bersekutuuu oiii besok result keluar weiii, ada gerun dan rasa-rasa seriyauuuu tak kat perut korang? ada rasa nakbangun tak kena, nak duduk xselesa, nak tido xlena? hikhik
takut wei, serius sem nie paling aku takut. yela study last minute. aku ingat lagi masa last paper LAW. aku ckp kat kawan aku " wei kejut aku kul 1 pagi tau" sebab kitaorg nak OVERNIGHT KONONYAAAAAA, dia pun ckp okay sambil tengah gegeh study tueee, pastu NASIB BAIK dengan izin Allah aku bangun jugak! walaupun pukul 4 pagi T__T
aku tengok jam dah kul 4 pagi, kawan aku dok tido sebelah.sedihhnyalahaiiii..haha
bangun2x terus paksa otak nie terima jeeeee apa yg ada. exam mase tue kul 9.lau kul 2 tgh hari leh la terima agy kan.hihihi. so kesimpulannya tak nak study last minute sangat la kannnnnnn!
*tapi aku memang jenis study last minute.cane tu?*
apa-apa pun GOOD LUCK untuk anda semua besok okay.semoga result kita semua baik2x .amin :)

oriteee, back to the topic for this entry is PHOTOSHOOT. aku percaya ramai sangat-sangat girls yang kat luar sana teringin nak photoshoot kan? macam-macam cara korang boleh try apply.apply? mcm xsesuai je.hahaha.gasakkk ahhh. dulu aku start photoshoot pun sebab aku menang no 3 dalam contest most make up ke hape ntah.lupa T__T
so dari situ la ada yg photoG ajak, ada aku yang sukarela nak join. terutama event yg dorang jalan kan. so kalau korang semua teringin nak berphotoshoot nie let say korang join satu contest dari fiza fizz CONTEST MUKA PELIK TURNS TO BEAUTY. klik sahaja link saya bg tadi then baca la syarat2x peryertaan, senang sangatttt okay! harus diningatkan contest ini hanya untuk PEREMPUAN ye abang2x pakcik2x semua :P

okay ini baru betul2x entry aku.hahaha
hari ahad lepas aku ada join outing with brothers2x photographer yang sangatlah merendah diri.sekali keluar hasil pic diorang. nak menangis aku tengok.tapi aku cover.xmacho la kalau nangis kan? hihihi
seriusssss aku sukaaa gambar-gambar dari semuaaaa orang! nasibbaik DP tue leh pki satu gmbr je dalam satu masa. haish ingat senang ke nak buat pemilihan untuk DP? apakah? lalala:P
before shoot discuss la nak pakai mcm ne, photoG nak aku pakai mcm yuna or hana tajima. aku rasa tudung boleh la aku buat hana tajima, and skirt mcm yuna pakai.tp orang dok panggil aku najwa latif. erk? sebabnya effect oleh gitar :P hihi
gambar tue korang tengok je, xpayah nak suruh aku mainkan lagu bagai, komen cara aku pegang gitar bagai okay T__T
andd jgn taye chord apa yang aku tengah petik tue hokey @__@

photograher : angin lalu
mua : firdiana fadzil




photographer: angin lalu
mua: firdiana fadzil

photographer : angin lalu
mua: firdiana fadzil

photographer : saufi firuz

photographer : silencer shooter
*photoG nie muka sejibikkkk mcm faizal tahir*

photographer : silencer shooter

photographer: muhd muzakkir

photographer : muhd muzakkir


photographer : fadzrin fadzil

photographer: fadzrin fadzil

cantik kan gambar-gambar yang mereka semua hasil kan, kan? seriusss suka gila. nak terus add ke nak hire dorg tuk pre wedding,wedding,sesaje shoot, any event ke boleh la add dorang






serius korang tak akan menyesal sebab diroang bagi committment yg sangat tinggi :)
lagi satu wujud satu suasana friendly di mana kita senang untuk bagi kerjasama jugak :)
diorang sempoiii ahhh !
big thanks for them sebab sudi shoot saya dan menghasilkan gambar yang sangat superb. boleh saya simpan tunjuk kat anak cucu nanti. hahahaha

thanks for reading ;)
take care people
^__^