JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, May 31, 2011

BETUL TUE, SEMUA ORANG ADA SEMUA KAU NAK



Assalamualaikum

HI people ! how are u today? yeahh i feel unwell today because of flu and sleepyyy. last night on the phone lamaa sangat.
okay now, aku xberapa busy kelas habis awal pukul 10 and the next class pukul 2 sat g. so i still got time to update my short entry . *perhaps, sebab aku takut termelalut panjang*

so after class aku ingat nak on9 sekejap*SEKEJAP LA SANGAT* then nak sambung tidoooo
but i cant :(bila dah depan laptop mengadap facebook n facebooker aku jadi seorang yang sangat kental dan tegarrrrrrrr. mark zumberg kau patut kenal aku sebab aku facebooker tegarrrr dalam negara :D
hahaha xde kojee mengarahhh mark zumberg tue kenal aku.
okay straight to the forwad what about title entry aku macam nak gadoo je kann.
ini bukan gado, tapi ini juga untuk diri aku sendiri
just now aku baca latest entry dari blogger tercomel, retisss,bijak org kata cukup package la kann. agak2x korang sape? pikir d
ulu nanti aku bagitahu
*20minit kemudian*

okay dah tau sape?
YEAHHH she is !

sila klik untuk sesiapa yang belum baca entry nie. for me, entry nie lebih kepada wanita. but kaum adam still can read to give some advice pada u all punye girlfriendssssss;)
aku suka entry kak atin kali nie. betul2x kena dengan wanita-wanita diluar sana yang seakan berlumba-lumba dalam fashion bagai nie
yes i admit, aku pun terjoin sekali. sebab xnak ketinggalan orang kata. walhal aku dulu bertudung bawal je kottt, xde maknanyaa nak pakai ala-ala vintage bagai.
aku dah sedar lama sebenarnya, lepas satu, satu pelbagai fashion desgin dan bentuk dan idea kreaaatipp mereka reka untuk wanita bertudung terutamanya sekarang. sampai aku terpikir, dulu kalau perempuan bertudung tak tahu macam mana nak bergaya, orang free hair senang je, leh ikat rambut sana sini, pakai baju itu dan ini sebab kadang baju tak sesuai dengan gaya kita sebagai muslimah yang bertudung :)
tapi sekaang aku rasa, yang freehair plak mati kutu dah tak tahu nak bergaya macamne dan amik keputusan nak bertudung sebab BERSTYLEEEE lahhh!
*just my view, jgn la attack aku plak pas nie. hanya terfikir sejenak dan seketika* :)

nie haaaa aku pakai tudung pun senget bengetttttttt!
kadang aku sanggup berhabis beratus hanya untuk look up to date dengan mereka-mereka semua. padahal aku hanyalah seorang student yang banyak nak guna duit untuk kegunaan study. see? penyalahgunaan wang pinjaman MARA.hihihi
sanggup tue , xpenah lagi beli online tapi cuba jugak beli dalam hati kena tipu redhaaa je. hampesss -,-
ketaranya dulu laaa kot bila aku kenal dunia fashion kat facebook yang orang kata mmg pergghhh lawanyaa dia pakai mcm tuerr, nk jugaaaa!
then dan dan tue terus ajak adik pergi shopping. huahuahua
serius duit aku hanya habiskan kat fashion. walaupun aku xuptodate sgt tapi aku dah rasa feeenatttt dengan semua ini. aku xkata kat orang tau! aku hanya cakap tentang diri aku. tentang korang depends pada korang nak buat apa sebab tak melibatkan aku. tapi aku xde lak cakap aku dah malas nak bergaya bagai nih. tapi aku rasa akan lebihhhh slowwww mungkin lepas nie. pakai apa yang adooo sajoo, malas nak kejar sane sini, sebab tak terkejarrr, baru 2hari beli nie, esok dah ada style baru. grrrrrrr!
dalam hati *kalau aku tahu, aku xbeli yang aku dah beli ni* kihkih
dah biasa kenaa dah giniii.
bak kata kak atin,
"IM PRETTY JUST THE WAY I AM"

lagipun sabri suka tengok aku pakai tudung bawal. kihkih
family aku xkisah sangat tapi aku rasa aku lebih ayu pakai tudung bawal.
*well, tangan di dada , mata ke atas*

mungkin lebih tepat, dia datang mood nak bergaya dia akan :)
nafsu aku dah berkurang dah dalam semua nie, insyaAllah duit pun boleh saving untuk benda lain yang lebih penting :)
am i rite people? nooo? fine -,-

seriously entry nie all about me.
im not talking about other people and if ada yang terasa im so sorry.
i just to express my feeling all about this
dan aku tak tipu, as human lagi-lagi perempuan nampak bendaaa yang cantik, mengerlippp sikitt dahhh kau nak belii.
yes i am :)
nafsu la katakannn, lalalalala ~~
tapi xde la plak aku menyeru anda semua untuk tidak berfashion. mcm aku jadi tadu, terpulang pada anda semua. terus support fashionista kita because they need it actually :)
tapi sebelum tue tengok pada kemampuan kita :)





Monday, May 30, 2011

SEMUANYA DAH BERAKHIR


Assalamualaikum

hellooo guys.
mood aku sekarang agak sedih. yes semua dah berakhir tapi dalam kesedihan aku dapat rasakan sedikit kegembiraan terpancar di wajah ku.
*hak tuihhh* hehe
*okay sedih balik*
dah berakhir segalanya. cukup la selama nie aku hadapi dan aku lalui setiap masa dan detik
aku rasa hari ini, dan malam ni adalah malam terakhir aku untuk..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
nikmati CUTI SEMESTER
hari ini hari terakhir aku :)
esok akud ah start kelas dan sem baru.
aku dah masuk sem 3
lagi 3 sem aku nak kejar tuk habiskan diploma aku. then klu ade rezeki nak smbung ijazah. klu xde, keje je terus then KAWIN :D
*gatal x?*

hehehe, munyikk macam putus cinta kann. mane booolehh putus cintaaa
"i sayang u hokeyyyy"
-,-

yup, dalam mase sebulan nie aku cuti. aku banyak habis kan masa aku dengan family dan boypren jeeee, dengan kawan-kawan pun tue pun last minute maksud aku last2x nak cuti habis.
sebab xde sape yang sudi nak jumpe aku. hikhik
cuti sem aku banyak dok rumahh sajoooo keluar pun jarang sebenarnya -,-
*muka baik* hehe
sebelum cuti sem aku niat nak habiskan baca buku LAW subjek yang akan datang. tapi hampess dua muka surat je berjaya dia bacaaaaaaaa
tapi novel aku berjaya habis kan.
terima kasih SYAFIQ sebab pinjamkan novel kau
besok pagi aku pulangkan ekkk?
dan aku keluar pun dengan sabri (abg syg2x) eeuuwwww
tengok wayang, jenjalannnn, oh ya tak lupa melawat abg aku di pulapol disamping sempat menjadi businesswoman sebentar.
wow! jangan memainnn.
pas nie i nak bukak bisnes sendiri.
u all kena n wajib toping kat i k? *gedik*

dalam cuti nie jugak la, banyak gak halangan aku untuk join mane2x shoot n photographer yang ajak outing.
isk isk sedih benooo ghasenyaaaa
asal dah siap je, terpaksa cancel -,-
mungkin rezeki aku bukan dalam bidang ni kott.
aku kena jadi accountant jugak kot. xpun bisnesswoman.
cepat aminnn kann
"aminnn" :)
xpe, kalau ada rezeki xkemana nya la kann :)

and now semua goyang2x kau dah habis wirda
dah tiba masanya kau perah otak masa dan tenaga untuk menghadapi cabaran baru untuk sem baru :)
alhamdulillah result aku ada improvement even sedikit tapi should be grateful :)
nasib baik xde yang repeat2x :)
alhamdulillah sekali lagi. lega rasanya,
dan semoga sem nie pun aku berjaya lalui.
tolong amin kan sekali lagi.
"aminnnnn" :)

sem nie nak ubah sikit style belajar . nak lebih ghajin dan nak menghargai setiap waktu tue
*aiceeeehhhh wahhh!*
uit nie azam sem baru tauuu, bukan tiap tahun baru je kena berazam. bila2x pun boleh berazam asal kita kenal pasti dimana kelemahan dan kesilapan kita agar tidak berulang lagi. kalau dulu tgh final, esok paper pun aku boleh keluar suka suki lagi
sorry for this sem :)
dan kalau boleh weekend tue aku nak balik jarang-jarang kat rumah.
bukan apa aku nie asyik dan pantang tengok jadual habis awal bila hari jumaat akan kucari jugak celah2x yang kosong untuk balik. so sem nie moga lebih kuat dan tabah menahan nafsu nak balik tue -,-

btw, im still at home.
plan nak balik kul 10 tadi, tapi xjadi plakkk...
hurmm malu nak cakap kat sini tapi nak cakap jugak
thanks to family sabri :)
belanja bowling n makan tadi. segan senanyaaa. huhu
first time berjumpe dengan mak n ayah awak, i speechless u knowwww.

okay tommorow morning i'll be going back around 10a.m because kelas esok pukul 11
hehehe, bestttt isnin kelas pukul 11 lagi. but jadual for this sem sgt pack.
okay sampai sini je, kat kolej xtau la boleh on9 ke tak, sebab password wifi aku dah buang sem lepas. mungkin aku bawak berukband nie. MUNGKIN
*mcm la ada yang kisah kau on9 ke tak* huhu



good night people :)

Saturday, May 28, 2011

FRIENDSHIP

Assalamualaikum

hellooo guys :)
aku sekarang berada di rumah. ngeh2x. di kala semua student uitm dan kolej bersekutu dengannya telah balik ke tempat study masing-masing. tapi aku masih lagi dirumah.
maybe esok petang baru aku balik, rumah dekatkan, balik awal-awal pun ada apa je , melainkan kemas loker -,-
semalam aku pergi daftar, yes last minute daftar memang ramai dan penat gila beratur nak bayar yuran. nasib baik ada kawan terserempak dengan aiza kawan nenekkkk i tewwww (NADIA KHAN)
semalam daftar je, barang pun bawak sikit je, bawak baju kurung je balik hostel. esok baru angkut apa yang ada seakan tak nak balik rumah lagi -,-
*tgh touching dengan orang dalam rumah. WHATEVER -,- *

tetibe mood aku ingat kat kawan-kawan aku, ntah depa ingat aku ke tak. sob sob
haiisshh kenapa la waktu2x cenggini ingatan kat kawan-kawan dekat sangat especially BEWARZ
yang lain pun aku still ingat jugakkkkk, kawan-kawan sekolah desa, terendak, kolej dan kawan-kawan alam maya nie :)
tue la kan, bila susah kawan la yang kita cari. tapi kita mesti2x la pilih kan yang mana agak-agaknya boleh mendengar setiap keluh kesah kita. xsemua boleh terima kita dan xsemua boleh mendengar di mana mungkin seseorang itu lebih pakar dalam penceritaan berbanding dalam pendengaran. erk? xkisah la apa pun asal kan korang faham je la maksud aku nie ek :)

walau kita ada boypren tapi aku rasa dan bagi aku xsemua benda kita boleh share dengan dia.
betul tak korang? mungkin ada sesetengah benda kita perlu share dengan orang lain which is teman rapat kita yang kita dah betul-betul kenal dia.
aku rindu kawan kawan ni :(
rindu nak gelak dengan diorang, gurau dengan diorang , mengada-ngada dengan diorang
walau aku tak tipu kadang-kadang kawan itu terlalu jujur. hukhuk
*aku pun mcm tue kottt, * hee
sebab orang kata tak jujur xelok, tapi terlalu jujur pun makan hati jugakk. kan kan?
so macam mane tu? hihi
tapi tue la kan, kita xboleh nak emosi sengat time tue, bila kita terasa hati, lebih baik kita fikirkan apa yang telah kita kongsikan dengan mereka daripada kita mengikut emosi dan sembur dia dengan segala kata-kata nista. aicceewahh !

oh ya motipp aku ada lah sesajaa je post begini.
nak bagitahu
"kawan-kawan saya rindu korang semua"

semoga persahabatan kita kekal :)

Thursday, May 26, 2011

BEWARE WITH BEWARZ




Assalamualaikum

one word yang boleh aku cakap
"AKHIRNYAAAAAAAAAAAA"
tauuu x berabad berjuta tahun aku cuba untuk sign in blog nie, tau la aku nie jenis pemalas nak update, tapi xpayah la nak main cak cak cak dengan aku
habis semua orang aku taye, hehe terima kasih pada yang sabar terutama ABANG KIRIN SELAMA PERAK .hahah tu la dia, time2x nak ada cerita, time2x nak abadikan kenangan, time2x nak bercengkerama dengan kau laa kau wat hal! ish, tinggalkan kau terusss baru tahu.
xpayah nak jadi blogger bagai nih.okay dah terover, tipu jee semua tueee.kuhkuhkuh

BEWARZ? korang tahu ke apa benda tue?
kenapa nakk kena BEWARE dengan BEWARZ?
hahaha, semuaaanya akan aku rungkaikan
*mcm bagus jee kau nie wirda, ada lak org kisah kau nak rungkai ke tak nak. OKAY FINE -,-*

BEWARZ nie sebuah kumpulan atau sebuah persahabatan yang terjalin since sekolah di tingkatan 3 *cecece, dah lama tinggal sekolahhh niiii*
kitaorang nie berada dalam satu kelas iaitu 3 Amanah
perwatakan kitaorang memang comel-comel *tetibe*
kat situ la kitaorang mula bersahabat, menangis, bergelak, bergadoooooooo, segalaa ber yang ada kamu dah laluiiii kecuali tetttt.haha
Bella
Erawr
Wirda
Ain
Rowzy
Zaff

itulah nama ahli kami. dulu kat sekolah agak tekenal la kumpulan kitaorang, bukan satu sekolah kenal pun, dalam kalangan kawan-kawan je laaaaa ;p

then form 4 kitaorg da bawak haluan masing2x, ayah aku dah pencen dari menjadi tentera so berpindah ke ampang. erawr berpindah ke s.alam. bella ke kajang. yang tinggal hanya rowzy , zaff dan ain.
yesss disitu la bermula sedikit kerenggangan kami.
lagi2x aku dengan bella tinggal kat asrama *bukan same asrama*
kitaorang hanya contct by phone, and since ade fb bagai nih which is after form 5 baru kitaorang rapat semula.
tapi bukannya kitaorang tak pernah berjumpa pun selama berpisahh, ade tapi setahun sekali atau dua tahun sekali.heee

then 24 mei 2011 betul2x birthday BELLA
"HAPPY BIRTHDAY BELLA ! "
kitaorang decide nak jumpe, yesss tarikh tue dipilih sebab tarikh tue la semua tak busy n free dan ade la yang sanggup skip kelas semata-mata for BEWARZ! so touched :D

kitaorang berjumpe kat sunway pyramid...dan aku yang xdok area situ pun sanggup terbang ke sanaa tauu! sebab RINDU gileerrrr dengan bewarz nie. agak lmbt aku ,rowzy n zaff sampai yang mana erawr n bella dah smpi sebab diorang dekat kebetulan tmpt belajar bella kat subang je.
sampai2x dah berkumpul terus snap picture. suruh kakak yang jaga kedai yang tengah kemas-kemas kedai dia tue tangkapkan gambar kitaorang.

bella, wirda, zaff, rowzy, erawr

aku ngan bella je berani suruh akak tue snap kan, nak harapkan dorang, dok gelak2x kat belakang tueee. haha.
wahh rinduu balik la nak membebel kat korangggg! muah!

nie depan lif mase nak turun pergi makan. mula nak main ice skating, tetibe lak cancel sebab semua tak pandaimai. aku lagilah tak penah main benda alah tue. malu la. dok jatuh2x, orang kat atas dok tengok2x. mestidalam hati dok kutuk kita kan. okay fine tak payah ckp la, kita tengok je the end nih -,-
time nie aku dengan muka tembok suruh seorang abang comel.awwww
dia kerja kat situ yang bawak beg2x customer apa ntah nama dia, erk? aku pun xtau dia bawak apa sebenarnyasuruh dia snap kan picture kitaorang. boleh lak dia kata
"posinggggg" hahaha
aku nak gelakk kot, see? disebabkan nak sgt memanjaa dok tengah2x semua ada pasangan, aku je xde. pas nieaku xnak dok tengah dah la klu bergambar dengan dorg. sob sob *TAK JANJI* haha

alhamdulillah berjaya sampai untuk metengkedarah.
laparrrr nokk, aku dari pagi, eh tak pagi aku dah makan tapi lunch je belum. nie pun dah petang, kan aku cakapkitaorang sampai lambat. mula aku n rowzy tak gtau la kat bella n erawr yang kitaorang tak makan lagi cozdorang cakap dah makan.
ntah la, aku pun xtau kenapa tak nak bagitahu dorang, padahal perut dah nyanyi lagi biebierrrrr dahhh.
sesampai je kat bowling sebab plan kedua nak main bowling tengok ramai so aku saje suggest
apa kata kita minum2x ke, lepak2x daripada dok berdiri sini, ceit, padahal umpan dorang pergi makannnnn.
haha, dorang lak, hurmmm okay je tapi muka macam tak okay je la kann, masing2x dah kenyang.
nampak la baskin robbins bagai tue, ajak makan ice cream pun xberapa dapat sambutan la
kepala angguk tapi xsampai ke sana.haha
aku pun xtau kenapa, then duduk lepak2x baru la si rowzy nie bagitahu, wirda lapar
ceit, muka sebesalah aku nengok dorang tuh
hahaha, saat masing-masing pandang antara satu sama lain, ada lah berminit keadaan tue
haha, aku nie ntah cmne malu sangat nak mengaku lapar, selalu xmacam nie. huhu
last2x rowzy kata
"AKU LAPAR" tapi tangan dia tunjuk kat aku. xleh blahh kann. hahaha

yeayyy! makannnnnn :D

erawr minum je, bella makan ice cream !

oh nie dalam lif

after makan erawr terpaksa balik because her "beau" (BF) dah sampai tuk pick up dia.

then, sementara tue, si bella nie xhabis2x dok pujuk aku main benda alah yang aku malu dan takut. aiseeyymannn, kesian sebenarnya aku nengok dia. keputusan aku 50/50

last2x, termakan pujuk dan rayu dia. akhirnya main jugaaaa aku menatang nih.
perghh wa ckp sama lu, wa rase hebat la.
hikhikhik
bukan apa ce tengok gmbr bawah nie, smart la plak kasut dia, ghase nak bawak balik pakai jenjalan voolehhh tak?
*jakun tak aku nie korangg???* haha
aku mesti wat muka poyo di atas supaya bewarz yang lain gentar.
best wehh mainn, memula tue nak jatuh r, sebab licin gilaaaa.
bella ajar aku cara main, padahal aku tau sangat main sebab kecik2x dulu aku juara kasut roda bawah blok rumah aku dulu..haha
memula bergantung pegang2x gak kat tepi, then pusing beround2x dengan bella, rowzy, zaff
last2x aku xpegang.hehehe.
bestt gilaaa, bajet betul aku time tuh, aku rase bewarz yang lain mesti rasa nak balik jeee.haha
aku kata kat dorang nak pegang rekod first time main xnak jatuh. walau agak hampir2x aku selamat jugaaaa ;p
tapi satu je aku malu, aku nie suka mnejerit kecil *jerit gedik*
so aku malu r, mesti orang lain kata mengada betul nak jerit2x, org main xde punn jerit2x
fine -,-
then ada sekali tue aku terpaksa kepit mulut aku xbagi menjerit. sob sob
yang aku xboleh terima adalah.......
BELLA jatuh terbaring dipegangan aku. konon nak main sesamaaaa la kann
tapi aku xingat mcmneee tapi aku dah try pegang dia tapi aku xboleh nak selamat kan dia.
boleh landing plak dia kat situ, kitaorg gelak2x laaa.haha
best la, orang first jatuh si zaff tue, kihkih *gelak lagi nihhh*
aku dengan rowzy maintain.
yang penting mmg aku over pun main time tue, sampai dorang cakap yang tak nak main tue lak yang bole pandai main. hahaha. lajuu tawwwwwww !


nie gmbr before main. mereka berdua la yang jatuh. ngeh ngeh ngeh

papepun babe i really miss u guys !
korang memang best dan ingat jaga hubungan kita selama-lamanya beb :)
heee, zaff n rowzy ingat tauuuuuu nanti aku kawin hadiah nak yang besar2x sahaja.
meisn basuh ke, one set katil bilik tidur sekali ngan bilik air ke.hahaha
*nak cover bajet la katakan*
zaff kau xleh kawin lagi tau selagi rowzy tak kawin, xelok langkah bendul. lalalalala~~
yang paling tua aku la dalam group nie -,-
bukan tua apa , bulannn jeeeeee...

okay secara ringkas nie la bewarz :D
oh ya i got souvenier from e-rawr coz dia baru balik dari switzerland
tapi lupa nak snap pictureee. hee
thanks e-rawr ! rinduuu kau yang xberubahh dari sekolahh lagi.
sukaa gelakk je apa orang cakapp hee
sweet u knowwww!

bella, suka tengok gelagat kau jatuh! will missing u dear ;p

that all ;P

Tuesday, May 17, 2011

BIRTHDAY PARTY INSPIRATION PHOTOSHOOT & DECORATION by JCS CREW



Assalamualaikum

hi everyoneeeeee, morninggg semuaa.
ceteka ceteka update kul berapa nih? apa? 11 malam tadi? nampak benooooo menipuunyerr
aku bukan nak buat cerita sedih atau mintak simpati, tapi aku cakap betul, saje tunggu waktu2x macam ni, bagi feeling sikit nak update blog bagi kepuasan korang, semua
xpuas lagi? okay kalau macam tue kau pergi update sendiri -,-

okay, aku percaya dalam kalangan blogger-blogger nie, waktu2x macam ni (5.08 am) ada yang tak tido lagi macam yang sedang menaip sekarang dan mungkin ada yang baru bangun,
MORNING yang baru bangunnnnn, anda disajikan dengan hidangan blog saya yang pemalas nak update, so bila sekali update sila lah godam sampai habis k ;)
actually tak merancang untuk mengepdate blog, disebabkan aku baru dapat invatation daripada AISHA HUMAIRA untuk sertai satu lagi event baru dia

wa cakap lu, xde pernah lagi orang wat event nih, beliau sangat kreaaaaattttipppppp untuk mengadakan event nie dan wa saluteee sama aisha nie sebab dia yakin dengan apa yang setiap dia wat, thumbs up ;)

cakap banyak tak guna aku perkenalkannnnn, JENG JENG JENG :


okay guys, meh aku terangkan serba sedikit tentang event nie
event nie sangat menarik dan happening, kalau u all semua datang untuk memeriahkan keadaan. ini adalah pertandingan untuk group/team yang join. ia same dengan photoshoot yang lain, cuma berbezanya dia kali ini adalah berkonsepkan birthday party. syarat2xnya telah nyatakan dalam event tersebut dan u all tinggal nak baca je
dekat sini, kita semua boleh keluarkan idea kreatiff kitaaa semua. best tueeeeeee.
yang penting satu group rm 150 yes sound like wahhhh so mahal ma.
eh korang jangan la risauuuuuu ;)
sebab dalam satu team ada :
talent
mua
photoG
dan assistant which is not more than 10 dalam satu group.
so kita boleh cari team dalam 10 orang untuk menjayakan kita punya competition party
so collect la seorg rm10 as assist dan selebihnya mesti la kena kepada talent, photoG dan mua around rm 16 la kepada talent ,photoG dan MUA.
murah kan? soo korang jugak boleh keep it as korang punye portfolia. asyik dok tengok gambar google je lawo-lawo birthday orang, jom kita wat sama2x, berkerjasama meh ;)
lagi-lagi pada yang tak pernah merasa join photoshoot, ini adalah peluang u all semua ;)


yes ini adalah pertandingan dan PASTI hadiah lumayan menanti pemenang
tempat pada masa ini belum lagi ditentukan tapi yang pasti around K.L dan SELANGOR je
tapi yang mai jauh-jauh nak join pun boleh tapi kena mai sini la
yang paling best wa nak citer lu, kita boleh pilih warna feveret kita, ONLY ONE colour sahaja dalam kita punya decoration
*aku dah terbayang dahhh nie birthday party aku nih* muahahaha

okay, aku dok promote nie, aku join x?
FOR SURE aku join guysss !
DAN
sesiapa yang tidak ada team lagi boleh join team aku because i need
PHOTOG
MUA
7 ASSISTANT
aku sebagai talent dalam team ni
^__^

if ada yang interested untuk event nie direct asking aisha humaira yang telah di link kan di atas
bukan selalu dan senang nak jumpe event macam nie korang.
yang pasti banyak lagi istimewa menanti, tapi kena baca la dalam event tue, cek tak larat nak tulis satu-satu. hehe
so what are you waiting for?
jom la memeriahkan hari ahad anda nanti pada 19 june 2011

btw,team aku bertema

PINK PINK PINK PINK

so if ada yang sukaaa pink and nak join group aku direct asking me k ;)
untuk lelaki, meh laaaa kita bermain dengan kaler pink ! bagi jambu sikitttttttt.
terutama kepada geng blogger yang xsempat aku jumpe tuh kan, meh la kita meet2x nanti ;p hehehhe



okay have a nice day bebeh ;)

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY


Assalamualaikum

rata-rata seluruh blogger dah mengepdate seperti tittle yg tertera di atas
tapi aku? baru nak mengepdate..
paling awal update irine nadia marcello laaaa, hehehe

okay seperti yang sedia maklum pada 8 /5/2011 adalah tarikh bagi ibu-ibu disuluruh atau serata pelusuk dunia mendapat penghargaan, haiiihh bukan maksud aku hari-hari biasa tak perlu dapat penghargaan tapi tarikh nie special la orang omputih kataaaa.

ades, ramai betul dah jadi ibu, bakal jadi ibu yang tengah2x comel pun ade..
*buat i sabar tau sebenarnya, tapi i buat muka relax jeee*
agagaga, betul wei, xcaye tanya la wanita-wanita diluar sane, aku yakin perasaan ini bukan aku sorang je rasa, yakin ! harus yakin :D

SELAMAT HARI IBU !
HAPPY MOTHER'S DAY !
untuk
RATHIAH BINTI RAMZAN
ma yang tersayang

nie la mak aku, nampak tak? gigih dia mambanting tulang mengerah tenaga selama nak membesarkan aku, dulu laaaa sekarang dah jadi suri rumah sejak dapat adik baru -,- hee
yang besar hitam tue, bukan ayah aku hokeyyy, itu cuma gambar semata2x, ish2x.
ni ayah aku punye idea la nie suruh mak aku bergambar cenggini
tak senonoh tul hahaha, tapi COMEL hokeyyy :D

walaupun kekadang aku terpandang slek kat ma, tapi betul laa tak sengaja kot
*pernah la sengaja, kihkih..dah lawan tak leh body languange pun bolehh la*
isk isk isk, nampak tak aku belum jadi anak yang baik ;(
mesti mak aku sedihkan ..penat kecik-kecik dulu jaga aku siang malam, bagi susu, buatkan susu, tukar lampin, dodoikan, lambung2x aku, dukung aku ke hulu ke hilir
dalam perut aku la paling berat antara adik beradik aku yang lain
aku xingat berapa, tapi berat la
tapi gigih mak aku bergerak, jalan sane, shooping sini, pegi dapur masak kan untuk suami tercinta basuh baju, basuh kain
*perut tengah berat tue*
betapa sabarnya hati seorang wanita yang bergelar ibu
hingattt senang ke nak jadi ibu? nak nak zaman sekarang, baby pun dah pandai pukul mak sendiri, pekejadahhhhnyaa. grrrr
xkunafikan, aku sendiri takut nak beranak mengenangkan budak2x zamannnn sekarangg perangai pelik, orang kata salah dia tengok semuaaa elokkk *walaupun lambat lagi*

dulu masa kecik2x mak aku kata dari kecik sampai ke la ni nak jaga aku susah
tapi la ni aku rasa senang jeeeee, erk?
dulu mase ngandungkan mak abg aku, mak aku takut g hospital, tapi kena pakse sebab suami tercinta suruh juga, bawak dia
then masa ngandungkan aku, ayah aku masuk hutan *bukancari kayu api, biasalah bapak aku ASKAR, bangga seyyhhh*
nak-nak time dia nak bersalin, ayah aku xde, dia dapat peluangggg la bersalin kat ghumah
hamikkk kauuu pedihhnyaa bukan mainn lagii. erk? *mcm aku yg rasa plak*
tapi masa aku lahir bidan kampung tak sampai lagi
alasan dia telenovela tak habis lagi *okay aku tipu je, tapi memang alasan dia tak logik langsuung, tak penting langsing nak bandingkan tugas dia sebagai bidan kampung*
so nenek aku je kot jadi bidan time tuh, sakit weiiii, sakittt sangattt walau aku tak rasa tapi aku pmpuan aku dapat rasakan walau aku tak rasa *okay dah merapu*

bila aku keluar je kan, aku keluar tak nangis, dalam karung lagi...
mak aku kata tangan aku dok kaih kaih *tau xkaihh tue apa??*
ala macam nak berenang tueee, mesti comel gilaaa aku time tuhh dengan badan penuh darahh bagai kan....eeeuuuwwwwwww

okay tue seksa nak beranak kan aku, time nak jaga aku lagiiii laa yarabbi punye susahhh
aku akan diam bila mak aku wat cam ni
nampak tak? okay fine, sapa nak diaaaaa.................. hihi
mak aku kena angkat2x aku guna tangan , ala action mcm lmbung, tapi tak lambung. baru aku senyap, mak aku berhenti aku nangis balik
perghh nasib baik tak bagi nama lambung kat aku, kalau tak aku sanggup turun naik mahkamah tukar nama.hikhik
alhamdulillah ayah aku yang hensem bagi aku nama
WIRDA AZURAINIE
cantik x? okay fine -,-

aku selalu nangis masa kecik , kuat plak tueee, tapi besar aku rasa aku la anak yang paling baik -,-

kihkihkih
xpe, at least aku cuba untuk menjadi yang terbaik maaaaaa, muah2x
tadi dah ciumm maa dahh :D
aku bagi perfume kat diaaa, tapi aku rasa ayah aku yang rembat nih, sebab dia suka pakai perfume perempuan ? apakah?
okay bapak aku normal k, cuma dia suka bau yang lembut2x nih.
*betul ke apa aku ckp ni?*

aku rasa dah banyak aku membebel dan menceritakan

selamat hari ibu sekali lagi dan aku tahu xde sedikit ucap terima kasih untuk ma tadi

TERIMA KASIH ma, sebab selama nie menjaga makan, minum ,pakai, karenah , pandai back up kak time dating -,- hihi
terima kasih atas segalaaaaaaa2xnyaaaa la!
insyaAllah kak akan balas setiap kerah2x yang keluar untuk membesarkan kami adik beradik.
kak akan buktikan pada orang2x kampung *aicehhh org2x kmpung, hihihi*
yang bahawasanya anak ma n abah juga boleh berjaya ;D


WITH LOVE : WIRDA AZURAINIE BINTI WAHID

Friday, May 6, 2011

BILA KITA NAK COUPLE?

Assalamualaikum
okay before aku tidur, aku nak update blog secara ringkas.

tittle blog aku nie boleh wat korang rasa nak tercekik tak?
bayangkan kalau aku cakap kat korang cenggini *laki2x jela, xkan perempuan kot*
apa perasaan korang? nak nak lagi yang xkenal, xpernah bersapa, xpernah bertegur ajak couple?
pfthghhhhhh ! *mencarut*
mesti korang kata
"kurang ajar gila pOmpuan nie, kenal pun x dah ajak c0uple"
hahahahaha *gelak setan*

korang tahu tak, tadi petang sesedap aku main teka teki dengan ZEROCOL , kenal tak? haaaa xkenal takpe, dia tak touching pun.hehehe
ade sorang mamat nie, aku tak ingat nama apa, tapi pelik la nama dia.
dia anta chat kat aku

TK : "bila kita nak couple"
AKU : "kau ni sapa?"
TK : "alaa wat2x tak kenal plak, saya kan pakwe awak"
WIRDA : "kurang ajar"

*TK= tak kenal

hahahaha, sebab aku takut aku ckp dia kurang ajar, aku takut laa kang dia marah aku, buatnyer dia amik gambar aku dia pakai2xkan.haha
tak nayaaaa akuu?
terus aku block dia. well even korang rasa itu adalah benda kecik, tidak seteruk mana yang kawan-kawan aku dapat mcm lucah2x bagai .
tapi tue la aku, kau wat aku tak selesa dengan kau, aku block kau.
sebab sekarang makin ramai yang ada block, even peragut, perogol, pepepepepe segalaa peee pun ada facebook, macam2x cara dia boleh tipu kita, main2x kan kita. nampak cun sikit, main add je, dengan alasan yang berbagai2x. so girls yang cantik dan comel diluar sana kira semuaaa girlssss la kan, be carefull nak approve.
and be carefull jugak bila dia nak berkenalan, and kalau boleh jangan la dengan mudah bagi nombor handphone dekat mereka2x yang baru sehari dua kenai. apa kata panjangkan tempoh perkenalan ke setahun dua tahun. hekhekhek. *boleh ke korang?*

actually tue je aku nak citer...yang penting aku cukup tak suka style lelaki tadi.
macam mane aku nak pikir dia baik kalau di awal perkenalan pun dia dah kurang aja dengan aku
fine bagi aku dia kurang ajar, tak hormat aku bila dia terus cakap macam tue.
nasib baik aku ada "pakwe" je, kalau aku ada "laki" siannnn laki aku.
menangis tak berlagu diaaa, touching kot. hahaha. *overnya laki akuuuuuuu*

mungkin niat dia nak bergurau, tapi bhai, tengok tempat dan keadaan la. tengok masa, tengok orang jugak.tak semua boleh terima setiap gurauan kita, nak2x xpernah kenal.

yang penting, first aku nak mintak maaf la cakap kau kurang ajar tadi. maafkan aku yeee, xlarat nak kejar kau kat akhirat nanti nak mintak maaf. hehehe
peace no war
*walau pun dia xbaca blog aku*

good night semuaaaaaaaaaaaa ! ;)

Thursday, May 5, 2011

KENAPA SEKARANG BARU AKU TAHU?

Assalamualaikum

maaf la, mungkin aku terlalu bercerita akan hal peribadi aku
tapi bak kata orang, blog aku, suke hati aku la kannn :)
aku cuma nek meluahkan apa yang baru aku tahu.
selama diorang rahsiakan dari aku, tapi kenapa? dia tak sayang aku ke sampai diorang rahsiakan dari aku? padahal hal nie berkaitan dengan aku
tapi aku bersyukur sebab aku tahu selepas aku dah habis final, ada hikmahnya aku tahu lambat
final aku berjalan tanpa emosi kerana cinta
sebab lebih rasa sangat bosoh bila down pasal study sebab cinta

aku gunakan perkataan saya nie untuk bahasa kan aku dan dia

saya tak kisah awak xnak mesej saya or kol saya sekali pun
yes, saya tahu awak penat, keje la kataaa kan *time tue la*
so saya langsung tak pernah terpikir yang awak akan buat benda yang saya tak suka belakang saya, kalau betul awak just suka2x awak perlu bagitahu saya, itu pun kalau awak jujur
awak keluar bukan dengan orang lain, tapi dengan awek kawan awak sendiri
awak xde rasa bersalah ke kat dia? awak tahu tak perasaan dia time tu?
sikit pun xde nak cakap maaf ke kat kawan awak tue?
nasib awak baik sebab saya tahu lambat, saya tahu bila keadaan dah reda.

malam tue memang saya nekad nak lupakan awak
diorang dah ckp, masa depan saya lebih cerah dengan laki lain, tapi saya degil.
saya lemah dengan pujukan awak tue
yes, saya silap kerana itu
tapi kena diorang tak bagitahu setiap patah yang keluar dari mulut diorang itu rupanya ada makna?
saya nak taye, masa tue awak xde mase dengan saya, tapi kenapa awk ada masa dengan perempuan lain? saya xkira la even perempuan tue saya kenal ke tak, tapi dia tetap perempuan,
kenapa bila saya betul2x sayangkan awak, awak mula buat hal? dulu bukan main awak nak kat saya, pijak semut pun xmati
tapi sekarang? nak mesej saya pun tak boleh. busy, kredit takde, penat, mengantuk, nak mamam
alasan lapukkkkk semuaaa tueeee
aku dah bosann!
orang yang xde apa2x dengan saya pun perasaan yang awak hanya contct saya bila awak nak ajak saya keluar
awak rasa kalau saya cakap macam tue kat awak, awak bangkang x?
sebab bagi saya memang pun. awak xde rasa hati nak temankan aya even sekejap mesej.
kalau malas sangat nak menaip, saya tahu handphone awak tue canggih
jadi malas nak menaip, apa salahnya awak kol saya?
kredit takde? awk ni, baru topup kredit tak, awak buat apa dengan kredit awak tue?
saya nie, rm 5 kadang lebih dari seminggu tahan tau x
sebab mmg saya tak mesej dengan sape2x
kalau ada pun, bape sen sangat la kredit jalan

saya sangat terasa hati , lagi2x tempat yang awak pergi tue adalah tempat di mana saya pernah ajak awak pergi dulu
tapi sampai sekarang awak xbawak saya pergi
mula awak kata tempat tue tak best, then xtau jalan
okay fine, saya memang sangat2x faham time tue
then saya lupakan niat saya nka pegi dengan awak. memang saya tak berharap dah lepas tue
tapi bila saya dengar awak pergi dengan DUA orang perempuan saya rasa sakit hati
dan paling menyakitkan adalah, masa tue awak cakap kat saya awak busy, penat
tapi macam mana awak ada masa ajak dorang atau terima ajakan dorang, saya pun xtau untunk pergi sampai ke shah alam, rumah awak kat ampang, diorang kat kajang..
so think it.

dari dulu saya dah cakap, fikirkan balik hubungan kita
satu persatu masalah datang
dengan sikap saya, perangai awak
memang dah tak serasi, tapi depan orang ramai kita berlagak macam kita adalah pasangan yang terbaik. fine sampai bila nak teruskan drama dalam kisah kita ni?
saya penattt

kalau dengan awek kawan awak sendiri awak pernah keluar apatah lagi dengan orang lain
dengan orang yang saya tak kenal
xtau la kannnn itu
hanya Allah saja yang tahu apa yang awak buat dan di mana tahap kejujuran awak terhadap saya
kalau awak cuma nak balas dendam atau melepaskan tension
saya tak boleh terima
memang dulu saya banyak wat awak sakit hati, dulu saya budak sekolah, yang hanya tahu nak berseronok tapi sekarang saya rasa walau saya masih xcukup matang
tapi saya dah boleh pikirkan hubungan kita dengan lebih serius atau tak
saya tak hubungan kita nie hanya sampai sekerat jalan
kita hanya membazirkan masa kita selama 5 tahun je.
thats all.

Wednesday, May 4, 2011

idea untuk HARI IBU?


Assalamualaikum

hello semuaaaa, lagi ngapain semuaaa?
semuanya baik2x ajaaaa yaa? yeaaaa aku disini juga baik, lagi mengepdate blog gituuu.
oh yaa aku hairan kok, g mana aku bisa speaking indonesia dengan baik sekali,
oh ya ini pasti dari pengaruh sinetron2x mereka ya
"okay2x testing testingg.kreeekkkkkkk"

okay dah okay rasanya bahasa aku.
main idea aku untuk mengepdate blog nie adalah untuk bertanya atau pun berkongsi dengan korang semua kalau dah menjelang hari2x penting mcm nie kan, apa je yang korang akan hadiah kan untuk ibu-ibu tersayang korang semua?
sememangnya, setiap hari adalag hari-hari ibu, kita menghargai ibu kita setiap saat
betul x, tapi xkan nak bagi hadiah hari-hari kan..hehe
so bila tibe hari-hari mcm nie bagi la special sikit, bagi ibu kita rase dihargai lebih sikit tp bukan la penghargaan untuk semuanya perlu diberi atas kebendaan atau sebagainya.
cuma macam aku kata special sikit kan ? kan kan kan kan ^__^

aku sendiri pun xtau nak bagi apa, sama ada baju, perfume, or wallet.
selain daripada tue kan, apa lagi yang boleh kita bagi ekk kawan-kawan?
xkan nak bagi bunga, teddy bear.haha
itu untukkk tettttt, tapi nak bagi pun xsalah tapi part teddy tue aku konpius sikit la.
mak-mak kita kan dah ada teddy bear besar so watpe dok bagi teddy bear.
lagi pun masing2x dah kenal sikap, kesukaan dan apa yang ibu kita xsuka rite?

aku lebih suka memberi dan mendapat something yang boleh diguna pakai.
mean benda tue kekal la boleh kita guna, setiap kali kita guna kita akan ingat dia dan dia akan ingat kita.
erk? kenapa mesti bagitahu apa yang aku suka sekali? hahaha
okay supaya korang tahu la nak bagi apa birthday aku yang dah lepas tue kannnnnn.
kalau benda makan tue sebagai sampingan la kan, sebab kalau dah makan mestilah dah telan pastu buang, dah tak ingat apa, tapi mestilah orang yang menerima itu ingat haaaa dia bagi kek kat aku mase birthday aku. haa cenggitu la maksud aku tapi xleh nak guna or simpan sebagai kenangann. tetttttt.


okay ye semua, semoga dapat ilham baru nak wat kelainan untuk hari ibu yang bakal menjelang nie, wahh bestnyer jadi ibu dapat hadiah dua kali tiap2x tahun kan kan.
birthday dan hari ibu
memang special la
muahhhh!


tata ~!

Monday, May 2, 2011

BELAJAR DARI KESILAPAN


Assalamualaikum
wahai ahli2x blogger tegar semua, serius lamaa gilaa aku xupdate blog.
yelaa, kalau update pun mane ada orang nak baca blog picisan aku yang kejap bertuan kejap tak.
blog2x korang pun aku xsinggah, bukan xnak singgah tapi xsempat.
memandangkan yang berbahagia wirda azurainie yang tengah bahagia nie xbawak laptop kat kolej disebabkan final exam mendatang.
kerana itu adalah syarat untuk diriku sendiri, dekat2x exam aku pastikan aku tinggal laptop aku biar berhabuk dok kat rumah supaya berdisiplin sikit aku nih.
seriously tengok laptop tadi baru balik berhabuk2x, isk isk kesiannn...orang2x dirumah xde rasa nak tolong lap2x cium2x sikit kat laptop aku ni ke? erk?

okay seperti aku kata aku menghadapi final exam dan semestinya itulah saat yang paling menakutkan, kecut perut, sakit perut, geli perut, sup perut, erk? apakah?
hahahaha
*okay fine aku syok sendiri*

meh aku nak share sikit time aku tengah final nie
perasaan yang lain dari yang lain masa spm bagi aku
lagipun, sem lepas gap banyak dengan paper aku, tp jangka masa final yang uitm buat adalah dalam masa 10 ahri untuk aku bawak 7 subjek memang xbusy la kannnn.
aku nie bukan study awal2x, perangai aku nie, aku study last munioottttttt.
xtau laaa, memang dari dulu lagi mcm nie, study awal2x kang aku lupaaa kangggg.
apesal aki takut sangat sebab kira hard juga paper yang aku bawak sem nie, ntah2x sem depan lagi killer kott kan, grrrr. *nangis jap*
yelaaa, bukan mudah nak berjaya dan bukan susah pun nak gagal :)
dugaan yang pertama aku demam sehari sebelum aku exam, seseme, batuk, xde suara pening je x, nasib baik xpening2x so boleh la aku study tapi dalam keadaan yang xselesa la, tapi tue ,
Allah maha Adil..dia turunkan dugaan tapi dia tahu kita perlu study dia xbagi aku pening2x. alhamdulillah di situ :)
first paper ctu dan aku macam xberapa yakin akan paper tue sebab dia berkaitan dengan sejarah. so aku mengambil masa yang lama untuk membaca dan kebetulan ada hint an an an.
punye seronok ingat ringan la sikit bebann an. aku study memang ikut hint laaaa.
bila bukak paper tengok bahagian essay, fine aku buat perkara yang salah yang mana hanya fokus pada hint. satu haprak tarak kuarr maaa. ini mendatangkan kebengongan disitu.
punye berdoa dalam hati semoga diberi ilham untuk menjawab time tue, bolehh la juga aku hentam apa yang aku ingat masa spm dulu, sebab ctu nie subjek agama tentang sejarah2x tamadun islam. masa form 5 kan ada study sikit.
balik dari pada exam hall aku diamm je, terpikir silap aku tue. so lepas dari pada tue aku xpercaya dah ada hint2x bagai nie.

dugaan kedua, aku membuat satu kesilapan dalam membuat keputusan.
grrr yelaa gedik tengah exam nak kuar bagaiiikan, hamik kauu sekaliiiii tak expect pun balik malam, grrr dah la besok tue ada paper, PAGI plak tue kan. mahu xmenangis aku? bukan menangis meraung bagai dahhh pun.
paper tue ada hint tau, tp disebabkan aku dah hilang kepercayaan aku terhadap hint so aku memang pandang setengah mata je laaa kannn. aku study dan aku xtido2x...sanggup kot.
dari pukul 10 something aku study sampai pukul 6.30 pagi.
SUMPAH aku dapat rasakan kepenatan otak aku, aku beli air nescafe ais supaya tak mengantuk, aku suka beli kat satu kedai tue je, sebab memang mujarab la dia punye air, bikin tak mengantuk. 6,30 pagi tue aku dah rasa mengantuk, paper 8.30 dan aku decide nak tido kejap.
aku tido sampai kul 7 je, aku bangun mandi siap2x dan baca la sikit yang mana patut kannn.
memang tak mengong la aku dalam exam hall, tapi bukan nak cakap apa la kan, dalam exam hall aku time tue tak rasa mengantuk la plak, khusyuk berfikir dan jawab kot.
aku dah ghisau kena repeat tue,dalam bilik sebelum jawab paper aku motivate sorang2x
aku dah usaha sekarang aku buat je yang selebih tue tawakal je, yang geram dan hampeh dan bukan nak cakap paper tue senang tapi aku geram past sem punye paper agak nak tercirit jugak la nak jawab, tp nie so far bolehh la walau ada je yang aku hentam dan xsure
*okay perangai aku memang teruk*
DAN
yang aku terkezutt tahap dewa, ade je yang masuk seperti dalam hint.
alamak, menyesal plak tak tekankan dengan lebehh.hahaha
*bengang disitu tapi kesabaran bersisa*
satu yang aku xkan lupa sebelum aku nak kuar tue, aku terdetik nak baca sikit tentang satu soklan nie, aku tertanya sendiri kenapa graph nie kinked..tapi aku decide
"ahhh tak payah la, xkuar punye"
wah yakin kauu disituu yewww wirda, bukak2x sekali hamik kauu, soklan essay okayyy 10 markah plak tue, memang sah2x la hancusss kan. grrrr

okay itu je yang aku nak share, final sem nie la aku rasa paling teruk, sekarang pun aku xde rehat lagi nie, aku penat sangat, ngantuk tahap dewa so lepas nie balas dendamm nak topup banyak2x.hehehe
apa yang aku boleh ulaskan disini ialah berkenaan dengan hint, klu aku dapat aku akan balancekan, aku akan baca dan yang tajuk lain pun aku tekankan juga.
dan syarat kedua aku selain xbawak laptop time final exam adalah aku xnak keluar jalan-jalan lagi
serius aku menyesal malam tue, aku nangis gila-gila sampai akak bilik aku semua risau, aku campak buku (hempas atas meja je, tanda protes)
aku nangis2x dulu, then aku kuatkan semangat aku, daa sambung study balik.
.so next time aku xnak buat lagi, nak apa pun, lepas final. sebab aku xnak kena repeattt, xlarat nak belajar banyak2x kali woooooo.
so after this, adik-adik yang comel jangan ikut perangai kakak comel nie,
jadikan satu pengajaran kepada anda semua dan cuba elakkan berpengalaman dalam situasi saya, ia sangat menyedihkann dan sangattt tertekan down gilaa, salahkan diri sendiri, mula air mata mengalir macam air terjuhn, sape nak mandi pun dha boleh dah time tueeeee,haha
wirda ingin belajar dari kesilapan :)

ehem2x doakan result wirda baik dan non repeat :)
oh ya disebabkan aku dah lama tak on9 fb bermakna dah lama xlepas gian mengepost status
so jangan la korang marah, kesian kan aku, biarkannn aku nieee lepas giannn dia.
hahaha, sebenarnya banyak betul nih nak citer2x tapi aku mengantuk gilaaaaa la.
nak tido, oh ya aku sekarang tengah layan novel dipinjam oleh syafiq yang baik hati,
my classmate.
novel bertajuk HINGGA KE AKHIRNYA by siti nur dhuha
alang2x doakan lah aku dengan tersayang seperti tajuk novel nie. hikhik
*ura2x gatal disini*

okay kerusi itu wat spoil :)

good night guys :)