JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, July 31, 2011

SEMOGA SATU PETUNJUK DARI PERBUATAN KAU TUE

Assalamualaikum

kalau aku cakap aku tengah trauma korang percaya tak ? :(
badan aku menggigil2x nie . hurm xtau la kenapa. nak bercakap pun susah. mcm nak menangis pun ada, tapi aku tak nangis pun ^^

tadi aku nak balik rummah dari kolej, yang tukang amik aku nie hencik sabri.
aku cakap la kat ayah aku yang sabri amik aku so tak payah la dia datang amik
dia pesan
"ookay, abah tak pegi, balik rumah terus tau"
aku cakap la
"okay"

tapi aku tak ikut cakap ayah aku, aku singgah KFC , wangsa maju depan wangsawalk tue kejap .
buat apa? mestilah makan.
kitaorang makan then dah habis makan. pergi kat kereta

sampai2x kereta tengok cermin kereta dah kena pecah
hohohoho
tergamam disituu sekejap
memang SPEECHLES :(
beg baju aku and handbag aku hilang kena kebas dengan pencuri tue
tapi ALHAMDULILLAH sangat2x sebab aku xbawak laptop
dah seminggu aku tak bawak laptop balik kolej, selalu aku bawak, kalau bawak confirm2x la kannnnnnnnn hilang jugaaaaa.
nasib baik aku bawak hp and dompet (barang2 penting)

tapi aku terkilan sikit la sebab bulan nie masuknya 2KALI la aku kena beli kalkulator baru
yang lepas adik aku buang dari tingkat lima, baru minggu lepas, then hari nie kalkulator tue ada dalam beg yang pencuri tue curi so terpaksa beli lain. hahaha, semoga pencuri tue boleh KIRA dan HITUNG berapa banyak dah kerja2x xsenonoh tue dia buat kan ^^

kemudian AL-QURAN, mula memang marah tapi aku redha , aku sedekahkan al-quran tue untuk kau supaya terbukak sikit hati perut kau tue nak bertaubat dari wat keje2x xsenonoh nie
aku rasa, tuelah barang PALING BERHARGA yang kau jumpe dalam kereta tadi
so gunalah leklokkk ye.

BUKU TEKS MGT ! mane nak cekauuu balikkk nih :(
adehhh isnin nie dah la ada kuiz, tapi dah xde buku...nak baca apa? :(
sedih ! padahal baru nak skor untuk kuiz nie, sebab kuiz lepas agak teruk :(
so aku terpaksa fikirkan caranya, untuk jawab kuiz hari isnin aku aku tak rasa aku boleh.aku bukan mencari alasan tapi aku sangat2x buntu. pape pun semoga lect aku boleh faham keadaan

PALING PENTING cermin mata aku, previous entry aku ada bagitahu aku xleh hidup takde cermin mata. hohohohohoho
cemanaaaaaa ni :(
esok macamne punnn, kena pergi wat baru...ahad? kedai ada bukak ke? nak tunggu siap makan hari juga, haiihhhh dugaan betul nie.
takpe, dugaan menjelang ramadhan, Allah sayang kita, sebab tue Allah turunkan ujian untuk kita :)

semoga perbuatan kau tadi, satu pentunjuk bila kau bukak beg aku, xdepape yang boleh kau ambil dan gunakan KECUALI AL-QURAN tersebut.
lepas nie jangan nakal2x lagi tau pencuri! BERTAUBATTT laaaaaaa :D

pengajaran hari ini
"jangan tinggalkan sebarang benda/barang/harta yang berharga dalam kereta yang menarik minat pencuri/perompak/pemecah cermin kereta dan segala PE bila ternampak"

tak baik kalau kita cakap perkataan KALAU bila musibah menimpa kita, tapi aku just nak tekankan, dengar lah cakap mak ayah kita :)


good night ;)

Saturday, July 23, 2011

JAGA MAHKOTA KITA SEBELUM TIBA MASANYA

Assalamualaikum

aku terpanggil untuk bercerita tentang sesuatu topik yang datang dari pandangan aku sendiri tentang cara hidup masayarakat kala ini. di mana aku khususkan untuk sepasang merpati dua sejoli yang sedang enak dan indah dibuai rasa cinta mereka. mereka alpa dan terbuai dan khayal dengan cinta mereka yang tidak pasti. meyakini saat mereka berdua-duaan bahawa dialah kekasihmu hingga ke akhir hayat, di kala itu setiap permintaan di tunai. betul tak bila aku cakap itu adalah sesuatu yang tidak pasti?

tidak dinafikan bila bercakap tentang pasangan yang bercinta pegang tangan itu normal.
yes, ramai yang akan berkata begitu.tak percaya? cuba tanya kawan-kawan anda.
aku juga tidak lari dalam tergolong dalam golongan itu. bila di tanya kenapa? jawapan terpengaruh walhal kita tahu itu haram. setiap bait yang diluahkan ini juga adalah merupakan nasihat untuk diriku sendiri. tak perlu untuk mempertikaikan cermin diri kau dulu sebelum ajar orang sebab lumrah manusia kadang2x alpa. oleh itu apabila kita saling nasihat menasihati, ingat mengingati kita juga mendorong diri kita ke arah kebaikan. bukankah begitu? atau kita perlu betulkan diri kita tanpa sedikit motivasi? mungkin apabila kita melakukan satu perubahan dengan menasihati orang lain, bukankah itu satu motivasi agar kita juga ke arah tersebut? salahkah pendapat saya?

terlalu banyak cabaran, YES terlalu banyak SANGAT cabaran bercinta pada masa kini. dengan maksiat yang berleluasa, zina di sana sini, pembuangan bayi merata-rata tempat! ITU SEMUA DUGAAN !
sebab tue, bila aku mendengar ada antara kawan-kawan yang berkahwin/mahu berkahwin aku bersyukur, kerana mereka telah pun berjaya dan hampir berjaya melewati cabaran yang paling hebat. tidak dinafikan sedikit kecemburuan timbul kerana aku juga adalah seorang yang dalam berjuta-juta manusia takutkan cabaran itu, sentiasa berdoa semoga dijauhkan segala perkara yang melanggar perintah Allah dan melakukan dosa-dosa besar.

setiap langkah aku ketika bersamanya aku ingat ALLAH.
aku takut. yes sangat! sebab tue aku terpanggil untuk berceloteh tentang ini.
untuk mengingatkan kepada semua wanita yang membaca, kawan-kawan tentang harga diri.
satu mahkota yang perlu kita jaga setiap masa untuk yang berhak.
saya yakin,jika ada yang terlanjur, mereka telah insaf. ALHAMDULILLAH. namun begitu jika masih belum..insaf la. bumi ini semakin tua, kita sendiri mungkin tidak punya masa untuk bertaubat. untuk menebus kembali dosa-dosa yang kita lakukan walhal kita tahu itu satu DOSA.
tidak kiralah, sama ada "lelaki" itu tetap menjadi suami kita, tetapi nikmat salah satu dalam rumah tangga telah kita lalui. hilang satu nikmat.nampak tawarkan hubungan tersebut?
jika "lelaki" itu tidak menjadi suami kita. apa perlu kita jawab kepada suami kita yang sebenar apabila dia bertanyakan hal itu kepada kita? mahu menipu? syurga di bawah tapak kaki suami. isteri yang mengingkari, menyakiti dan sebagainya tidak bau syurga.
saya pasti anda semua mampu memikirkan itu.

saya bukan untuk berceramah. juga bukan untuk menjadi ustazah.kerana saya tahu, ilmu saya juga tidak sedalam itu. tetapi perkara ini adalah basic kita sebagai umat islam di mana itu adalah HARAM dan BERDOSA BESAR
mengingati AZAB ALLAH juga adalah satu jalan mencegah ke arah kemungkaran :)
sama-samalah kita membawa diri kita ke jalan yang diredhai Allah.
kebahagian seseorang apabila dia mampu mengawal nafsunya secara berlebih-lebihan.
marilah kita jaga mahkota kita sebelum tiba masanya. ingat, kita adalah milik seseorang yang belum pasti setelah tiba masanya :)
alangkah indahnya apabila kita menjaga diri kita untuk seorang lelaki yang bergelar SUAMI, masanya tetap akan tiba juga. kerana Allah itu maha adil dan maha mengetahui :)
terfikirkah kita bahawa orang tersebut pasti lebih menyayangi kita apabila kita berjaya menjaga mahkota kita sebagai ISTERI untuknya?
kita juga membuat mereka semua berasa bangga kerana mereka mempunyai seorang isteri yang tahu menjaga dirinya sendiri :)

cinta ini indah jika kita berdiri dijalanNya :)


thanks for reading.
take care people!




Friday, July 22, 2011

PERSALINAN MEMEY RM7.2 JUTA?


Assalamualaikum.

perghhhhhhh tengah terkejuttt lagi nihhhh, dalam orang tak suka tuee pun ramai jugak yang nak sponsor itu ini untuk pasangan kontroversi norman hakin dan memey suhaiza.
kau nampak tak bape juta pakaian diaaa? yang xleh blah BERTATAHKAN MUTIARA SETIAP BAJU REKAAN termasuk SEPASANG KASUT. kau mampu??

memang lah kalau kita tengok rezeki diaaaa, orang sponsor, siap bukak borang penyertaan sapa nak design baju dia nanti dengan syarat mesti bertatahkan mutiara, tapi xmembazirkan kawin sampai mcm tue? ooppsssss.
dah kalahkan dato' siti nurhaliza yang sebelum ini juga ditaja oleh rafflesia gaun yang bertatah mutiara rm400,000 tapi sepasang je xsilap. memey 2persalinan dan setiap persalinan berharaga rm500,00 berserta sepasang kasut yang akan direka oleh prof jimmy choo ram300,000
homaigodddd, bare buah banggggloooooo kau bolehhh binaaa tu? kihkihkih
mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 24 september ni.
7.2 juta tue merangkumi baju yang bertatahkan mutiara, set barang kemas dan juga kasut.

*PENGSAN*

apa-apa pun selamat pengantin baru tak lama lagi k.
semoga bahagia hendaknya ;)

Thursday, July 21, 2011

INI BARU BETUL CHOCOLATE MOIST CAKE !!



Assalamualaikum............

okayyy jangan tanyeee kenapa aku kelihatann
sangat semangat and gegehhh
yes! memang tengah gegehhh punnnn nak bagitahu korang bahawa aku DAH jumpeeee my favourite yang menjual chocolate moist cake yang botol2x mengugatttt nafsuuuu makannn ni!

korang tak percaya? meh tengokk dia punya coklat kek dia k :)

haaaa, korang tengok mesti dah telan liurrr kan? tapi mesti korang fikir, mesti xdapat yang mcmnie, yang coklat meleleh nieee.kan?



JANGAN RISAUUUU! sebab mcmne korang tengok kat pic nie, macam tue la korang dapat? tak percaya jugak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

haaa nie kek yang dapat tadi, before pun aku penah order jugak dengan owner nie
this is my second order, so korang mesti tahu la kan kenapa order sampai dua tiga kali ^^
siap order duaaaaaa sekali gusss ! hehehe.
sedapp weyhh korang perlu rasaaaaa SEBAB harga dia SANGAT MURAH dan BERBALOIII
aku rasa, kalau korang nak beli kat luar pun xdapat kot harga dan output yg kita dapat macam nie ^^
so xsalah rasanya korang mencuba
CUBA SEKALI PASTI MAHU LAGI :)


macam sayanggg je nak makan chocolate dia yanggggg mengugatt nih! hehe

lagi satu, tupperware dia pun BESAR
jadi bila combine BESAR+MURAH=BERBALOI
korang suka x?? haaaaa, aku pun sukaaaaa ^^
semua dari ---------> FIZAHID'S SHOPPE
klik link di atas untuk berhubung dengan owner yang membuat coklat kek nie
owner dia SANGAT baikkk okay. kebetulan dia nak datang area rumah aku so dia tolong hantarkan sekali.hihihi
berbanyak2x terima kasih sangat,sebab petang waktu keje xsemua orang sanggup dengan nak hadap jem bagai kan :)
kami sekeluarga ucapkan terima kasih sangat :)



jadi kalau nak wat tempahan pun orang leh contact terus num di atas :)
HARGA?
100g= rm3.50
400g= rm11.00
500g= rm23.00
1kg= rm45

HAAA MURAH KAN?? aku beli yang 500g terusss tadi :)
kalau korang nak order untuk birthday pun boleh sesuai untuk yang 1kg tueee :)

jadi selamat mencubaaa bagi yang nak mencubaaa. gerenti tak menyesal sebab aku dah cuba. orang kata testimoni ^^ hihihi


p/s: aku saje wat entry pasal nie, bukan pasal owner fizahid's shoppe yang suruh tapi aku rasa mereka deserve untuk ramai yang tahu betapa sedapnya chocolate moist cake hasil yang mereka buat sekaligus aku kira promote dia punye business :)
bukan kek je dia jual. nak tahu lebih? kunjungilah page mereka.
SEMANGAT BUKAN AKU? hahaha.
INI BARU BETUL CHOCOLATE MOIST CAKE !!!

take care people !
thanks for reading :)

Tuesday, July 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY muhammad farish irfan



Assalamualaikum

bulan tujuh ni banyak betul birthday orang yang tersayang.
uhuks, termasuk la yang pernah tersayang.huhu
*perlu ke aku bgthu* HAHA

again birthday boy.
HAPPY BIRTHDAY to muhammad farish irfan syg :)
syg tue xde, aku je tambah nak bagitahu betapa sayangnya aku kat dia ;p

baiklah, cukup setahun umur irfan sekarang yeww, jgn la nakal sangat :(
biasalah budak2x besar mcm nie, buat kita tersenyum dan tergelak sendiri kan? hehe
kadnag terpikir, "anak aku ni mcm nie ke nanti? alololo comelnya diaaa"
hehe, dalam hati jeee mampu soal. taye depan2x parents kang, xpasal2x " DIA" yang anta rombongan meminang sabri.hahahaha

irfan, nanti besar mama nak irfan jadi anak yang baik, soleh , bertanggungjawab, hormat orang tua, mendirikan setiap kewajipan sebagai hamba Allah. yes semua orang nak kan yang sebegituuu untuk anak masing2x :)
pokok pangkalnya, "bagaimana kita mencoraknya"
insyaAllah, papa zaf, mama wir, mama widya, mama lyn, mashu dan ma/abah ipan akan didik ipan sebaiknya. insyaAllah. aminn :)

andai kata ipan dah besar, blog ni masih ada, mama wir nak ipan baca nie k ;)

tgk? nakal kannnnnn...suka tau wat org gelakkk.. ^_^
nak marah pun xjadi kalau nengok ipan mcm nie.hehehe
xsabar nak tunggu ipan besarrr dehhhh!
happy birthday ipann ;)

love you :D




Monday, July 18, 2011

W&W GORGEOUS BOUTIQUE



Assalamualaikum :)

*tgh sakit perut update blog*
*perlu ke bgthu?*

penyakit aku skrg yang makin menjadi2x, sukaaa bebenorrrr aku mengupdateeeeee status kat facebook. agak2x kan , ada org menyampah tak? tettttt :D
orite2x, tujuan aku update blog kali nie, aku nak u all semua
akan kedatangan page kedua wirda selepas page blogspot :)

FEEL FREE TO LIKE MY PAGE and DO VISIT MY PAGE
inilah adalah suatu permulaan yang baru di mana aku dan adik aku merangkap business partner aku memulakan/menjinakkan diri dalam bidang perniagaan since aku memang minat benda2x macam nie. jadi xsalah aku ambil pengalaman-pengalaman orang yang aku kenal dan aku cuba untuk melakukannyaa sendiri.
its feel better rite ?:)



do visit my page okay :)
kat sini ada terjual contact lenses, brooch yang sangat cantik and murah! *itu pasti :P*
dan juga ada menerima tempahan kuih raya since raya pun nak dekatkan :)
so if u interested just pm one of the owner page tue k ;)

memandangkan saya juga masih baru, yang senior boleh la beri tunjuk ajar jika bermurah hati dan juga menegur jika terdapat kekurangan dengan service yang saya provide :)
semoga ini adalah permulaan yang baik dan positif untuk saya dan masa depan saya.
insyaAllah..amin :)


good night people ! thanks for reading ;)

Sunday, July 17, 2011

HAPPY BIRTHDAY SAYANG




Assalamualaikum
*PEMBUKA BICARA DENGAN GAMBAR YANG AYUUU GITUUU*
*padahal malas nak bawak turun ke bawah, nanti ranap yang aku tulis bawah2x tueeee*

yeayyy akhirnyaaa sign in jugak aku kat blogspot nie.
kuatkan iman nie, malas betollll nak menaip nak update blog. tapi disebabkan aku nak simpan cerita ini untuk masa akan datang, cewahhhh dah mcm sejarah tak mungkin berulang jeeee kan :P
okay straight to the forwad aku just nak update untuk BIRTHDAY BOY
*boy??* hahaha

ehem* inilah tuannya birthday 16 JULAI bersamaan dengan SEMALAM :P
HAPPY BIRTHDAY AGAIN SAYANG
^_^
I LOVE U :)
semoga hubungan kita berjalan lancar dan lancar ;p
semoga apa yang kita impikan dalam hati masing-masing tercapai..aminnn :)
semoga awak sihat selalu, dimurahkan rezeki, dan semoga awak gembira dikurniakan saya untuk awak :D

lupa nak snap pic chocolate homemade yang wirda bagi kat abg..
sebab awak gelojoh sgt terus makannnggg :(
xpelaahh, snap untuk 3 jan nanti k ;p ahaks !

*candid* konon nak romantik dia pandang saya, saya pandang dia la.
puiiiiii...
kitaorg rock laaaaa, xleh nak
romantik2x la.HAHAHA

KAMI Lagiii.. bosan bukan?


KAMI lagi? bosan bukannn??
mesti tertanyaaaa, waaaa besarnya sambut birthday cik abg. ahaks
xnak lak taye lak bape bajet saya korbankan untuk dia? tudddiaaaa menipuuu daaaaa....hehe

kebetulan birthday dia same dengan tarikh my classmate engagement :)
AGAIN
SELAMAT BERTUNANG
AFRAH DAN AMIRUL

last night akak sangat gorjesssss okay!
homaigodddddd, bila turnnn saya? -,- kihkih
insyaAllah ada jodoh tak kemanaaaaa.
banyak lagi benda yang saya dan dia nak capai.
*ini untuk jawapan saya kepada kawan-kawan saya yang sibuk dok bertanya pasal kami malam semalam*

yang aku xboleh blahhh si ROS ni (bff aku)
boleh taye sabri kat homestay yang kak afrah sediakan tuk kitaorg

sabri : (tgh tengok tv)
ros : sabri, kalau wirda ajak tunang nak tak?
wirda: *SPEECHLESSSSSSSSSSS*
sabri : *BLUR*
wirda: woiii, apa puye soklan yang kau taye dia nie, awak (merefer kat sabri) xpayah layan and jawab soklan diaaa
ros: xputus asa tayeeeeee

at last sabri buat lawak, persoalan terputus dengan jawapan lawak yang menyakitkan hati

sabri: dia? (smbil tunjukk kat saya) sapa nak tunang ngan diaaa
wirda: wuwuwuwuwuwuwuwuwuuuuuu

haha, ros sayangggg awak memalukan saya padaa saat ituu, xmanis bukannn kalau awak bertanya mcm tue, next time dont try to do it again :(
ada jodoh, tiba masa, kami *aicehh kami?mcm ARTIS u knoww* akan jemput kawan-kawan :D




bersama kak afrah and tunangnya amirul dikelilingi student AC110

nebesss mak atas pelamin kak afrah.
yaAllah pertunangan dia dah la wat dalam dewan, siap pelaminnn mcm nak kawinnn mak
*pengsan*
haishhh, dah mcm kawin je semalam, apesal tak kawin je terus semalam? ngeh2x :D
aku feeling jap atas pelamin tueee, nak merasa sendiri punya lambat lagi, tumpang orang punye pun bolehhhhhh..bulan lepas merasa irine nadia punye, bulan nie kak afrah, bulan depan sapa? haaaaa sila jemput aku. kihkihkih


INI LA ROS YANG MULUT CAM PUAKA.
hahahaha

ROSSSS, i love u friend !
muahohohohoohoho, kita comel kan malam semalam :D
kihkihkihkhih


p/s : abg : wirda syg abg sgt2x, feeling ketat puyeeeeeeee ni ! kihkihkih
gambar kitaorg xde yang cantik :( dia suka wat mukaaaaaa bila bergambar. banyak gambar dengan dia, saya cantik tp dia huduh. jadi xnak la upload.HAHAHAHAHA
harap lepas nie lebih serius bila bergamabr dengan saya *TETIBE*
i love u more syg! :D

Tuesday, July 12, 2011

KORANG HANYA BOLEH "LIKE" WALAU HAKIKATNYA KORANG "UNLIKE"



Assalamualaikum

ahaaaa, lama kan xupdateee, ngeh2x
pemalas punya pasal, busy dengan business contact lens ditambah dengan business baru bukaakkk maaaa, itu aksesori, mau? kalau mahu mari nengokk saya punyaaa facebook maaaaa ;)

okayy this is short and short and short entry i guess

just nak KECOH, HABAQ, HEBOH, yang BELOG AKU DAH ADA BUTTON "LIKE"
kesian kann baru ada? yelaaaaa aku dah cuba untuk buat sendiri, tapi xmampu :'(
asyikk xjadi jee, at last ada la RETIS nie datang kolej aku semata-mata nak buatkan button like tuk aku. baikkan RETIS ni?bangga jap kawan dengan retis. kau ADOOOO?? hahaha
dapat la jugakk melepakk dengan ramai org yg aku xpernah jumpe lagi, even satu koleh -,-
aku jumpe amal, tengku nizam, kak sab, kak ayu, kak farahin, amira....ahaaa tue je la xsilap akuu
wohoooo selamat berkenalan ye semuaaa nya ;)



p/s : ayat semata2x nak buatkan button like tue mcm best je kan RETIS? hahahaha


good night people !

jgn lupaaaa like kalau sukaaaaaaaaa :D

GAMBAR HIASAN
^^

Tuesday, July 5, 2011

AKU SAYANG KAU WEI :'(

Assalamualaikum

hari nie, hari keberapa ntah , tapi rasa lama sangattttt aku hidup dan merasa macamne hidup tanpa seorang BEST FRIEND :'(

aku rindu kau wei :(
aku sayang kau sebagai kawan aku..aku selalu citer sal kau kat kengkawan aku, kau lah yang terbaik kawan yang pernah aku jumpe, yang faham aku, yang terima aku mcmne aku terima kau
tapi kenapa semua nieeeee jadi mcmni? aku sendiri tak pasti. aku tahu silap aku, terlepas cakap, tapi aku bukan nak ckp and tujukan tuk kau :'(
aku tujukan kat RIBBON LACE! damn! kau puye pasal ! sampai aku dengan kwn aku dah xseperti dulu dan mungkin tak kan seperti dulu lagi :'(
okay, tue mungkin keje kau ribbon lace, tapi sekurang2x nya say something after aku approve kau, bukannya kau terus tag aku dengan business kau. aku xkisah org nak tag, dan sebelum2x nie pun ada ramai je yang tag n aku remove cam bese, tp cara kau yang tak kena...
dannn...aku tak tahu kau kenal ribbon lace tue weiiii
SUMPAH aku menyesal. yes, setiap pertemuan ada perpisahan, tapi aku rasa tak adil dengan status FB sahaja, kau buat keputusan mcm tue...sia sia apa yang kita lalui dan apa yang kita jaga kalau pengakhiran dia mcm nie.

aku dah xsemangat nak lalui hari2x aku :'(
even kawan-kawan kolej ada, dia xsama dengan apa yang dah aku lalui dengan kau. something i never forget! kita dah lalui mcm2x.....susah, senang...aku risau, kau risau, aku sedih, kau risau,aku menangis kau pujuk, aku ada masalah kau bg nasihat dan pendapat, aku tension kau paham, aku gedik kau terima, aku gembira kau gembira.
semua pengalaman nie dari zaman sekolah sampai kita keje same2x..sampai kita still sambung belaja, kita akan guna bermacam2x cara untuk tidak lost contact atau mengingatkan antara satu sama lain yg kita ingat dia.kita webcam sesama..
sorry to say, walau seribu kawan aku jumpe, belum tentu boleh ganti tempat kau beb
SUMPAH, aku xnak org lain jadi best friend aku !!
aku nak kau balik, aku nak kita yang dulu, aku nak jadi mcm dulu.
aku dah decide, aku nak stop dari segala PHOTOSHOOT. aku nak pergi dari duniaaaaa tuh! aku nak aku yang mula2x ada fb, yang mula2x kau kenal !
kalau photoshoot pun aku nak photoshoot dengan KAU je!
aku tak nak kehilangan kau beb :(
dah bape kali aku nangis sebab kau, skrg , masa aku menaip pun aku menangisss weyyyyyy
selalu ada benda je, aku mesti nak citer kat kau, mesti klik kau tuk chat then kita chating, kita ckp sehabis mungkinnnn ttg segala2xnyaaaa.antara kita xde rahsiaa kan :)
tapi skrg, aku hanya mampu tekan chat sahaja, tp aku xmampu nak anta apa-apa sebab kau dah xnak aku :(
mungkin kau sedang mencuba untuk hidup tanpa kawan baik kau :'(
tapi aku yakin kau xmampu nak lupa mcm mana apa yang aku rasa, kenangan kita terlalu banyak. setiap kali aku pakai baju tido pokodot, aku ingat kita brtiga weyyyyy, andai betul kau dah xnak kembalikan hubungan kita yang dulu, mampu ke aku pakai baju tue lagi? layak ke aku pakai baju tue lagi??? nama kau dah terbiasa dalam hidup aku, kau adalah org ketiga yang terpenting dalam hidup aku weyyy, apa2x yang aku perlukan, atau ada idea nak kuar mane kau org ketiga aku pikir selepas family n sabri....

mungkin lately nie aku jarang chat dengan kau, sebab aku busy, kau pun busykann, aku xnak la kacau. tapi nie dah lama sangat kita tak bertegur. bertegur dalam dingin adalah sesuatu yang paling menyakitkan bagi aku. aku xde tempat nak mengadu hal nie wey, semua org tak kan faham apa yang aku rasa, even adik aku pun :'(
kawan-kawan kolej lagi la, dorg hanya boleh mendengar, tp dorg xkan mampu nak cakap apa-apa. aku simpannn je dalam hati. malam nie abru aku terasa nak meluahkan kat blog. aku sedih sangattt, kau tahu tak, masa kau wat keputusan mcm tue, petang tue aku ada kuiz account. and serius aku xleh jawab wei :(
aku menangis, sebab dalam kelas aku fikir kau je, aku menangis dalam hati, aku menyesal kalau aku ada wat salah kat kau tanpa aku sedari, tp skrg aku dah sedar pasal status tue. kuiz aku, aku xsiap jawab pun, padahal aku tahu mcmne nak jawab. aku down gilaaa masa tue wehhhh.
aku xsalahkan kau, just aku nk bgthu kau betapa pentingnya kau dlm hidup aku wehhh...andai kata kau dah tak nak aku jadi kawan baik kau, aku dah xnak ada kawan baik, aku takut nak ada kawan baik, sebab sangat menyakitkan bila seseorang yang berkongsi semua dengan kita pergi dari hidup kita. SANGAT SAKIT ! dengan kawan-kawan kolej pun, aku xnak terlalu rapat,aku takuttttt.lagipunnn diorang pun ada hal masing2x,aku pun suka dok bilikkkk.....
wehh, harap semua cepat berakhir,aku nak nikmati puasa n bukak puasa dengan kau. aku nak raya dengan kau. nak share n pendapat baju raya dengan kau.
semua dengan kauuuuu weyyyyyyyyyyy!!!

aku tak tahu nak mulakan dan nak akhirkan macamne dengan apa yang aku dah buat :(


aku xmampu nak lindung semua nie, sorry kalau luahan aku agak melampau :(
mcm aku ckp, aku tetap tunggu walaupun pedih weyyy.AKU SUNYI ! :(