JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, August 12, 2011

I LOVE YOU :)



Assalamualaikum

i love you
ungkapan ini hanya untuk awak tau :)

27 december 2006
awak melamar saya menjadi "girlfriend" awak
*saya guna perkataan melamar sebab baru nampak matang sikit*
^__^

30 december 2006
saya mengambil masa selama tiga hari untuk membuat keputusan . saya biarkan awak tertunggu. saya suka. lagipun awak tak memaksa saya pun, kita mesej macam biasa. cuma persoalan itu yang tak terjawab kita berdua buat seakan tidak wujud. sebenarnya kalau awak nak tahu, saya saja bagitahu minta masa, padahal jawapan itu dah ada, yela saya tak nak la nampak saya gelojoh.hihi. mula saya rancang nak terima lamaran tue on my birthday 3 january 2006, tapi entah kenapa saya rasa empat hari adalah terlalu lama untuk menunggu. *saya plak yang tak sabar jadi girlfriend awak* hihii
akhirnya on that day saya terima awak.
sehingga sekarang 12 august 2011. walaupun tarikh ini bukan la tarikh penting kita jauh sekali anniversarry tapi buat saya, menjalani hari-hari bersama awak setiap hari itu adalah hari yang paling istimewa. lamakan awak kita bersama. walau saya tahu pelbagai dugaan dan cabaran yang kita lalui. pelbagai karenah saya yang awak perlu hadap. tapi awak sabar. sudah lima tahun lebih kita bersama. tahun yang paling mencabar bagi awak adalah tahun 2009, dan saya pula tahun 2011. tapi kita tetap bersama. rasa itu yang menyelamatkan hubungan kita, walau pelbagai nasihat orang luar beri, saya tetap dengan hati saya, saya yakin dengan awak. saya tahu saya tidak salah orang dan tidak membuat keputusan yang salah ketika saya menerima lamaran awak :D

semakin lama hubungan nie berjalan, semakin sayang itu bertambah-tambah
semoga rasa antara kita kekal selamanya hingga ke akhir hayat dan bertemu di syurga suatu hari nanti :) saya nak awak juga walau di syurga nanti. insyaAllah. kalau awak tengok bidadari syurga siap awak. saya jeles tau wak :(

saya nak awak tahu dengan ikhlas saya sangat sangat la sayangkan awak tauuuu
*malu*
kalau boleh semua saya nak lalui dengan awak je, samaada dalam keadaan susah atau senang
semoga jodoh kita panjang :)

i love you so much !

p/s : mesti awak terkejut saya jiwang kan? WELL *bangga*

2 comments:

Nurul Iman Rosman said...

!ah, jiwang jiwang dia. hehe. Hopefully wirda kekal dengan si dia sampai kawen, sampai dapat anak, sampai dapat cucu, sampai akhir hayat korang ok. Aminn, hehe :)

wirda azurainie said...

haha, jiwang kannn.hihihi
insyaAllah iman :)
aminnnn :)