JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, December 29, 2010

BERHENTI BERBLOGGING


Assalamualaikum

hello hello hello hello !
kali ini saya ingin memaparkan perasaan saya pada masa ini !
perasaan yang sedang bercampur baur bersama cuka serta ajinamoto ditambah dengan halia yang xsedap tuh!
itulahh perasaan saya. boleh anda semua gambarkan>>>>>

okay! cukuplah memgambarkan perasaan saya, biar saya nyatakan tentang satu persatu agar kalian semua tidak begitu pening lalat untuk memikirkan walau saya tahu tidak ada seorang pun peduli untuk amik tahu. tapi saya suka untuk melakukan sedemikian rupa. muahaha!

kita mula dengan perasaan

RINDU

saya sangat sangat sangat rindukan dahagakan kasih sayang. HAHA
annoyingnyerrr .. grrr *tengah dalam keadaan geli hati
saya rindukan si dia. WHAT? rinduuuu plak. adesss. mengapa ini semua harus berlaku apakah ini semua kerna diriku? lalalallalalalalalalalala~
sila teka lagu apa yang sedang saya dendangkan bersama jogetan sebentar tadi.
saya rindu dia tapi saya EGO tak nak bagitahu dia.
biarkan ! saya tak patut mulakan dulu dan saya rase saya patut teruskan sikap saya macam ni supaya dia lebih berjaga2x akan masa hadapan untuk terus menjaga hatiku. aicecece
walau sebenarnya diri sendiri yang hampir meragut kemeranaan dan juga saya ingin membuat sebagai satu pengajaran. haha
*wirda tak baik menghukum orang. .
okay itu bukan hukum itu gado2x manja2x rindu2x marah2x okayyyy. anyone nak bantah? sila jumpe saya di mid valley kul 4 jap g.
kalau saya tak datang jangan marah. HAHA
mood : sebal :D

GEMBIRA
yes, walau sisa cutiku yang tinggal hujung jari dan tidak meluangkan masa dengan berdating. :(((
saya tetap gembira ! saya gembira okayy:D
sebab saya tidak akan lagi mengalami insomnia yang mane takleh tido.
*xde kena mengena
maksud saya, saya tidak lagi dihantui hantu2x yang sering menakutkan saya pada waktu malam yang menyebabkan takut unutk menutup mata saya kerana mak saya sudahhh selamat sampai dari kampung pada jam tidak pasti tetapi pukul 3 lebih pagi tadi. saya dengan tidak tidur bersama tentera bala, eh silap bersama bibik saya a.k.a adik kandung saya yang tak berapa nak comel widya nama diberi telah tolong memungut barang dari bonet kereta untuk dicampakkan ke dalam rumah dan menghasilkan rumah yang tongkang pecah hari ini ye
okay jap lagi saya kemas |:D
selain itu saya cukup gembira tadi sebab si dia wat video call kejutkan saya bangun tido. ohh tidaklah sesweet yang anda sangkakan sebab saya tidak akan menunjukkan muka yang scary saya ketika bangun dari tidur yang nyenyak. saya marahkan dia sebab cuba unutk mencuri lihat muka baru bangun saya tetibe dia marah saya balik dan mengatakan bahawa DIA TAK NAK TENGOK SAYA . wahhhhh gua malu di situuuu. HAHA
sebab kalau tengah mamai baru bangun dari tidur angkat phone saya mmg tidak gemar oh bukan tidak gemar tapi tidak mampu untuk melihat dengan jelas siapa di talian kerana kerabunan mata yang tahap hampir maksima. dengan itu saya langsung tidak perasaan itu adalah video call. dan sidia cuba untuk mengecall sekali lagi dan saya jawab kali ini tibe, dia tunjukkkkkk BABY ! anak buah dia. ohh, aku memang tak boleh tengok baby.
wahh, tetibe mood marah berubahh. heee. suka2x. haaa, aku rase lepas nie kalau sesape nak pujuk saya bagi baby pun cukup . xpayah susah2x pegi 7E untuk membeli coklat kegemaran saya. tapi kalau nak bagi dua2x luas tapak kaki tangan saya tadah kannn. nyiahhhahaha
banyak tak happy saya? banyak lagi sebenarnya tapi saya tidak tahu yang mane satu perlu diluahkan. jadi saya mengambil sebulat pakatan suara untuk menyimpan kegembiraan saya di dalam hati moga tidak ada yang mencerci. heee *peace

SEDIH
haaaa, anda suka saya bersedih?? kalau suka taip ON JAHAT hantar kan ke 00000.
pasti akan dapat pulangan yang menarik dengan satu lempangan jarak jauh oleh saya sehingga anda berpusing2x seakan seperti puting beliung kalau dilihat pada jarak jauh.
wahh, tidak saya menyangka yang saya sekuat begitu rupa.

saya sedih kawan baik saya siapa lagi? kalau xkenal mari saya dengan baik hati memperkenalkan NOR SHYLA yang dikatakan malula itu telah STOP BERBLOGGING.
yeahhh inilah kandungan entry yang sebenar. cukup jauh ye anda2x perlu menerokai untuk mendapatkan isi kandungan atau dalam omputih cakap content.
saya sedih sedih sedih sedih dan sedih
beliau seorang yang amat jujur dalam berblogging telah meninggalkan kita semua. oh jangan pikir yang bukan2x okay. dia cume akan kembali dalam masa setahun hingga dua tahun lagi dari sekarang dengan imej dan ilham yang baru.
TUNGGU !
sungguh bangga saya mendapat kawan yang sebegitu semangat!
tiada lagi dia untuk memback up dan membuat entry untuk saya dikala saya diserang hendap oleh si anom yang tidak putus2x mengejek, mengutuk berserta mengstalker saya. HAHA
apa2x pun walau saya sedih tapi tidak kelihatan sedih saya tetap sedih. rase nak menangis dengan kepergian dia dalam dunia blogging tapi saya akur dengan takdir yang telah ditetapkan. semoga semasa dia pergi saya nak naikkan nuffnang saya banyak2x supaya dia jeles lantas mengactivekan diri dalam dunia blogging sebab dia tak boleh tengok $$$$$$$
HAHAHA
mungkin saya akan dimarahi kerana mengatakan belia sebegitu rupa. tapi saya ingin melakukannya. hehehe
kembalikan kawan saya ke dalam duniaa blogging. grrrrr. lambatnyaaaa nak tunggu 2011-2012 beb. merajuk agak2x kau nak pujuk tak? muahhaha!

UNKNOWN
setelah melampiaskan perasaan saya di sini saya rase saya cukup tiada perasaan dengan atas kemerapuan saya disini.
yang pasti saya lega dapat menjulingkan mata anda semua dengan ayat power saya . apa guna BM spm A kalau xdiaplikasikan. HAHA

sekian terima kasih.
salam sayang dan kash dari saya. HAHA

*undur setapak kebelakang konon tadi berdiri atas pentas memberi syarahan atau sedang berpidato.ngeh3x

jom kita sambung berblogwalking yang sekian lama tidak dilaksanakan. hehehee



p/s : jadi bukan saya yg berhenti berblogging. heeeee. walau sering ditindas dan diserang hendap saya tetap akan teruskan minat saya. hooyehhhh! semangat seorang diri dengan oversssnya kau!

7 comments:

hasrul hassan said...

Salam .. uhh rindu rindu yer. Ala wat per dirindu benda yang tak hargai diri kita. :) (ayat2 nyakat ni) .. rindu kat bangku kosong la .. ada kosong lagi.. hehehehe...

Uhh ada hantu ada hantu (nyanyi style ceplos).

Nadia Khan. said...

cehhh ingatkan u yang stop berblogging! saspen je
hahaa

wirdawahid said...

hasrul : haha, ntah la. perasaan ni degil jugak. dah tahu tak dihargai still nak rindu2x dia lagi. haaiiisshhh ! bangku kosong semua ada gambar wirda. nak jugak ke? HAHAHA
haha, mane2x kat blog wirda berhantu ke? haha

N.K : heeeee, saspenkan. i yang bace tittle tue pun rase korang mesti saspen.sekali sekala je. haha

Lyaa Suriany said...

saspen saspen

wirdawahid said...

heeee. saje je nak bagi saspen :D

E.d.Y said...

suspen je..huhu

wirdawahid said...

huhu. kalau betul2x macamne? hikhik