JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, July 23, 2011

JAGA MAHKOTA KITA SEBELUM TIBA MASANYA

Assalamualaikum

aku terpanggil untuk bercerita tentang sesuatu topik yang datang dari pandangan aku sendiri tentang cara hidup masayarakat kala ini. di mana aku khususkan untuk sepasang merpati dua sejoli yang sedang enak dan indah dibuai rasa cinta mereka. mereka alpa dan terbuai dan khayal dengan cinta mereka yang tidak pasti. meyakini saat mereka berdua-duaan bahawa dialah kekasihmu hingga ke akhir hayat, di kala itu setiap permintaan di tunai. betul tak bila aku cakap itu adalah sesuatu yang tidak pasti?

tidak dinafikan bila bercakap tentang pasangan yang bercinta pegang tangan itu normal.
yes, ramai yang akan berkata begitu.tak percaya? cuba tanya kawan-kawan anda.
aku juga tidak lari dalam tergolong dalam golongan itu. bila di tanya kenapa? jawapan terpengaruh walhal kita tahu itu haram. setiap bait yang diluahkan ini juga adalah merupakan nasihat untuk diriku sendiri. tak perlu untuk mempertikaikan cermin diri kau dulu sebelum ajar orang sebab lumrah manusia kadang2x alpa. oleh itu apabila kita saling nasihat menasihati, ingat mengingati kita juga mendorong diri kita ke arah kebaikan. bukankah begitu? atau kita perlu betulkan diri kita tanpa sedikit motivasi? mungkin apabila kita melakukan satu perubahan dengan menasihati orang lain, bukankah itu satu motivasi agar kita juga ke arah tersebut? salahkah pendapat saya?

terlalu banyak cabaran, YES terlalu banyak SANGAT cabaran bercinta pada masa kini. dengan maksiat yang berleluasa, zina di sana sini, pembuangan bayi merata-rata tempat! ITU SEMUA DUGAAN !
sebab tue, bila aku mendengar ada antara kawan-kawan yang berkahwin/mahu berkahwin aku bersyukur, kerana mereka telah pun berjaya dan hampir berjaya melewati cabaran yang paling hebat. tidak dinafikan sedikit kecemburuan timbul kerana aku juga adalah seorang yang dalam berjuta-juta manusia takutkan cabaran itu, sentiasa berdoa semoga dijauhkan segala perkara yang melanggar perintah Allah dan melakukan dosa-dosa besar.

setiap langkah aku ketika bersamanya aku ingat ALLAH.
aku takut. yes sangat! sebab tue aku terpanggil untuk berceloteh tentang ini.
untuk mengingatkan kepada semua wanita yang membaca, kawan-kawan tentang harga diri.
satu mahkota yang perlu kita jaga setiap masa untuk yang berhak.
saya yakin,jika ada yang terlanjur, mereka telah insaf. ALHAMDULILLAH. namun begitu jika masih belum..insaf la. bumi ini semakin tua, kita sendiri mungkin tidak punya masa untuk bertaubat. untuk menebus kembali dosa-dosa yang kita lakukan walhal kita tahu itu satu DOSA.
tidak kiralah, sama ada "lelaki" itu tetap menjadi suami kita, tetapi nikmat salah satu dalam rumah tangga telah kita lalui. hilang satu nikmat.nampak tawarkan hubungan tersebut?
jika "lelaki" itu tidak menjadi suami kita. apa perlu kita jawab kepada suami kita yang sebenar apabila dia bertanyakan hal itu kepada kita? mahu menipu? syurga di bawah tapak kaki suami. isteri yang mengingkari, menyakiti dan sebagainya tidak bau syurga.
saya pasti anda semua mampu memikirkan itu.

saya bukan untuk berceramah. juga bukan untuk menjadi ustazah.kerana saya tahu, ilmu saya juga tidak sedalam itu. tetapi perkara ini adalah basic kita sebagai umat islam di mana itu adalah HARAM dan BERDOSA BESAR
mengingati AZAB ALLAH juga adalah satu jalan mencegah ke arah kemungkaran :)
sama-samalah kita membawa diri kita ke jalan yang diredhai Allah.
kebahagian seseorang apabila dia mampu mengawal nafsunya secara berlebih-lebihan.
marilah kita jaga mahkota kita sebelum tiba masanya. ingat, kita adalah milik seseorang yang belum pasti setelah tiba masanya :)
alangkah indahnya apabila kita menjaga diri kita untuk seorang lelaki yang bergelar SUAMI, masanya tetap akan tiba juga. kerana Allah itu maha adil dan maha mengetahui :)
terfikirkah kita bahawa orang tersebut pasti lebih menyayangi kita apabila kita berjaya menjaga mahkota kita sebagai ISTERI untuknya?
kita juga membuat mereka semua berasa bangga kerana mereka mempunyai seorang isteri yang tahu menjaga dirinya sendiri :)

cinta ini indah jika kita berdiri dijalanNya :)


thanks for reading.
take care people!




3 comments:

Puteri said...

mintak tlg komen entry ni,
http://pu3cuterightnow.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html#comments

yanadimple said...

biasa la bile da bcinta hnyut. bila da kne tggl bru mnyesalll.. sume nye da tlmbat. time sonok ta hingat dunia. da kne reject bru na mngis cari tikar sjdhh. mcmne pon sma2 la perbaiki dri n jge maruah sbgai prmpuan. :)


http://yanadimple.blogspot.com/

nabilla said...

best , banyak pengajaran .