JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, August 9, 2011

SAHABAT SEJATI



Assalamualaikum

sekarang jam menunjukan tepat 3.08 minit pagi. tidak terasa mengantuk untuk saat ini kerana aku dah terus tertidoo selepas solat isyak tadi
*yeeee, hari nie xpergi terawih*

sementara untuk tunggu sahur nie, aku teringin sekali nak mengungkap satu perkataan
"SAHABAT"

semua orang mempunyai sahabat bukan? siapa yang tidak punya sahabat? ahhh tipulah.
jadi bagi aku, entry ini untuk semua orang :)
kalau bercakap tentang sahabat sebenarnya tidak semua suka. hal ini kerana pengalaman-pengalaman mempunyai sahabat yang bukan sejati. kenapa aku cakap bukan sejati? di mana sahabat tersebut mungkin pernah menikamnya dari belakang atau erti kawan makan kawan, mungkin sahabat yang tidak menghargai sedikit pun pengorbanan kita terhadapnya dan mungkin sahabat yang lupa diri selepas mencapai kejayaan atau populariti
MUNGKIN...

" apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah"

aku suka dengan ayat di atas. dalam setiap hubungan persahabatan, bila kita mengaku secara jujur, kadang-kadang terdapat sesetengah situasi membuatkan diri kita meluat dengan teman-teman kita, penat melayan karenahnya, dan juga mungkin kita rasa teman kita sangat "annoying" dalam omputih kata
tapi sedar tak kita, cuba kita hidup tanpa meraka selama SEHARI cukup la
rasanya hidup nie, berjalan dengan complete tak? tak kan?
itu sebab manusia dikurniakan pelbagai ragam, untuk mempelbagaikan kehidupan kita dengan ragam-ragam mereka semua
jika kita seorang yang bijak menguruskan ragam-ragam mereka semua, hidup kita tambah bahagia. tetapi kalau kita jadikan ragam mereka sebagai satu bebanan dan tekanan hidup yang seperti itulah yang anda akan dapat. kerana itu dalam mana-mana perhubungan pun
"terima seadanya" adalah satu syarat yang penting untuk declare "dia teman saya"
kenapa aku cakap syarat? sebab cuba kita ingat balik mula-mula kita berkawan dengan kawan baik kita, ada tak kita pernah taya dia atau kita cakap kat dia
"kau boleh terima ke sikap aku nie?"
atau
"selagi kau boleh terima aku seadanya, kita kawan :)"
hehe, macam sweet la plak ayat kedua tue sambil jari kelinking bersambung ^_^
walaupun pada hakikatnya kita tidak memerlukan syarat untuk berkawan, tetapi itu yang kita tetapkan dalam setiap perhubungan.

bila sahabat lupa diri bila dia mencapai kejayaan. dinasihatkan replay balik previous memories anda dan sahabat anda
siapa yang berada disisi anda ketika anda sakit? susah? sedih? tension?
siapa yang sering memberi nasihat ketika anda dalam keadaan kecelaruan, confuse, down?
siapa yang membuatkan hari-hari anda yang sebelum ini SUNYI digantikan dengan GELAK TAWA? mampukah orang lain melakukan ini selain teman anda? mampukah orang lain mengenali anda seperti teman anda mengenali anda?
ingat, ketika dia membantu dan berada di samping kita, kita hanya mampu mengucap kan "TERIMA KASIH"
not more than that, tak mampu nak bayar dengan setiap perhatian yang diberikan untuk kita
tapi kenapa semudah itu kita boleh lupakan tentang apa yang kita lalui bersama? lebih pedih jika sahabat itu BERKAWAN SEJAK KECIL. bagi aku, kesakitan ditinggalkan sahabat adalah lebih pedih dari ditinggalkan kekasih. mungkin sebab dengan sahabat kita SHARE EVERYTHING tapi dengan kekasih kita certain2x things je.
kat situ kita dah boleh nampak bahawa sahabat tahu everything about us.

bila kita berjumpa dengan seseorang dan ingin dia jadikan sahabat kita
kita kenal dia dulu melalui observation. selalu wat observation x?
dulu mase sekolah kelas kimia and fizik selalu aku wat observation ^__^
tapi tue observe benda lain, sekarang dah besar, more to observe PEOPLE
sebab sekarang PELBAGAI people yang muncul dalam kehidupan kita seharian
so that, we must be carefull to avoid diri kita menjadi mangsa manusia seperti itu

  • selalu ada di saat kita memerlukannya
  • sentiasa berada disisi dalam keadaan susah dan senang
  • menjadi penghibur di saat teman bersedih
  • menolong di dalam keadaan susah
  • tidak pernah menharapkan balasan
  • give and take
  • saling support each other
  • tidak saling meninggalkan
  • jangan mengkhianati
kalau rasa mereka ada ciri-ciri tersebut jangan ragu2x untuk jadikan mereka sahabat sejati. apa yang aku nak bagi tahu, walaupun sebesar zarah pengorbanan seorang sahabat yang mungkin pada kita, "alaaaaa, baru sikit dan kecoh"
please, seorang sahabat yang baik tidak akan mengungkit setiap pergorbanan dan pertolongan yang dia hulurkan tetapi keadaan ini akan berlaku bila dia TIDAK mahu kehilangan kawan yang dia sayang. hargai sahabat yang ada dengan kita sekarang, tak semua boleh memiliki sahabat. hal ini mungkin terdapat beberapa faktor dari experience dia lalui. perlu diingatkan nobody PERFECT so kita perlu saling meryempurnakan antara satu sama lain, berusaha untuk menjadi yang sempurna dan bukanlah mencari yang sempurna sebab mencari yang sempurna kita tidak akan menjumpainya sampai bila-bila.
andai rasa anda terlajak melakukan sesuatu yang salah, jangan segan, buangkan rasa ego untuk memohon maaf dengan sahabat anda, kerana sahabat sejati sentiasa menerima kita.


selamat bersahur
^___^




3 comments:

erawr said...

i love you best friend. :D

wirda azurainie said...

i love more best friend :)

nabilla said...

sweeeet , love you double wir .